Monday, June 14, 2010

moment?

aku pasti pembaca akan tanya, apa yang spesel sangat dengan perkataan moment? best sangat ke sampai nak mengalirkan air mata gembira? atau terus rasa bersyukur nak duduk tahiyat awal? semestinya moment ini merupakan suatu momentum yang telah membuatkan rakan-rakan bekas pelajar seratas akan ketawa dengan haniza mohd nor akan menjadi orang terakhir untuk berhenti.

sebaik tiba di kuala kangsar, terus drive menuju jalan ke enggor, tup-tup sampai di lokasi kejadian. di saat mencari parking kereta, turut tiba rakan lain seperti zamri anuar, yashar, zulkepri, liana dan haniza. punya jauh perjalanan dari KL, kami berlima (aku, tasha, tasnim, wan hazila dan noriah) telah mendapati bontot masing-masing membentuk kaca TV flat screen 42 inci. gila, berbekalkan one-stop di tapah, belum cukup geomeri bontot kembali kepada keadaan asal. ekceli ada skali nak singgah R&R ladang bikam tapi tak jadi sebab noriah atau nama glamor beliau apoie telah dari awal mendeteksi bas dari unimap. noriah mengenali drebar bas tersebut dan bibit nostalgia mula menggamit, tetapi mata kami tertumpu kepada A galak dan yusop haselam yang turun dari bas tersebut. kata noriah, unimap menjalinkan hubungan intim dengan pihak seniman.


sebaik tiba di kampung seberang karai, kami terlebih dahulu ekjas seluar dan baju masing-masing agar tidak nampak seperti norhasfiza suriati yang serabai. jadi kami berkumpul dahulu di bawah teduhan culvert lintasan kereta api. dari awal zamri sudah menyuruh kami bergambar, sebagai dikatakan moment. malang sekali kami baru nak tulis ayat-ayat perangsang nafsu buat qusairi pada kad sempena hadiah yang dibeli secara berjemaah. namun begitu, natasha membawa hadiah individualistik dan apakah ada maksud di sebaliknya?

kami melangkah berjalan menuju rumah pengantin. malang sekali kami dituduh rombongan pengantin dari ipoh. fitnah mereka diburukkan lagi apabila balingan mercun yang lantas meletup membuatkan kami panik seperti komunis pimpinan chin peng datang menyerang. apapun, nurtasnim paling histeria, disusuli natasha yang berlari menyorok di belakang.


alang-alang tiba, kami menjamu selera. pelbagai juadah disediakan. lauk pauk kenduri yang dimasak secara gotong-royong menambahkan lagi elemen kemesraan satu malaysia (sekadar imaginasi penulis). ya, ayah qusairi berbangsa cina, oleh itu kami beranggapan mereka yang cina itu adalah saudara dari sebelah pakcik ibrahim.

kami teruskan lagi aktiviti makan. sambil dirakamkan detik atau moment indah oleh zamri anuar, kami menyelidik isi tersirat di dalam goodie bag yang diberikan. wah!! ada labu sayong. tetapi ini mungkin labu karai. selesai makan, kami menantikan pengantin tiba namun kami abaikan sahaja pengantin yang tiba kerana rata-rata belum habis makan. sedap sungguh acar karai, serta gulai daging!

pengantin sudah habis makan, kami merapati rumah walimah urus moga-moga dijemput bergambar di pelamin. oleh itu check point terhampir adalah sofa yang diletakkan betul-betul pintu masuk utama rumah tersebut. malang sekali kami telah kehilangan haniza. kenapa? apakah haniza diculik? oh tidak sama sekali. ini kerana haniza dan noorliana telah mengenakan pakaian yang sedondon dengan sarung sofa rumah qusairi.

cuba lihat gambar rajah di bawah, dan plotkan titik-titik agar membentuk pembahagi dua sama serenjang, iaitu pandangan mereka yang sedang mengawal emosi agar tidak mentertawakan zamri anuar yang sibuk di pelamin sebagai mengambil alih tugas jurufoto utama. aku rasa pakcik kemreman tu dah tensen dengan kehadiran rakan-rakan qusairi yang rata-rata berakhlak tidak senonoh. lihat sahaja, tanpa disuruh, mereka berani beraksi pelbagai watak dalam berfoto. inilah yang zamri anuar mahukan iaitu sebuah moment (detik indah).

selesai bergambar mesra bersama qusairi dan pasangan (seperti yang tertera di entry sebelumnya), kami pandai membawa diri kembali ke lokasi agung dalam culvert lintasan kerata api kampung seberang karai. syok betul lepak di situ, sejuk dan teduh. kebetulan hujan rahmat mencurah ke bumi disusuli tumbuhnya cendawan merah.

melihat moment di bawah, tentu sekali berlaku konflik di dalam diri para jejaka ini. yashar mahu pulang ke KL namun zamri dan zulkepri akan memandu pulang ke Utara. begitu juga noorliana yang akan membiarkan nasib haniza terkontang-kanting, kerana haniza juga mahu ke KL. nasib yashar dan haniza kini di tangan zulkepri sebagai pemandu drift honda civic merah jingga. sambil bermuzakarah, sempat zulkepri dan yashar menyapu peluh di pintu kereta noorliana.

berdasarkan kata sepakat, kami bersetuju untuk menentukan nasib haniza dan yashar setelah beristikharah di masjid ubudiah di bukit chandan, kuala kangsar. moment seterusnya adalah terganggu setelah penulis mendapati tiada gambar yang senonoh. semuanya gara-gara haniza yang sentiasa bergaya selak kain.

memandu ke bukit chandan, penulis dijadikan leader supaya yang lain folo dari belakang. akan tetapi, kesilapan penulis terskip entry parking masjid, kemudian terpaksa membuat pusingan di istana iskandariah telah turut dituruti mereka yang jahil. sah, noorliana dan zulkepri memandu mengekori dari belakang. tetapi kami bertuah dapat melihat kecantikan muzium istana kenangan yang tutup pada hari tersebut (ahad).


sungguh indah menawan masjid ubudiah. kubah keemasan dengan seni bina seakan taj mahal, kami sempat merakamkan beberapa detik bersejarah. selesai istikharah, kami menghirup minuman sejuk yang dijual di situ, sempat juga merasai keenakan ais krim potong perisa durian yang disaluti kacang tumbuk.

moment indah di hadapan masjid ubudiah. ketika ini kami menunggu jemaah wanita yang sedang melipat telekung bertali lalat mereka. lambat sungguh. setelah berkumpul, zulkepri telah bersetuju untuk memandu ke KL untuk menghantar yashar dan haniza, manakala noorliana pulang ke benua selama.


aktivis noriah sempat merakamkan detik indah menggunakan kemre baru beliau. kami menantikan kehebatan zamri anuar untuk bertindak merakam moment bersejarah ini tetapi kamera DSLR beliau dipegang oleh haniza yang masih sedang make up. sila lihat gelagat mereka bergaya persis rombongan kumpulan marhaban. bermakna bukan perjalanan kami?


setelah itu kami memandu pulang ke kuala lumpur. zulkepri masih folo di belakang kerana tidak sure arah menuju plaza tol akan tetapi kami tersasar ke jalan menuju Lumut. membuat u-turn, kami kembali ke landasan benar dan terus meluru meredah arus kenderaan yang sesak, padat lagi menyakitkan hati. sungguh tabah dirimu wahai zulkepri dan zamri anuar, haruskan haniza dibelenggu rasa bersalah dengan yashar disumpah kencing tidak lawas selama 2 hari? terletak pada budi bicara zulkepri, bukan hak wan hazila mahupun sebutan pendakwa raya mahkamah syariah.

sekian.

15 comments:

haniryan said...

moment yang sungguh indah nampaknya...jeles jeles

Cik Faridah Huda said...

sepatutnyaaa..I harus ader...hehhehe..tapi akibat ader komitmen lain..pagi bawak membe pegi mendaftar di Uitm...n mlm ade apoinmen....x nak la susahkan rerakan yg lain..ha la kot kata join..nak mintak member balik lekaih-lekaih sampai nak berhadas kecil di r&r Tapah pun x nikmat..ape kes kan...hahaha

eh aku ckp berdasarkan peel 'rakan karib'..keh3x

ai_niza said...

Patutlah aku tgn nahar memusing2 sekeliling masjid ubudiah tu walaupun aku tgk keta lain masuk ikut pintu depan je. And lg 1, aku anggap je la tu tanda syg kepri n zamri kat aku utk mengelakkan rasa bsalah dalam diri.hahaha

NoraAzua said...

wah! memang momen indah. tahniah chin (walaupun aku rase tak penah bersembang ngn ko time skolah.hehee) aku tak dapat la nak join. kebetulan birthday aku. selebret. heheh

SYED NAHAR said...

hani jusoh : memang indah moment ini kerana disusuli objek yan indah2 sahaja.

mekrieda : kalau dah tak de, buat mcm tak de ye. jangan nak mengada2. hahaha..eleh mek aku mula2 tuduh hang pi dengar ceramah MLM tapi rupanya betoi2 ada appoinment. hapuskanlah dosaku itu.

ainiza : kalau kereta kepri rosak mek ai lagi rasa bersalah. mujur kepri gagah, ditemani zamri anuar yang sentiasa bermomen. sampai kereta potong kat ipoh pun nak snap kete kita org. ni mesti ideology mek ai! huh! hahahah..

azua : lebih indah moment kami kalau cik azua bleh join n menghasilkan gambar yang cantik2. ko kena turunkan skit ilmu tu baru baroqah. hahahaha...

.::haS::. said...

kawan yg mendaftar tu cik nah ke??

appoinment diwaktu malam??kehkehkeh

SYED NAHAR said...

kawan yang mendaftar? sapa tu insan misteri yg dimaksudkan senah??? kalau haniryan tu adalah noor hani jusoh warga benua padang melangit.

ai_niza said...

Weh,tu ideologi zamri la.dia kata driver keta ampa tu hensen.kira cm moment jugak la.hahaha.

Anonymous said...

suka ah baju kawen tradisi cam tu!

anand

SYED NAHAR said...

ainiza : ya ka? ish ish! moment sungguh la kalo gitu. cis mek ai saja nak ubah topik. menurut zamri mek ai gelak selang 2 minit dalam kereta dari KK ke KL. hahaha..

anand : baju tradisi adalah pilihan terbaik aku rasa. kalau nak bergaun kembang mcm tak sesuai dengan environment malaysia. dibuatnya pakai gaun kembang background nampak pokok pisang tak ke haru?? unless kat hotel. hurm.... tapi apa pilihan ko anand??

Cik Faridah Huda said...

senah tu aku rase dier tuduh aku tuh...

okeh...let me clear...kalo bt apptment ngan aku tuk ASB...jurang waktunyer adelah lunch hour @ lepas kejer..5pm-7pm...working days...

kalo apptment health point program aku....masa berjumpa adelah 8 to 10pm...everyday...kalo cuti bleh jumpa siang..hahhaha

pas tu aku bt cuti sndr...Sabtu jangan kaco ...itu hari aku nak berjimba..

Ahad malam..aku n membe aku sit together tuk set appoinment ngan org2 yg dah interested nak dgr psl health program tuh...

aku taw senah tuduh aku join MLM..hahahha

Cik Faridah Huda said...

senah ~ aah..che nah further study beb...isi masa lapang katanyeeeee...aku pun sempat bergambar di UiTM dekat di hati hampa tu..tapi x dan nak transfer..hehehehe..maklumlah henset cikai buat hal x kena tmpt...TANGEEEENN

ai_niza said...

aku rasa jeda jarak 2 minit tu patut didekatkan lagi la..aku rasa aku dok bantai gelak je..kadang2 tak tau kenapa.hahaha...sawan sungguh...

SYED NAHAR said...

mekrieda ; aku pun igt hang join MLM gak sebenarnya. hahaha.. tapi apa sebenarnya ntah lah. hang ni mek mudah terjebak dengan apa2 isu semasa. hahaha..apa pun kalau ada perkara menarik mesti dijoinkan bersama rakan2! haahah..

mek ai : agaknya la sawan tu. aku pun rasa hang gitu gak. sebab nonstop gelak. haha..

Anonymous said...

emm KE kawen?OMG tak taw beb