Tuesday, June 29, 2010

kisah seminggu dua

bermula dengan kehadiran tasnim (bukan unsur dalam jadual berkala) ke KL pada hari jumaat, malam tu jugak bersama kak wan terus mencari sesuap nasik. namun nasik disumpah menjadi burger mekdi. kami ke KL sentral untuk melambai tangan atas kepulangan mek ai ke taiping.

firasat kami meleset apabila mek ai sebenarnya hendak berfoya-foya di pulau. kenangan bersama mek ai diabadikan dengan kami berempat makan mekdi semeja. selepas habis individu-individu penting diumpat, kami bersambung seloka dengan imaginasi untuk beramai-ramai mengimarahkan kenduri chin di karai, kuala kangsar.

keesokannya, henfon aku digegarkan dengan panggilan dari kakwan yang bersama tasnim dan emma. ayuh ke midvalley untuk makan bersama. aku mengusung tasha aqila dari kampung baru untuk sekalian kali membaham kenny rojes. di sini boleh lihat keangkuhan tasha mengorder makanan.

sebelum itu, emma khabarnya nak cari sesuatu di kedai konsep padini namun bidaah yang bermain di fikirannya nyata salah. kedai itu terdapat di one utama, bukan di midvalley. tentu anda rasa nak sihir si emma ni! penat berjalan mengharung lautan lot kedai, kami berkongsi wang ringgit membeli hadiah untuk chin berupa set permainan pondok-pondok. akan tetapi, kakwan sering terlanjur dengan mengungguli bilangan barang dagangan.

ahad, kami ke kuala kangsar dengan dituruti oleh apoie, mek ai, zamri, yashar, liana dan kepri. apa yang menarik di sini adalah walaupun di antara kami adalah bilangannya tidak seberapa tapi jelas kegembiraan lahir dibuktikan dengan titisan air mata gembira mek ai apabila dirinya merayu untuk dibawa pulang ke KL. kepri sememangnya seorang lelaki yang digilai, termasuk perempuan gila. kegilaan ini bukan mek ai tetapi perasaan gila-gila kami yang sanggup berkorban tenaga dan wang tol serta petrol.

tasnim pulang ke JB pada isnin pagi. beberapa hari kemudian, sekali lagi sesi bersama mek ai dan kakwan telah berlintas langsung dari alamanda, putrajaya. watak masing-masing yang sudah lama gian untuk menguasai pentas kini terserlah. 2 jam tidak cukup! masa mencemburui kita yang tidak dapat melupakan keenakan kopi dangdut.

tidak cukup dengan itu, kelmarin aku dikejutkan dengan kehadiran hani jusoh. aku bersama tasha aqilah telah menghiburkan hani dengan hidangan istimewa berupa pilihan makanan di fiske steak house. tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, kami ketawa, bergosip serta mengungkit kisah lama. berikut adalah intipati perbualan ilmiah kami:

1) jenayah hani mengheret bersama hasnor nashrah menaiki bas membawa pulang anak kucing.

2) teguran muktamir mukhzani terhadap hani yang memanggilnya 'gemok' lantas tidak dihiraukan hani sewaktu hari pendaftaran di UITM arau, sebelum hani memilih untuk ke IPBA.

3) kisah adik amira yang terlalu was-was atau memendam penyakit angin dalam diam. orang lain sudah habis bersolat jemaah adik amira masih belum sudah berwudhuk.

4) siapakah adidas di hati sir? siapakah adidas sebenarnya? masih belum terjawab.

5) sumpahan 'cikgu' terhadap mereka yang durhaka terhadap cikgu midah. siapa mereka?

6) teater inang rodat di dewan besar seratas.

7) percintaan husniyah dan azizan ; dongengan atau kebetulan?

8) pernahkan anda menyertai study group kimia? nyatakan kami bertiga tidak terlibat.

9) siapa mak tam di hati pak tam?

wah banyak sungguh! hebat bukan? sebenarnya lebih lagi bilangannya tapi tak sesuai untuk tatapan umum. tentu rasa alangkah bahagianya jika kita dapat duduk bersama dan terus menyingkap kisah lama di sekolah dahulu. malam berganti pagi pun tak cukup, bergoyang inul usus besar anda tanpa henti.

apa lagi, ayuh kita lanjutkan pertemuan kita warga seratas dengan aktiviti piknik di bagan lalang. sebarang pertanyaan lanjut sila ajukan kepada faridah hashim. oh lala, oh pepahat!

8 comments:

Anonymous said...

"ratu lah penyu berenang2 ke tepi..
langit senja tenang damai..
kalau rindu pandang awan.."

hahaha aku ingat lagu inang rodat nehhh..

scary je kne dok bsila keliling depa time tu..

- apoie

Anonymous said...

a'ah...tp suka la lagu tuh...1st time tgok benda2 cmtu....

sir

Anonymous said...

sir,

awat depa tak tau sapa adidas tu.. hihihi.. klue dia, dia geng dgn haful (dr cni la aku dpt nama apoie tu). hahahahha

apoie lagik

SYED NAHAR said...

apoie : terel kau ingat lagu inang rodat tu... wei sapa adidas? sampai mati pun sir takkan habaq. hahaha...

sir : suka ke? bukan ke hang jenis yg minat2 backstreet boy zaman2 tu? hahahaha..

missone hazel said...

camno apoie leh ingat?kwan pun x ingat lagu tu..haha..detik tu pun x ingat.bila?

missone hazel said...

camno apoie leh ingat?kwan pun x ingat lagu tu..haha..detik tu pun x ingat.bila?

Anonymous said...

isk...nahar aku maseh teringat2kan spagetti tuh...sedapnyer...thanks ya.....bila hampa semua nak p bagan lalang?

SYED NAHAR said...

kakwan : hahaha..hang ni suka makan ajinomoto! hahaha..

anonimes : spagetti? ha ni le ni kot?? hahaa..bagan lalang tu tatau lagi bila tapi menyusul kedian..let mekrida plan it well. haahaaa...