Menempuh kehidupan tahun 2011, cukup perit rasanya. Ingatkan kesudahan akan menyebelahi aku, tapi bukan pelangi penghujung gerimis tetapi petir dah ribut. Semua orang merasakan, apabila menyusuri lorong gelap yang panjang berbatu, pasti ada cahaya di hujungnya. Apakah perasaan anda jika hanya tebing tinggi berlurahkan lautan gelora yang menanti? Fikir masak-masak, sama ada terjun ke bawah dan terapung di atas air masin atau tubuh berkecai dek batu yang kasar dan keras. Mungkin inilah lekuk pahit dalam sesebuah graf kehidupan.
Puitis tak ayat aku? Hanya nak menyatakan betapa aku rasa tak best dari mula januari sampai disember 2011 tak habis-habis berlaku insiden atau nasib yang malang. Tak perlu aku senaraikan, tapi aku rasa nak upload gambar-gambar lama yang mungkin aku rindu. Rindu sebab masa itu aku tak begitu menghargai betapa indahnya dunia. Sekarang? Nasi sudah menjadi bubur lambuk, memang bukan makanan kegemaran aku.
Bekerja di tapak bina, tak ubah menjadikan aku turut serta sebagai buruh kasar. Ini adalah pakaian seragam aku. Suka hati pakai jeans koyak, kasut takraw dan baju ikut suka.
Setiap selasa aku ada kerja tambahan, aku seorang je yang Mr. Mak suruh buat Weekly Progress Report untuk dibentangkan masa meeting dengan client DMRC dan partner Punj Lloyd. Setiap haribulan ke-20 aku akan menyiapkan Monthly Progress Report kemudian email ke HQ. Aku hanya kenal nama mereka, tak tahu siapa Encik Shukor, Encik Azizi, Puan Salwah, Puan Ani Rahayu dan Dato Azmil. En halim dan Siti Salwati saja yang aku maklum orangnya mana satu sebab sebelum datang India, ada jumpa dia sekali. Lepas tu lahirlah julung kalinya blog BC9 terhasil di sini sebab tak larat nak email gambar. Yang duduk di kerusi adalah "Mamaji" atau namanya Jaspreet Kaur seorang akaun eksekutif manakala di sebelah saya adalah Deepa Negi seorang receiptionist.
Dekat site, kadang-kadang aku berseloroh dengan warga kerja. Aku memang tidak racist, siapa-siapa pun aku taram je. Mamat yang aku cekup kepalanya ni adalah supervisor, dia ni sepupu kepada seorang client engineer yang amat aku menyampah, nama Yogesh Dahiya tiba-tiba add aku di Facebook baru-baru ni.
Ini driver nama dia Rajiv, orangnya asal dari Nepal. Dia ni sangat baik, tak banyak songeh. Apa aku minta tolong, sure dia sudi hantarkan. Tapi dia ni yang peliknya sign up email selang seminggu, naik pening aku dibuatnya. Celik IT katakan.
Balik saje ke rumah Sunder Vihar, aku ringan tulang nak buatkan air, hidang buah yang Bahadur (maid) belikan. Kali ni aku siap basuh dan hidangkan buah. Aku suka buah yang bulat-bulat warna kuning tu, muncul pada penghujung musim panas saja. Sedihnya, tiada gambar bersama Bahadur!
Kalau ada kelapangan dan idea, aku suka buatkan sarapan untuk yang menginap satu rumah ni. Rumah yang lagi satu tu, mereka kena buat sendiri sebab Bahadur sediakan Lunch sahaja. Sarapan tak sempat sebab Bahadur punch card pukul 8.30 pagi.
Kadang-kadang bila weekend aku masak nasi lemak. Di India sahaja aku buat, sebab yang lain semua tak confident nak buatkan. So far, air tangan aku diiktiraf oleh boss aku. Mereka lalu nak telan tu kira baiklah, jika tidak terpaksalah tahan lapar.
Kadang-kadang aku curi keluar pergi makan di luar. Lihatlah kalau sampai 3 gelas lemon soda aku boleh bantai, jangankan lepas tu siap pesan kopi. Aku suka makan kebab, briyani dan gulai kurma di India sahaja, di Malaysia aku selera itu pergi kerana faktor masakan berbelacan sangat menjadi priority untuk aku.
Tentu ada yang resign, memang sedih rasanya. Paling awal yang pulang for good adalah rakan sebilik aku iaitu Faizal. Sampai hati, demi JPS, dia terbang pulang dan terus menyepi sedangkan di India kita tak pernah renggang. Faizal pergi bersama Luqman. Gambar di atas menyaksikan kami yang tinggal (kecuali En. Anuar dan Mr. Mak tiada dalam gambar) Shahrul Azhary, En. Zulkifli Sulaiman, aku, Hakim, Faiz dan En. Nasiruddin. Sekarang baru sedar ada orang kata muka Chief Nasir macam seorang boss di tingkat 11 tu, tentu dia menyangkal sekeras-kerasnya. Sama sebab pakai cermin mata kot?
Kenapa aku di India? Semuanya kerana perniagaan batu konkrit di atas yang dipanggil Segmental Box Girder atau orang Kelantan panggil "Bok Geda".
Kesian En. Anuar kepenatan bekerja sampai tak nampak di mana skrin komputer riba. Sebenarnya dia terlelap, baru lepas makan tengah hari.
Kalau diingatkan sampai saat akhir, dari 10 orang last-last kami tinggal bertiga; aku, En. Anuar dan orang di atas iaitu En. Zulkifli Sulaiman. Sesekali kami keluar lepak di Saket City Walk sebab di situ saja yang ada Coffee Bean. Terasa seperti di Malaysia. Saya adalah penggemar Coffe Bean tapi sudah lama tak melepak di situ. Sewaktu tinggal bertiga, sungguh banyak pengalaman suka dan ngeri. Tak dapat dibayangkan!
Kalau di site, kedai macam ni saja yang ada untuk anda membeli minuman untuk membasahkan tekak yang haus. Lalu tak nak minum?
Lokasi kegemaran aku adalah bahagian Launching yang tentunya melibatkan aplikasi launcher ini, atau lebih lengkap dipanggil Launching Girder. Ini pemandangan waktu malam di suatu musim dingin. Ketul-ketul segment konkrit yang diadun dari kilang akan di bawa ke sini untuk dipasang. Segment-segment ini akan diangkat, disusun dan akan dihomogenkan dengan aplikasi post-tensioning di mana kekuatan mampatan diambil alih oleh jaringan kabel yang diregangkan pada suatu takat tekanan yang telah direka bentuk.
Pertama kalinya aku mendedahkan wajah peminat misteri yang bernama Shiv Sen. Sehari dia tak jumpa aku memang tak sah. Lihat topinya, tentu sekali dia adalah seorang pegawai keselamatan. Memang selamat kalau dia datang ke lokasi aku berada sebab dia akan menjadi jurualih bahasa dan turut menjadi guru bahasa Hindi. Shiv Sen sangat kelakar tapi sekali sekala rasa nak lempang pun ada. Hanya Hakim dan Faizal sahaja yang tahu mengapa.
Oh ini adalah Hitesh Soni (jurutera DMRC) dan Ashish Misra ( jurutera sub-kontraktor untuk kerja Stressing). Hitesh pernah bergaduh dengan Hakim sehingga mencetuskan isu hangat antara pihak Persys dan DMRC. Mujur UK Singh tak ambil port. Kalau tidak, masak Hakim dibuatnya. Hitesh adalah jurutera paling pintar dari DMRC tetapi paling malas untuk bergerak, sentiasa perlu dijemput dari pejabatnya. Ashish pula paling bijak memberi alasan untuk lewat tiba semasa proses stressing mahu dimulakan. Tetapi mereka berdua berubah menjadi rakan baik setelah sekian lama aku bergaul bersama.
Ini adalah sebahagian daripada buruh-buruh di bawah seliaan Kontraktor Haji Mehtab Khan yang diketuai oleh 3 anak Haji Mehtab Khan sendiri. Yang memakai toppi ungu adalah Aftab Khan. Lelaki separuh usia yang di sebelah kanan sekali adalah wireman yang perasan, tiba-tiba sebelum posing nak cari fail untuk dipegang. Seorang anak Haji Mehtab Khan telah maut dalam kecelakaan jalan raya, rasanya Aftab Khan lah kerana dia adalah anak nombor 2.
Lihatlah kenakalan buruh-buruh ini. Sempat lagi bermain kriket di tapak bina. Alasannya ketul batu sampai lewat, justeru mahu kelim idling. Tetapi mereka tak pernah penat mengajak aku untuk sama-sama bermain kriket, menyesal dulu di sekolah tak follow Shahril main kriket. Kriket adalah sukan paling popular di India walaupun sukan kebangsaan mereka adalah hoki.
4 comments:
Owh~~ Rasa nak pi india jugak la... Hahahahaha~~ Ades... -_-'' Besh la bang...
pergi la.. alang2 ko nak kena transfer mintak la pi india skali.. hahaha..
baru aku teringat dulu ang amik bio kan..tup2 jadi engineer no..ssh x wei jd enginner nie?
nak nyesal pun dah tak guna la achik.. kesian kat aku! haha..
Post a Comment