Tuesday, March 1, 2011

Buli di Asrama (Part 2)

Sila klik untuk membaca Buli di Asrama (Part 1), atau teruskan membaca episod berikutnya.

4. Pekerja Seks

Pekerja seks tidaklah seteruk yang digambarkan sebagai hamba seks tetapi ia merupakan kerja-kerja yang dilakukan seperti di rumah-rumah urut. Rumah urut bukankah selalunya disyaki menyalurkan khidmat seks kepada pelanggannya. Saja nak besar-besarkan cerita nak bagi pembaca terkejut. Okay, setiap kali perlawanan bola sepak, hoki atau ragbi menutup tirai, para junior akan menyediakan segala kondimen seperti minyak gamat langkawi, minyak telon (macam minyak yuyi cap limau) dan vicks vaporub. Kemudian junior akan melakukan urutan seluruh badan supaya menghilangkan bengkak-bengkak, kekejangan otot dan luka-luka ringan.

Namun bilangan senior yang memohon supaya diurut ini sentiasa melebihi 3 kali ganda daripada jumlah pemain di padang termasuk pemain simpanan. Ini mungkin mengambil kira petugas kumpulan sorak dan penonton yang penat menyokong. Teknik urutan yang biasa dilakukan adalah picit-picit betis, tekan-tekan siku dan cakar harimau. Selain daripada mengurut, sesetengah para junior juga ditugaskan menyampu (shampoo) kepala senior, memotong bulu hidung (walaupun memiliki misai di sekolah adalah dilarang) dan sebagainya.

5. Rampasan Harta

Rampasan harta akan berlaku sekiranya anda didapati menyembunyikan barangan yang tidak dibayar cukai. Ia mungkin kerana terdapat spy atau mata-mata atau jambu yang telah membuat laporan kepada pihak senior. Selain itu, para senior juga memiliki kuasa ghaib di mana mereka dapat mendeteksi akan isi locker yang terkunci. Kisah Ashabul Yamin yang telah menyimpan sebaik mungkin makanannya di dalam lipatan pakaian di dalam locker kemudian dikunci dengan mangga. Namun Ashabul Yamin tetap gagal pada inspection tengah malam yang dijalankan secara berjadual oleh senior bernama Azim. Walaupun pintu locker terkunci, Azim dapat menghidu dan kemudian menjerit sekuat hati bahawa beliau yakin terdapat buah manggis di dalam peti locker Ashabul Yamin. Atas kesalahan menyorokkan barang yang belum dicukai, kesemua buah manggis terpaksa disita.

6. Anak Wayang

Sekiranya para senior mengalami kemurungan atau bosan, ada ketika para junior disuruh untuk menghiburkan para senior dengan mengadakan pertunjukan sketsa atau tarian. Antara selebriti yang pernah lahir dari jenis pembulian anak wayang ini adalah Zaidi dan Ahmad Baqi yang pernah diarahkan berlakon dalam filem seksi Perawan Malam, sebagai imitasi lakonan semula Ziela Jalil.


to be continued..

7) Monopoli Terhadap Fasiliti, 8) Latih Tubi, 9) Limitasi, 10) Tugas-Tugas Khas

4 comments:

Anonymous said...

macam2 la kan...dok asrama gitu la....mmg lawak bila baca balik..tp kan...kalo suruh ulang balik..kembali muda..aku takkan masuk seratas balik kot...hahahhaha...giler dera fizikal n mental...


sir

SYED NAHAR said...

hahaha.. lawak plak ang ni sir! kalau diberi peluang dijamin sapa pun tamau hidup di suasana asrama penuh buli ni. tapi kalau dulu ang skolah private sure ang rasa best kot? tapi ntah la aku mmg tak suka suasana sekolah..hahaha.

naeims_ab said...

hang mesti jadi pekerja seks kepada AZIM..

SYED NAHAR said...

tahi btol naim ni hahahaha.. budak blok B la pekerja sex.. aku dulu pihak berkecuali hahaha..