Wednesday, March 2, 2011

Buli di Asrama (Part 3; Akhir)

Sila terlebih dahulu klik untuk membaca Buli di Asrama (Part 1) dan Buli Asrama (Part 2) atau teruskan membaca episod berikutnya:

1) 7) Monopoli Terhadap Fasiliti

Monopoli meruapakan salah satu bentuk pembulian walaupun ianya bukan berbentuk penyiksaan tetapi monopoli member had. Monopoli hak kepenggunaan ke atas fasiliti yang terdapat di asrama meliputi bilik TV, water cooler, penggunaan seterika kerajaan, bilik mandi ( larangan selepas jam 7 petang) dan bilik study (bahagian yang ada partition; hanya boleh guna sekiranya betul-betul kosong atau minta dikosongkan).

Namun sekatan monopoli ini akan dikurangkan mengikut status umur, seperti apabila anda meningkat remaja dan akan menduduki PMR anda dibenarkan mentelaah di ruang belajar berpatition itu. Monopoli ini juga berterusan paling ketara di dewan makan. Pelajar senior tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan seberapa banyak cheese bun yang mereka mahu. Selain itu mereka juga mendapat hak keistimewaan untuk makan lebih dari satu mangkuk nasi lemak semasa sarapan.

8) Latih Tubi

Latih tubi ini bukanlah latih tubi menjawab kertas soalan-soalan ramalan dari negeri-negeri lain tetapi lebih kepada aktiviti tekan tubi, ketuk ketampi mahupun helicopter. Pembulian bentuk ini biasanya diamalkan sebagai penghapusan dosa. Dosa dimaksudkan adalah apabila anda melanggar peraturan asrama, sekolah mahupun tata susila. Latih tubi ini lebih wajah dijalani berbanding bentuk siksaan lain yang lebih kepada kecederaan dalaman seperti ditampar atau dipukul. Warga Dorm A-11 pernah dihukum shaolin kerana gagal menutup suis lampu tepat jam 11.30 malam. Shaolin selama setengah jam ini membawa padah apabila kesemua warga ahli dorm kerana shaolin yang lama akan menyebabkan kekejangan otot. Akibatnya, kami pulang ke dorm dengan merangkak atau secara suster-ngesot kerana tidak dapat berjalan seperti manusia normal.

9) Limitasi

Limitasi berasal daripada pecahan monopoli tetapi ia dikenakan sebagai sekatan bagi menghukum sesuatu kesalahan. Sebagai mengambil contoh, sekali lagi Ashabul Yamin telah sedaya upaya untuk tidak menghasilkan sebarang bunyi ketika menyusuri koridor di hadapan Dorm A-14 (bilik pengawas yang didiami Fatah, Kaloi, Norhan, Saiful Rizal dan Buniyamin). Ashabul Yamin mempraktikkan teknik berjalan tanpa menggunakan tumit kaki. Namun selepas mandi, Ashabul Yamin telah didapati bersalah kerana teknik itu telah menghasilkan bunyi. Ashabul Yamin lupa bahawa bunyi tetap terhasil daripada geseran antara kaki dan selipar yang basah meskipun berjalan tidak menggunakan tumit (bunyi nyotnyet-nyotnyet).

Oleh itu seluruh warga A-11 telah diharamkan daripada menggunakan koridor hadapan Dorm A-14 ketika menuju ke tandas, selama sebulan. Oleh itu warga A-11 perlu menggunakan jalan alternative di Blok B. Jika guna koridor tingkat 2 Blok A diibaratkan menyerah diri kerana akan melalui laluan sirotul mustaqim iaitu bilik-bilik senior tingkatan 4, 5 dan Matrikulasi.

10) Tugas-Tugas Khas

Tugas-tugas khas ini biasanya berlaku mengikut situasi. Sekiranya terdapat aktiviti gotong-royong tentulah para junior akan melakukan apa sahaja tak kira mencuci longkang, mengutip sampah sehinggalah kepada mengelap habuk di bawah katil bilik senior. Selain itu terdapat tugas professional seperti menjadi Penunggu Taman Astakona di mana seorang pelajar junior disuruh supaya memerhatikan warden bertugas supaya tidak berada di sekitar Blok C dan Blok D dan laluan ke pintu rahsia untuk aktiviti Fly adalah selamat!

2 comments:

Anonymous said...

hahahhaah...bab mnegesot tu mmg lawak....hahahhahha....adoi la...sian budak2 lelaki kan?

sir

SYED NAHAR said...

mcm suster ngesot la plak..
siyes wei azab giler!!