Monday, December 26, 2011

Fenomena Di Facebook

1. Profile Picture

Perasan tak, kalau dah couple selalu pakai profile picture yang sama? Paling ketara bila mereka baru sahaja declare sebagai "in a relationship". Sewaktu I-City mula-mula dibuka kepada umum begitu ramai sekali yang mengambil kesempatan untuk bergambar di sana dan kini dengan tawaran tambang murah Air Asia pelbagai lagi gambar berbulan madu di Indonesia khususnya diupload untuk tatapan rakan-rakan.

Ironi: Gambar pasangan menggunakan gambar yang sama, padahal akaun fesbuk pasangan dia sendiri yang create lepas tu siap sendiri komen dan boleh like juga.

2. Ubah Status

Semestinya status diubah, daripada tiada apa tapi kini "in a relationship', kemudian "engaged" dan seterusnya "married". Sekali ubah status, tak boleh patah balik. Tentu ramai yang nak stalk apa sudah jadi dengan perhubungan mereka bukan? Sudah menjadi tradisi dalam berfesbuk untuk mengupdate status sekurang-kurangnya memberi tahu pembaca bahawa dirinya telah berpunya, sekali gus dunia tahu yang dia kini dilamun asmara cinta.

Ironi: Masa bertunang profile picture dengan pasangan sama, bila dah married mesti lain-lain.

3. Gambar Romantik

Gambar-gambar yang romantik diupload dengan niat untuk memaparkan kepada dunia betapa agung dan tulusnya cinta mereka. Paling ketara adalah gambar perkahwinan, oleh itu telah menjadi resam adat untuk yang berkahwin supaya menempah jurufoto sekurang-kurangnya memiliki DSLR agar kenangan itu sentiasa dapat ditatap oleh rakan fesbuk yang lain. Tidak kira sudah 3 tahun mendirikan rumah tangga atau baru sahaja melangsungkan majlis, gambar kahwin akan dijadikan profile picture tatkala hati mereka tiba-tiba sahaja tangkap mood naik pelamin. Mungkin mereka menyambut ulang tahun perkawinan mahupun baru sahaja pulang dari kenduri kahwin rakan sepejabat. Tak mahu kalah, dia pun ada outdoor foto juga.

Ironi: Hari ni profile picture gambar anak berusia setahun setengah, esok tukar gambar masa di atas pelamin dulu.

4. Status Cuti Sekolah

Bukanlah cuti sekolah itu yang dinanti-nantikan tetapi ramai yang melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah seperti bulan disember khususnya. Oleh itu wajar lah dengan tibanya bulan disember ramai yang mengupdate status dengan mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan dan diri sendiri di alam maya ini. Ini mungkin memberi peringatan kepada dunia dan rakan-rakan yang tinggal di kejauhan bahawa mereka masih hidup bahagia meskipun tidak lagi memiliki tubuh yang langsing.

Ironi: Kalau perempuan mesti panggil suami sebagai hubby atau encik suami, kalau lelaki tak pulak nak bahasakan bini sebagai apa-apa pula?

5. Check-In

Amalan untuk check-in tidak lagi sesuatu yang aneh. Perkongsian dari aplikasi ini mendedahkan status lokasi keberadaan mereka. Tak kira di mana berada, sama ada sedang bercuti di Port Dickson, atau sedang menikmati Tutti-Fruity di shopping mall, sedang membeli belah di Jusco mahupun sedang menanti perlepasan di LCCT. Lokasi ini biasanya memberi hint kepada pembaca untuk bertanyakan soalan-soalan yang kemudiannya dijawab dengan jawapan yang kita sendiri boleh agak, tipikal bukan?

Ironi: Kalau upload gambar paperbag Habib atau barangan Yves Saint Laurent kemudian check-in di Pavillion ok tak mengapa, tapi 5 minit kemudian update status lapar nak makan nasi kenduri.

6. Tagging

Kalau rakan anda mengupload gambar monyet sedang mengawan kemudian anda ditagged, tentu naik darah bukan? Apa kejadahnya perbuatan itu, namun aplikasi tagging kini diguna pakai untuk sama-sama berkongsi maklumat tanpa mahu ada yang terlepas daripada menerimanya. Tetapi ada juga pihak yang melakukan tagging dengan niat supaya orang itu memberi perhatian lebih kepadanya atau sekurang-kurangnya menulis komen balas.

Ironi: Tag kawan bukan main tapi dia komen hanyalah "haha", "hihi", "huhu" atau "ooo.."

4 comments:

emy jay said...

tergelak dgn part hubby, en suami, suamy shayang, kecintaan...eh!!!!!!

SYED NAHAR said...

haha.. alah, ini kan fenomena di fesbuk.. tak lama lagi lenyap la muncul yang baru pulak.. :)

naeims_ab said...

oooo

SYED NAHAR said...

naim budak degil sbb tu dia kian comel haha..