Sunday, March 27, 2011

Nama Ikut Musim

source: pesbuk keyrol

Ikut musim, kalau zaman dulu kala nak bagi nama kepada anak mungkin sekadar ikut mudah lidah menyebut. Tak hairan kalau nama nenek kita dieja pelat penduduk setempat. Nenek saya nama Jariah. Kalau buka buku nama-nama anak, nama Jariah akan tersenarai di bahagian nama-nama yang kurang elok diberikan.

Zaman saya kecil-kecil dulu, nama suka panjang-panjang. Contohnya adalah Muhammad Zulhamidulissani, Saidatul Akma mahupun Faezah Irnawati. Tapi masih ada yang bernama Robiah mahupun Syuib. Simple bukan? Tapi memberi nama zaman ini belum lagi menjadi trend. Tiada bapa yang tidur 5 malam tak lelap memikirkan nama untuk bakal cahaya mata.

Payah nak cari nama-nama klasik, kakak sulung saya sahaja yang bagi nama anaknya Maimunah, Ali, Fatihah, Nabila dan Rahimi. Paling terkejut adalah nama Maimunah. Tapi sepupu aku siap bagi nama yang berbelit-belit lidah nak menyebut. Anak Keyrol nama Aryyan Rifqi (gambar di atas) manakala anak Mek Nurul nama Nur Arissa Irdina. Nama yang agak moden tapi sukar diingat.

Ada suatu ketika apabila seorang artis memberikan nama anaknya Khadijah tapi ejaannya diberi nafas baru iaitu Chadeeja. Ada juga yang menggabungkan nama klasik dengan nama moden seperti Aireen Melati dan Iman Zachary. Kini muncul pelbagai lagi nama yang saban kali pertama kali kita dengar. Yang pasti, sukar kita cari bayi yang diberi nama Abu Bakar, Habibah mahupun Abdul Mutalib. Mungkin nama-nama ini akan kembali popular di suatu musim akan datang?

Actually, entry ini terfikir untuk ditulis apabila mendapati anak Achik bernama Rifqy, sama macam nama anak sepupu saya. So congratulation Achik & Husband!! Tapi tak perlulah rasanya menjadi seperti salah seorang kanak-kanak yang dipilih dalam Macam-Macam Aznil suatu ketika dulu, nama Siti Qistina Aurora. Terbayang watak Aurora dalam telenovela Sepanyol yang aku lupa tajuknya tapi heronya bernama Marco Duran dan watak antagonis Miranda.

14 comments:

[DnaZz] said...

hehe makasih.sedap nama rayyan rifqi. nama anak aku haris rifqi. ejaannya masih ikut bunyi lidah baca. bukan rifqy :)


p/s: kl rifqi dpt adik laki nt (2-3yrs lagi kot)bolehla letk nma rayyan rifqi bahahaha

SYED NAHAR said...

uishh.. dah planning rupanya... hehehe.. abis nanti sume rifqi.. tapi kalau pompuan apa eh? rifqiah? kang kawan skolah panggil kiah pulak.. hehehehe..

[DnaZz] said...

hahaaa buleh jgk tu..kiah pon kiah lahhh :)

SYED NAHAR said...

tringat plak drama kiah pekasam rozita che wan... hehe..

emy jay said...

yg penting kucinG aku nama Zaara...
sebab aku panggil asyraff shubby.. makanye kucing tu nama Zaara binti Shubby..hehe

SYED NAHAR said...

emy, ko beranakkan zaara berapa kilo eh? teghan susah tak?? hahahaha...

emy jay said...

senang je...dua kali push da kua dah

SYED NAHAR said...

mudah nye tubik..

Anonymous said...

ooou siti qistina arora tu anak saya. Ada makna nama dia tu!

Anonymous said...

Hello I am sо grateful I found your wеbsite, I really found уou by mistake, whilе I was looking оn Bіng for something else, Αnyways
I am here now anԁ would just like to saу cheers for а marvelous ρost
and а all round thrіlling blоg (I аlsо loνe the
theme/design), I don't have time to go through it all at the minute but I have bookmarked it and also included your RSS feeds, so when I have time I will be back to read much more, Please do keep up the superb job.

my blog ... webcams

Anonymous said...

Howdy just wanted to give you а brief heads uр and
let уou know a few of thе imageѕ aгen't loading properly. I'm
not sure ωhy but I thіnk its a lіnκing isѕue.
I've tried it in two different web browsers and both show the same results.

Feel free to visit my website; Cellulitee.De

Anonymous said...

Undeniаbly bеlieve that ωhich уοu sаid.
Your favorite reаѕon ѕeemed to be
on the ωeb thе eaѕiest thing to be aωare of.
I say to you, Ι definitely get annoуeԁ while pеople consiԁer worries that they juѕt don't know about. You managed to hit the nail upon the top and defined out the whole thing without having side-effects , people could take a signal. Will likely be back to get more. Thanks

My webpage :: common chat rooms

Anonymous said...

Hello, yuр this ρieсe of writing is
tгuly pleasant and I have leаrneԁ lot of things from it concerning blogging.
thanks.

Also visit my web-site - adult acne

Qistina Arora said...

hello dear sir Syed Nahar. i am the one who is so famous that you are talking about. I am Siti Qistina Arora Talib. please spell out my name correctly. ARORA! if you really having trouble listening and remembering wierd names it is your problem. i am proud having Siti Qistina Arora as my name.