Wednesday, March 9, 2011

Seluar

Kita panggil seluar, tapi di Indonesia lebih familiar dengan perkataan celana. Seluar ada pelbagai pattern, ikut citarasa kita. Dari segi pemilihan fabric, hinggalah kepada jenis potongan. Seluar yang dipakai mencerminkan identity kita. Tentu sekali rapper akan pakai seluar jeans yang besar, tak seperti peminat tarian shuffle. Tapi, mari kita bincang tentang jenis-jenis seluar yang mungkin pernah kita pakai.

1. Seluar Londeh/ Saggy
Seluar londeh, tak kira cawat pendek atau tidak yang pasti dia dipakai pada parasa separuh punggung. Tapi kini memang ada seluar khas untuk peminat seluar londeh, biasanya dipakai oleh budak-budak skate. Namun bagi yang kurang berkemampuan, pakai sahaja seluar jeans pasar malam pun janji pinggang besar skit, lepas tu londehkan. Tapi make sure pakai boxer yang bersih atau tiada cela, nanti kantoi pula. Dulu Qamarul Hazimin atau qorn suka pakai seluar londeh, seluar pun tak perlu tempah sebab personality ini cukup dengan seluar hijau sekolah yang dibeli di kedai. Tapi ramai yang pakai seluar saggy ni sampai nampak alur. Ghairah atau mual?

Seluar Londeh/ Saggy, source : Googgle

2. Seluar GQ
Seluar jenis ni biasanya untuk mereka yang berpenampilan smart. Kalau sikat rambut tu mesti nak bubuh tancho banyak-banyak, biar keras! Buat slam dunk pun rambut masih static. Seluar GQ akan lebih ranggi dari biasa, amat rapi sehingga pemakaian tali pinggang juga diambil berat.Detailnya perincian seluar GQ ini sehingga ia perlu ditentukan bermula bukan sahaja fabric tetapi dari pemilihan dan susunan butang hinggalah kepada bentuk poket anda akan pilih mengikut kesukaan anda. Dulu kedai kedai paling popular untuk tempah seluar di Taiping adalah tailor kedai Chapter yang dipopularkan oleh Suhaili Basri, tapi Azmil Efendi lebih menyukai tailor kedai City. Biasanya seluar yang GQ akan sesuai dengan imej rambut belah tengah atau rambut buku teks menurut kata Zurul Kamal.

3. Seluar Baggy
Seluar kaki baggy menerima pengaruh daripada muzik retro 70an namun disesuaikan mengikut peredaran masa. Kalau tempah seluar mesti nak kaki saiz 18 ke atas. Tapi tak nampak baggy sangat kalau peha pun dijahit besar. Berbeza dengan mat Indon yang kerja kontrak di Malaysia biasanya akan pakai jeans baggy yang ketat di peha namun kembang di bawah. Seluar baggy tak sama jika kita mengambil contoh yang dipakai Macrieda sebab dia perempuan. Baggy untuk perempuan bukan bermaksud retro unless dia pakai rambut afro.

4. Seluar Skima
Dalam erti kata lain di Seratas kalau pakai seluar yg dibeli di kedai adalah anda itu skima. Tetapi rekabentuk seluar oleh Mat Tailor adalah sangat skima. Ini terbukti kerana seluar itu hanya berpoket satu di belakang, dan punggung dibuat sedikit besar serta fabrikya pula licin tapi keras. Kalau dipakai, nampak kembung-kembung. Tapi seluar Mat Tailor adalah kegemaran Ashabul Yamin. Asal skima je Yamin yang kena.

5. Seluar Ketat
Seluar yang ketat melambangkan minat yang mendalam terhadap seni muzik rock. Kalau boleh nak ketat lagi sampai nampak segala bentuk, compact dan vakum. Sampai nak terkoyak jahitan kalau duduk cangkuk. Tujuan utama mungkin nak tayang susuk peha dan segala organ lain. Tapi pastikan anda tidak berperut buncit, kalau tidak akan terjojol pusat anda. Seluar ketat berbeza dengan skinny, sebab skinny lebih menekankan saiz kaki yang kecil tetapi pinggang dan cawat hanya sesedap rasa atau mungkin londeh. Irama muzik pemakai jeans skinny pun lebih kepada irama techno dan pop rock. Sebaliknya seluar ketat lebih melambangkan rock yang tulen zaman Amy Search dulu? Rambut pun kena panjang macam penagih dadah di kawasan-kawasan Felda? Tidak semestinya, mungkin feel nak isap dadah tu kena dengar lagu rock.


Kalau gugel "celana ketat" akan keluar gambar ini, Dewi Sandra.

6. Seluar Skinny
Seluar skinny, mestinya kecil di bahagian kaki. Cantik dipakai mereka yang kurus kering, kalau tak kurus nanti nampak macam lobak terlebih baja. Zaman skrang, remaja memang suka jeans skinny, sebab tu penuh kedai Topman. Bagi yang tidak memilih jenama, pergi saja ke tingkat atas 6 dan ke atas di Berjaya Times Square. Jeans skinny, pakai pula kasut sneakers dan bersama irama techno kaki pula menghayun tarian shuffle. Bajet cool, tambah pula pakai t-shirt kecil nampak ketiak. Baju kecil ni sebenarnya pengaruh daripada watak Rangga dalam filem Tentang Dia lakonan Fauzi Ba’adila. Ada juga yang membawa elemen skinny ke pejabat, pada saya kurang bersesuaian kerana boss anda mungkin peminat muzik irama tradisional.

7. Seluar Pendek
Seluar pendek kalau nak bersukan tak mengapa. Tetapi kalau pakai seluar pendek warna putih brand PDI lepas tu t-shirt pula V-neck luas warna pink siap pakai topi Maher Zain dan leher dililit kain serban itu bagaimana? Semerbak bau semburan minyak wangi Davidoff. Aku tak berkenan langsung fesyen ini tapi selalunya mereka ini hanya sesuai berkawan dengan mereka-mereka sahaja. Cikgu Noraini kata salah kalau guna gandaan kata nama macam mereka-mereka . Ye lah kain serban tu aku rasa hanya untuk pergi umrah je, bukan untuk dijadikan aksesori pelengkap especially yang warna kotak-kotak merah. Hitam mungkin tak pa kot? So, Seluar pendek tak masuk dalam perbincangan sebab dia pendek. Malas nak fikir sebab aku suka pakai seluar pendek ketika pergi jogging.

8. Seluar Bunga Matahari
Seluar ini hanya sesuai dipakai oleh Jaafar Onn biasanya satu set dengan baju melayu dan songkok bunga matahari. Sebaliknya kalau dia Onn Jaafar, dia ahli politik so kena pakai seluar skima. Sila bezakan. Seluar spenda corak bunga matahari juga bukan topic perbincangan kerana pakaian dalam adalah kategori aksesori.

Harem Pants, source : edfadiel.blogspot.com


9. Evolusi Seluar Perempuan
Orang perempuan akan suka duka hati dia nak pakai seluar. Gaya baru adalah pakai baju labuh sama ada yang ada cutting atau tak tapi akan dipadankan dengan seluar legging hitam. Ini adalah kesinambungan daripada seluar jeans carrot cut, Cuma sekarang material berganti kepada bahan nylon atau lycra. Kerana terlalu ketat, ia boleh menampakkan bentuk seluar dalam dan segala selulit yang ada. Eh macam fakta rekaan sahaja? Lagi baru ada berimej gipsy iaitu harem pants, yang mungkin asal usul daripada suku badwi di tanah Arab atau seluar masyarakat lelaki pengembala lembu di Rajasthan India.

5 comments:

aRaN said...

ohhhh damn aku suka style seluar dewi sandra lol hahaha

SYED NAHAR said...

memang ramai org suka! hehehe..

Anonymous said...

aku rasa malu pulak tgk celana ketat dewi sandra..

-Mek-

SYED NAHAR said...

bahahaha... dewi sandra bleh pakai, apa salahnya! hahahaha..

Anonymous said...

tingat lg masa ari sukan time f5, aku pinjam suar romzi..aku rendam clorox ke apa ntah,..akhirnya abe sbtukar warna jd kuning... gila 1minggu idup aku x tenang...aku trus ke mat tailor dgn sheedah x silap aku suh pakcik mat tu wat suar sjibik cam suar romzi n aku kata msti siap lam masa 3ari..fuuhhh...gila.. sepanjang 3 ari tu, ari2 aku kol mat tailor peringat kat dia... keh3..akhirnya lily anak sdara apoie tolong amekkan suar tu n setelah melayang rm50, dgn bangganya aku bg suar baru kat romzi n romzi menerima dgn muka terkedu... siap ckp xpayah la... mujur aku x wat tindakan refleks pi lempang muka dia bila dia kata x yah setelah apa yg aku harungi... -pae-