gosip merupakan aktiviti yang dilakukan setiap hari. tanpa gosip, hidup seseorang itu bagaikan sunyi sepi, jauh dari berita sensasi dan mungkin disisihkan masyarakat. gosip sebagai wadah untuk meleraikan segala persoalan, seperti si buncit yang buncit yang memburaikan segala isi perut.
puan normah suka bertandang ke rumah jiran. tidak kira pagi atau petang walaupun lepas maghrib. perselisihan faham beliau dengan ibu mertuanya sememangnya menjadi topik hangat setiap kali berjumpa kaki segosip.
hidup puan normah tidak sebahagia wanita lain yang berjodohan dengan lelaki kacak nan kaya. puan normah berumah tangga seawal usia pelajar lepasan SPM.dengan bakat memasak makanan melayu yang basic, sudah memadai bagi dirinya untuk dinikahkan dengan encik amri.
sejak kenduri menyambut, dari siti mulalah hidup puan normah yang serumah dengan ibu mertuanya. setiap perilakunya diperhatikan. dari cara memegang sudip kuali, menyental seluar dalam suami, menyapu ruang dapur sehinggalah saat puan normah mengandungkan anaknya yang ke-8. ya, beranak rapat adalah sinonim dengan puan normah atas kurniaan kesuburan ke atas dirinya.
melihat rakan seangkatan yang masih solo, puan normah juga kepingin bergaya. jangankan memakai cermin mata hitam, memakai seluar sekali pun akan diherdik ibu mertuanya. oleh itu, hanya kesabaran yang menguakan jodohnya dalam mengharungi bahtera rumah tangga, membela anak-anak yang hanya setahun beza umurnya.
jika yang sulung anaknya bisa mula berjalan, si adik masih memakai lampin minta didukung manakala di dalam perut mengandung yang bongsu, menunggu hari kelahiran. terkadang itu, puan normah tidak sempat berdandan lengkap. seorang anak tertumpah nasi, seorang lagi menangis kerana di dalam lampin yang ada isi, kain batikyang dipakai puan normah tidak sempat disisir rapi. jangankan memakai baju cantik, tengah hari apabila si anak tidur barulah beliau berjumpa air untuk mandi menyucikan diri.
bergosip dan terus bergosip. menceritakan kepada sahabat jirannya tentang wacana kehidupan yang dialaminya. si ibu mertua sudah lama mendabik dada, tidak mahu lagi hidup serumah. suaminya kini membuat dapur baru sebagai menghormati ibunya. kini sebuah rumah memiliki dua dapur yang bersebelahan.
kini ibu mertuanya sudah lama pergi. kini puan normah bebas ke mana pergi. suaminya juga sudah berkereta wira, kerata buatan malaysia. anak yang sulung tamat SPM kini setiap hari pergi mengail ikan untuk dibuat pekasam. adik beradik perempuan pandai menguruskan rumah, mengemas, menyapu dan membasuh pinggan.
petang ini puan normah bersama dengan bayinya hadir ke rumah jiran. sambil kopi dihidangkan, puan normah yang duduk bersila di lantai menepuk-nepuk peha si bayi supaya tidur lena. sesekali anaknya itu menangis sambil menggeliat. sebaik kopi dituang mencecah cawan, seawal gosip lebih awal dibincangkan.
"mika tahu dak cerita laki mek?"
"kami tahu belaka dah! tak berkenan aku laki mek tu serupa orang isap dadah!"
"sabit pun. lalu kot tepi rumah kami tu mata dia merah. menurun abang dia jugak. mat char! abis kut merata kampung tu dia duk curi getah buku."
"berapa kali nak duduk penjara langsung dah. menyusahkan orang tak sudah-sudah. yang mek tu tahan, nak betul ke laki dia jugak. eh mika tak gi ke kenuri cucu hasan tanjung hari tulat ni?"
"kami tak kena!"
anaknya menangis lagi. diselak t-shirt yang dipakai, puan normah menyusukan bayinya itu agar esakan tangisan akan berkurangan. ya! hebat naluri si ibu yang mengetahui anaknya lapar minta disusu. gosip terus bergosip. sesekali puan normah yang rancak bercerita mencebik bibir menahan sakit.
"ssssssss......adoihhh!"
"wat pa tu?"
"tak dak pa. sssss.....adoihhhh! tajam sungguh."
"ada gigi dah kot?"
"saja pun, lambat ada gigi ni suka duk kikir! adoihhhh!"
Pangggg!!! kini anaknya kembali menangis....
7 comments:
terasa lagu dok kat kg la ni...bahasa yg kurindui..kampungku!!!!!!!!!!!hehe...
terhibur Mek baca...hahahhaa
wan : hehehe..kampung kita cakap lebih kurang jek..
mek : eleh mek hang tu feeling sangat kalau baca nak kena ada interpretasi...
lawakss la wei....
lawakss la wei....
lawakss la wei....
weh..awat post sampai 3 kali..hang sama penyakit internet ngan kak wan. bahahahha..
Post a Comment