setiap kali menerima slip gaji, aku akan terus membukanya. perasaan inkuiri tetap ada walaupun sudah mengetahuinya, dan sedar akan hakikat logikal yang sememangnya akan tiada sebarang pertambahan. namun dengan bantuan fantasi dan keajaiban, aku akan bermuhasabah diri. apabila kesibukan menjadikan kita penat dan alpa, kotak minda terus memikirkan kesudahan episod kerjaya. sesekali memori imbas kembali kenangan yang berlalu, merentet sebuah epilog langkah demi langkah sehingga ke titik takdir di mana diriku bertapak kini.
menurut 'business card', aku memegang jawatan 'design engineer' kepada sebuah organisasi pembinaan yang mungkin gah di mata pecinta projek mega. namun, hakikat tersebut tidak dapat disangkal mahupun diguna pakai kerana kenikmatan hidup di dunia ini hanya bergantung kepada penerimaan sesorang individu, dengan kata lain komen kita akan bias atau terlalu bersandarkan kepada pengadilan individu yang tiada menetapkan garis panduan beserta terma syarat.
mengimbau jauh bagaimana kita menjadi diri kita pada hari ini, memungkin kita berfikir sejenak dengan bermulanya kita bertatih dan terus melangkah masuk ke destinasi melalui denai-denai yang berbeza likunya. apapun yang dilalui setiap insan itu adalah kaedahnya, namun pernahkah anda mengetahui atau menilik nasib anda pada 15 tahun yang dulu?
mungkin ada kena mengena, atau mungkin jauh bersimpang. namun berikut adalah senarai permainan dan amalan yang diakui mempunyai pengaruh dalam membentuk profesyen :
1) alat mainan kenderaan komersil :
- terutamanya lori panjang, saya amat meminati permainan jentera ini lebih-lebih lagi dengan mengenakan beban tinggi di atasnya. selain itu, saya juga melakar jalanraya di balkoni rumah dengan menggunakan krayon berjenama bancho siap dengan lintasan pejalan kaki, ruang 'parking' dan persimpangan bulatan. selain itu, rekod terbaik pernah dicapai dengan membina jalan raya lerengan bukit pada sebuah busut anai-anai dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi seperti tembok penahan tanah runtuh dan jambatan menghubungkan dua dataran tinggi yang terpisah dek gaung. lori pengangkut tanah adalah yang paling digemari, tidak sah tanpa sebuah 'excavator' diikuti kenderaan lain. pengaruh ini mengingatkan saya dengan profesyen jurutera yang dijawat.
2) rekacipta
- saya pernah menghasilkan sebuah replika bas red&yellow omnibus dengan menggunakan kad manila serta diwarnai dengan warna air jenama panda. selain itu, saya juga pernah membina rumah bangalow 2 tingkat dengan menggunakan kepingan buluh (yang diambil dari serpihan galah pecah). tidak cukup dengan itu, saya mampu menghasilkan patung kertas (mengenakan bikini) dan kemudiannya mereka busana untuk dikenakan pada patung tersebut lantas dihadiahkan kepada rakan perempuan di sekolah rendah. kebolehan ini membolehkan saya menjadi seorang yang 'particular' seperti menentu ukur sebuah ketrampilan atau persembahan mahupun perbentangan dengan pemilihan warna yang sesuai, tema kerana imaginasi mendahului kebolehan namun hasilnya sesuai dengan bahan yang ada. tapi setiap hadiah perkahwinan buat rakan pasti dihiasi balutan riben supaya tampak 'jangok'.
3) bermain jutaria
- obsesi terhadap kekayaan melalui sewaan tapak dan pembinaan rumah atau hotel menjadikan saya mengenali mata wang serta tukarannya. bermain dari malam sampai menjelang pagi, sememangnya perjuangan ke titis akhir sehingga habis wang kertas milik bank. hobi ini membuahkan impian untuk memiliki perniagaan sendiri yang masih kabur dalam diselubungi kabus tebal. namun kemampuan sareewala melicinkan stok melalui war2welcome amat memuaskan hati, walaupun masih perlu mengkaji perletakan harga yang bersesuaian. namun begitu, kemahiran berkomunikasi dengan klien amat berguna.
4) gemar makan laksa
- laksa merupakan makanan yang sungguh enak di sanubari saya. laksa yang enak semestinya memiliki aroma kuah ikan berbelacan mengikut komposisi yang tepat. kebolehan mendeteksi laksa yang enak bukan sahaja meninggalkan kesan resdung yang mendalam bahkan memberikan personaliti 'particular' terhadap pelihan makanan yang terbaik dari segi harga dan rasa. selain itu, saya juga mampu memasak kuah laksa yang enak di bibir sendiri.
5) daun terup
- saya suka bermain 'colek'. setiap kali mencolek, semangat 'choi sok' membakar untuk terus berjuang mengatur strategi. permainan 'speed' pula menguji kecekapan mata. selain itu, permain lain yang turut disukai adalah 21, 'bluffing', 'full house', colek moden, buka-buka dan sebagainya. tentu ramai yang tidak percaya bahawa saya mampu melakukan 'chong ala magik' (hanya jika menggunakan daun terup plastik atau daun terup kertas yang baru sahaja yang menjadi). permainan ini banyak menguji kepercayaan sama ada firasat, nasib atau penipuan. jika ibu saya menggunakan taktik penguasaan awal, adik-adik saya pula gemar akan teknik pengumpulan kuasa-kuasa besar untuk digunakan saat akhir. apa pun cara yang digunakan, memek muka serta lakonan maya sering menjadi taruhan ketika kita berdepan dengan suatu tekaan yang menentukan nasib perjuangan. permainan ini mengajar saya erti mengenali kejujuran seseorang berdasarkan memek muka dan cara percakapan serta isu yang dibawa. contohnya, kali pertama melihat seseorang, kita menganggarkan personalitinya, melihat pembawakan diri lalu mentaksir latar belakangnya. kemudian mendengarkan topik perbualannya kita akan mengkaji niat asalnya. oleh itu jangan belanja saya makan kerana ingin menjadikan saya 'downline' perniagaan MLM anda.
2 comments:
uish,sakan ang no...
apa yg sakan nyer?
Post a Comment