Wednesday, December 30, 2009

sepintas lalu, bukan alamat ke rumah senah

saya menerima sebuah komen yang amat menggelikan hati, ditulis oleh seorang rakan yang tidak tahu asal-usulnya, yang pasti beliau adalah warga seratas. bagi yang belum membaca, boleh klik pada gelaran (part 9). komen tersebut berbunyi begini:

Salam...

Aku ingin menceritakan sedikit perihal gelaran siapa? kerana gelaran ini telah kerap digunakan dan telah salah digunakan...
Di sini aku ada satu cerita yang berkait rapat dengan gelaran siapa? yang berlaku sewaktu zaman dulu kala.. Masa ni kita form 5..
Ceritanya bermula selepas solat maghrib pada hari Sabtu sekitar jam 8 ke 8.15 malam...
Kisah ini berlaku di tangga depan surau yang berdekatan dengan tempat ambil wuduk...
Aku ingin cerita dalam bentuk dialog supaya mudah untuk diceritakan. Kisah ini adalah disebabkan oleh gelaran siapa
dan ia berlaku antara aku dan dia yang aku gelarkan 'Yang Terkena'...
Kisahnya adalah seperti berikut:

Yang Terkena: Hang ada nampak Saparin dak?
Aku: Tak nampak la pulak. Pasai apa nak cari dia?
Yang Terkena: Aku nak jumpa dia la.. Nak ambik selipar aku balik..
Aku: Selipar hang ada kat dia ka?
Yang Terkena: Ha'ah... Ada kat dia..
Aku: Tapi pasai apa Saparin ambik selipar hang?
Yang Terkena: Tadi aku cari selipar aku... Tapi tak jumpa... Pastu aku tanya depa, sapa ambik? Pastu depa semua cakap Saparin ambik... Jadi sebab tu la aku nak cari Saparin...
Aku: Hang tanya depa 'Sapa ambik selipar aku?' ka...
Yang Terkena: Ha la... Aku tanya camtu...
Aku: Pastu depa semua cakap Saparin yang ambik ka..
Yang Terkena: Ha la...
Aku: Hang dah terkena la... Kalau hang tanya kat aku, aku pun akan cakap Saparin yang ambik... Macam depa jawab gak...
Yang Terkena: Jadi betui ka Saparin yang ambik?
Aku: Dak la... Depa main-main saja... Kesian kat hang... Hang try la cari selipar hang tu... Tapi memang bukan Saparin yang ambik...
Yang Terkena: Ok.. Tak pa la... Aku try cari...


Kesian kat membe kita yang dah terkena ni... Mati-mati dia ingat Saparin yang ambik... Kalau membe kita ni betul-betul cari Saparin, tak ke dah jadi satu hal lain plak...

November 30, 2009 7:11 PM

2 comments:

missone hazel said...

kahkahkah.....sapa kah gerangannya tu?

SYED NAHAR said...

beliau dikenali sebagai encik anonimes.... ekekekek...