Tuesday, June 22, 2010

watson and june 2009

lihat gambar rajah di atas. sungguh aku ke kedai membeli baju warna ini. masa tu seriyes aku ada kemeja 2 lai saja. ye lah, baru balik dari delhi dan aku masa tu kena report keje ke HQ. dulu kat site tak de keja aku nak pakai kemeja. so, zaman tu aku terpaksa shopping baju, desperate gila.

kisah ni berlaku bulan june 2009. kira dan setahun la. aku shopping ke isetan, parkson dan ada sekali ke tangs. kena completekan bilangan baju at least 3 minggu pakai tak yah basuh. disusuli dengan membeli mesin basuh. agak penat nak beli baju sebenarnya, sebab saiz menjadi masalah. zamna ni kurus sikit la. jangan banding sekarang yang dah naik 7 kilo.

pilih punya pilih, sampai nak bagi cukup susunan kaler luna. dari putih sampai hitam. tapi hitam tak beli lagi sebab rasa macam busuk je pakai hitam, unless kain cotton boleh terima lagi. payah cari cotton sebab rata-rata campur poly.

pada suatu hari, ye aku pakai baju seperti di atas. baju kaler purple macam ada shading-shading sikit. aku ke giant depan opis. saja cari-cari shower cream kat watson. sekali ada orang tanya aku harga barang. aku sekadang buat muka. maybe orang tu terlihat aku pakai name tag. bila masuk opis, orang gelakkan aku. dari di lif lagi. rupanya, aku pakai baju ni memperlihatkan aku staff watson. terus aku tak pakai dah. ada lagi terlipat elok di rumah. nak bagi kat adik aku je lah., kalau dia tak perasan.

6 comments:

diri ini.... said...

hahahha...gelak berdekah-dekah aku..eh skemanye ayat..berdekah-dekah

Anonymous said...

ada sale dak kat watson la neh? :B

anand

Anonymous said...

emy : woih! bagi la kata2 semangat supaya aku tak rabun warna dah! ini gelak! bukan galakan.

anand : aku rasa tak serupa sgt la baju ni..ke mmg sama? aku tak perati plak..

nahar

Cik Faridah Huda said...

pekerja Watson yang berjaya...

pirst time tunggu ang kat KTM Subang...rase mata berpinar tgk kebanyakan yg pakai baju ungu cenggini..mmh x syak lagi sebagai pekerja watson..dat's it!!!!! ang salah sorang even galas beg laptop...

Anonymous said...

supervisor watson..hikkss..

anand

Anonymous said...

mek : ahhh..katakan ianya tak benar!! aku tak ketahuan plak selama ni tak perati staff watson pakai baju kaler apa!

anand : huhu!! T_T

nahar