Thursday, March 3, 2011

kabhi-kabhi



Dulu, masa duduk sorang-sorang aku suka layan radio. Tak kisah ler apa deejay tu nak bebel. Asal aku tak sunyi. Kalau di India, macam mana? Tentu layan radio bahasa Inggeris sahaja. Bosan kot! Masalahnya even radio English tapi still pasang lagu-lagu hindustan. Kalau lagu English pun dia pasal lagu Jay Sean. Bukan racist tapi purata pendengar sendiri request lagu-lagu Hindi so sekali sekala ada juga terdengar lagu Bye Bye dendangan Mariah Kari.

"Delhi number one hit, red ninety three point five! Badjate raho!! Ared effem.." Ini intro Red 94.9 salah satu radio English yang aku selalu dengar. Kelakar pun ada dia punya idgham. Terasa bunyi tu keluar sambil berdehem melalui trakea dan meniti baris gigi bersplashkan amilise.

OST dari Jaane Tu Ya Jaane Na masa tu sangat hit di Delhi. Selalu dimainkan radio. Sampai aku boleh hafal sikit-sikit bait liriknya. "Kabhi kabhi aditi zindagi neyohi koi apna laktehe.." Lagu ini agak nostalgia kalau aku dengar balik, terbayang masa di tapak bina, jalan-jalan cari mango shake, keluar masuk factory outlets, makan keropok Lays dan paling kelakar adalah ramai-ramai nyanyi dalam rumah! Lirik macam kelakar tambah kalau tengok video klip dia rasa macam tak sesuai pulak kononnya remaja yang, sebab selalunya penyanyi diorang langsung tak dikenali.

Sekarang aku hanya layan radio yang aku sendiri tak tahu. Main tekan jer, asal keluar lagu. Tu pun dalam kereta sahaja. Paling suka dengar radio kerajaan yang ada slot Hari Ini Dalam Sejarah. Klasik muzik background dia.

jangan tengok video di atas, cuma pasang telinga sahaja! haha :)

No comments: