jenama kereta jepun yang terbaru ke "futsun" ni? oh tidak sama sekali. jenama raket pun bukan, mahupun jenama pengilat kuku. "futsun" ni sebenarnya diwar-warkan dengan yakinnya oleh salah seorang boss aku yang ingin merujuk aktiviti sukan futsal. boss aku ni memang best, baik dan kalau kita dekati baru kita tau dia seorang yang mengambil berat. bodek ke? mana pernah dia baca blog aku. tapi aku tak dapat lupa sampai 4 hari igauan yang sama kembali menerjah minda apabila boss aku yang naik high nak balik awal untuk menonton "piala malaysia" padahal nak tengok lee choong wei di piala thomas.
tapi lately ni, opis aku kian havoc. bukan angkara gosip (gosip adalah makanan harian) tapi aktiviti yang dijalankan sebagai pengaruh dari keadaan dunia semasa. tentulah kini world cup telah menghantui setiap orang, dengan itu tercetusnya suatu fenomena mata bengkak pagi. ya, pengaruh itu tidak henti di situ, sebaliknya diadakan perlawanan futsal antara lantai (inter-floor match).
nak dijadikan gosip, perlawanan yang berlangsung pada hari pertama menyaksikan suatu pertembungan ibarat timun dan durian. tingkat 4 menewaskan tingkat 11 dengan goal sebanyak 10 berbalas sifar. oh?? sifar?? ya anda mengundang padah, tingkat 4 dibarisi antaranya ialah 4 pemain dari kilang. tahukah bahawa tingkat 11 dibarisi oleh 3 anak muda dan 2 lelaki berpengaruh iaitu anak dato taukeh syarikat.
kemudiannya, ada pihak yang tidak berpuas hati lantas membawa kes ini kepada pihak penganjur. kenapa? kerana tingkat 4 telah bermain secara tanpa bertomakninah lalu membelasah pasukan tingkat 11 tanpa belas ihsan. angka 10 berbalas sifar itu dianggap tidak ada istiqamah dalam perlawanan. aku tak rasa 2 orang pewaris itu yang mempersoalkan kejadian ini tapi mulut-mulut manusia lain yang cemburu dengan kejayaan yang lain.
pihak penganjur telah mengadakan suatu undian yang diwakili setiap ketua oleh setiap floor, kecuali pihak tingkat 11 dan tingkat 4 yang masing-masing bertindak sebagai yang menuduh dan yang tertuduh. setelah mengundi, dengan majoriti 6 telah berjaya sebulat bola untuk membenarkan kata-kata yang menuduh supaya tingkat 4 tidak boleh lagi menggunakan pemain import dari kilang. kes ditutup. titik!
menjelang perlawanan mendatang, 4 pemain lain digantikan untuk pasukan tingkat 4 yang semuanya dari ibu pejabat yang mungkin melakukan senaman 4 bulan sekali. eh, nama aku pun tercatat dalam list sebagai goal keeper (feeling casillas jap)!!! what the whattt??? okay, im fine even not very familliar with futsal regulation. tak pe, bedal saja. akan tetapi, salah seorang peserta lagi itu adalah boss saya (bukan yang sebut futsun tu).
atas kejadian menimpa, boss saya telah menarik diri. saya merasakan beliau ada hak untuk tidak bertanding kerana kejadian yang menimpa 4 pemain yang merupakan anak didik beliau sebagai suatu kes diskriminasi sedangkan mereka hanya on-off sahaja ke kilang, selebihnya di ibu pejabat jua. saya menghornati tindakan boss saya sebagai suatu tindakan yang tegas serta berpendirian.
akan tetapi, bagaimana pula dengan saya? baju merah telah siap dibawa, kasut pun. hati ini memikirkan sesuatu yang harus dilakukan, sama ada menyertainya atau tidak. pemain ada, tapi cukup-cukup sahaja. atas dasar hormat, saya berjumpa dengan ketua pasukan lantas menyuarakan pendapat saya.
"sorry, mungkin saya tiada alasan untuk tidak menyertai acara ini namun pendapat saya menyatakan saya untuk tidak turut serta"
"kenapa?"
"dalam suatu kampung, jika ayah saya tidak bersefahaman dengan seorang penduduk lain walaupun kesnya amat kecil, namun saya tidak harus bertindak pergi meminum teh di rumah penduduk tersebut. ianya kecil atau tiada kesalahan atau tiada kaitan namun saya bertujuan menjaga hati perasaan ayah saya. salahkah saya untuk menolak perlawaan ini?" **perumpamaan dibuat agar menjelaskan situasi**
"ya! saya terfikir dan awat betul. jika saya di posisi awak, itulah tindakan saya. saya memahami."
"ya, bukan kecaman atau memulaukan acara yang berlangsung tapi menjaga perasaan. acara ini hanyalah untuk bersukan sambil mengeratkan hubungan sesama kita, jadi inilah yang baik untuk masa ini."
No comments:
Post a Comment