Monday, March 21, 2011

Venturing to Selama

Huiii.. Dari pagi aku dah mula pack barang! Nak masukkan segala barang sebelum aku bertolak dari kampung nak menuju ke Taiping sebab ada 2 kenduri kawan Seratas. Plan nak ke rumah Mustaqim lepas tu lajak ke rumah Liana, lepas tu terus balik KL. Penat tak? Redah je lah..

Agak panas je enjin, terus gerak. Agak-agak bertolak pukul 11 lebih ni sempat ke aku makan kenduri? So kena pecut, tapi no hal sebab tadi Wan sms kata diorang bangun lambat, bersiap lambat. So, jadinya Wan, Ash dan pijie pun tak sampai seawal mana even bantuan samsinar diperlukan oleh Wan untuk pick up apoie di Pondok Tanjung.

Sampai Kuala Kangsar, aku call Paktam suh ready sebab aku tak berapa tahu jalan ke rumah dia. Aku bajet Air Kuning setekat tujuh lapan tahun ni kot la mengalami perubahan drastik arus pemodenan. Kot la ada monorel ke, tapi flyover yang bertahun tu pun rupanya tak siap lagi. Jadinya Taman Kuningsari mudah dijejak. So Yashar akan join skali. Cantek!

Menyusuri Taiping, terus ke Kamunting. Rupanya Paktam ngan Yashar dua-dua tak reti jalan ke Selama. Dalam sangat ke Selama ni? Kenapa sampai tak de coverage maxis? Terus call Mek Ai sebagai khidmat GPS.

"Nahar, hang kat mana? Okay dari Taiping terus ke Kamunting pastu amik signboard Selama kat simpang tiga yang dulu kita pernah kena jalan kaki tu. Lepas tu nnati jumpa simpang ke Pondok Tanjung hang belok kiri masuk. Pastu terus, dalam sejam akan sampai Kubu Gajah, pastu Selama, pastu bila sampai pekan Rantau Panjang dalam 10 minit sampai la Banggol Jas. . Umah Taqim tepi surau, sebelum tu ada sekolah. Tepi jalan je umah dia".

Gila jauh nye perjalanan? Menurut Yashar, dia tak sangka Selama meliputi kawasan yang sungguh luas siap menurut Yashar kena beli keropok-keropok untuk kudapan. Dalam kereta kami bertiga memikirkan bagaimana penduduk Selama nak isi minyak kereta? Nak beli seluar dalam? Nak beli ubat gigi? Perjalanan agak lama, lepas sejam baru sampai Selama. Kami bersyukur kerana terdapat stesen Petronas, lalu berhenti sekejap nak tanya pandu arah dari pekerja di situ. Lega, pada Yashar penduduk Selama tak perlu ke Taiping untuk beli petrol.

Perjalanan diteruskan. Misi kali ini adalah lebih spesifik untuk tiba awal kerana perut dah kosong. Kalau tadi kami teruja melihat stesen kereta api Pondok Tanjung dan traffic light Kubu Gajah, kini kami dapat melihat kera di bahu jalan. Ada sekor kena langgar lari, Yashar mungkin kesal dengan sikap pemandu yang tak berhemah tu. Akhirnya selepas menempuh onak ranjau berduri, dengan talian telefon dengan Mek Ai yang putus tiba-tiba, kami selamat sampai ke rumah Taqim.

Wah.. ramai yang datang. Kali ni Zamri Anuar selamat ada, tapi Mawardi yang awal berkobar nak pergi akhirnya akur dengan kesihatan bininya. Kami makan dulu. Berborak lama gila, pukul 3 baru pengantin sampai. Lepas tu ok lah, kami snap-snap gambar, pastu nak gerak ke rumah Liana. Dalam pada tu hati tertanya, awat Azmi mengelak untuk bersosial? Kali ni Kepri pulak yang jinak awal. Ish, ada sesuatu nih! Hehe.. spekulasi jer. Ok, terus gerak ke kenduri Liana.

Ni semua yang hadir : Tasnim, Mekrieda, Paktam, Pijie, Ash, Yashar, Bidi, Domme, Alip, K-anu, Azmi, Pak Ohm, Hasliza Stim, Apoie, Wan, Samsinar, Zamri Anuar & Kepri.. ada yang tinggal? Mek Ai mengelat sebab ada training, Jacko pulak katanya masuk ward sebab gastrik. Geng Selama ada strategi tersembunyi??

Sampai rumah Liana, Lewat pun still ada makanan. Mungkin lama Liana atau Ulat ni menunggu. Tapi tak pe lah, bukan sengaja! Sampai aje, kami tunggu semua sampai, sebab ada yang sesat masuk ke jalan raya bunian. Nak call tanya coverage tak de so pandai-pandailah bawa diri.

Di rumah Liana, kami masuk dalam rumah. Awalnya nak bergambar di pelamin tapi angan-angan kami musnah apabila Ulat sibuk melayan mertua yang nak bagi amanat. Okay lah, hari pun dah nak hujan, goodie bag pun dah dapat, kami pun bersepakat amik gambar di luar rumah je lah. Kali ni kami dapat tengok dari dekat wajah 'Angsana Bertemu Musim'. Mat Alip tak sempat bergambar sebab nak balik awal kena kejar flight ke Kota Bharu. Yashar pun mensudikan diri untuk ditumpangkan sebagai teman berborak Mat Alip. Aku nak tanya, sapa punya angkara masa di rumah Liana, bau masam tu sapa yang lepas? Durjana btul lah. Budak pompuan selamba duk lagi di dalam, yang lelaki pakat lari ke luar. Nak balik, lalu tol Bukit Merah. Pengalaman best, thanks to all. Thanks to Mustaqim & Liana kerana menjemput.

Kongratulasi Mustaqim.. Kongratulasi Liana..
13 Mar 2011.

12 comments:

Nurul Farhanah~ said...

mahar..ko bile lagik :P

SYED NAHAR said...

mahar tu mas kawen ke?

dyejune~~ said...

weh...dulu aku duk selama...membangun je aku rs kampung aku tuh...hahaha

samsinar said...

haha.... pembetulan... ak x amek pon apoie.... k wan jgk yg amik... kami tgu mek br gerak... so sama2 smpi... bestkan g selama....

SYED NAHAR said...

dyejune : bersama-selamanya. alah mana2 pekan kat perak mmg saiz nye lebih kurang je. tapi negeri lain ada yg lagi teruk hehehe..

sknar : ooo.. lagi pun kete ang sarat dah ada anak sedara bagai... awat anak sedara ang buat hal ke?

samsinar said...

haha... errmmm smpi umah liana teriak... peningg katenye.... ye le kate jln mcm genting sempah...

SYED NAHAR said...

oooo.. secara tak langsung ang turut menyumbang ke arah amukan puaka geng selama! hahaha..

naeims_ab said...

macam sial je kutuk kampung halaman aku yang maju tu...

SYED NAHAR said...

kampungku sudah merdeka.. pembangunan sekeliling.. ada jentera.. ada kereta proton saga.. sawah padi menguning..

Anonymous said...

bukan bangkit lambat la,saja nk pi lambat skit..haha


~hazel~

SYED NAHAR said...

sama je alasan tu...hehehee..

cik ai:) said...

Macam mana aku buleh missed entry ni????muhahaha