pernahkah anda di'pow'? tentu anda mahu berkongsi pengalaman di sini tentang kehidupan di asrama, lebih ditekankan lagi asrama seratas. peristiwa berlaku dalam penghujung kurun ke-19 setahun dua sebelum fenomena Y2K tercetus. mari kita lihat apa yang mahu disampaikan oleh penulis. apa yang ingin disampaikan adalah gelaja 'pow' yang dikhususkan kepada aktiviti penge'pow'an produk makanan.
sebarang bentuk makanan digantikan kata ganti namanya dengan 'product'.
minuman juga tak terlepas dari menjadi pemangkin nafsu insan untuk melakukan niat 'pow'.
1) istilah 'pow' membawa maksud kaedah mendapatkan sesuatu yang lebih kepada jirim yang mempunyai jisim secara rela, paksa rela atau terpaksa, tindakan 'pow' dilakukan oleh orang yang lebih berkemampuan terhadap insan yang lebih lemah. mohd hafiz bin ibrahim amat beruntung kerana memiliki wang saku yang lebih di mana beliau dapat menikmati pelbagai juadah tambahan, bukan hanya makanan percuma di dewan makan. contohnya adalah burger lily, nasi goreng kantin dan jambu potong pakcik kereta charade. mohd hafiz telah tenat menghadapi masalah 'pow' yang semakin berleluasa dan muka beliau telah menjadi target sebagai mempunyai rezeki lebih.
suatu malam, mohd hafiz bangkit dari perbaringan di atas katil. sedang teman sebilik lain sedang nyenyak tidur, beliau membuka peti almari secara diam-diam, penuh misteri dan tersembunyi. secara pantas, beliau membuka bungkusan nasi goreng dan sedia untuk bersantap. dalam pada tangannya baru menyentuh bijian nasi, terdengar suara yang kuat datang dari arah pintu, "alhamdulillah!! rezeki mencurah-curah!!!". secara paksa atau rela, menjadi kebiasaan mohd hafiz bin ibrahim telah membahagikan nasi goreng tersebut secara sama banyak, adil dan saksama kepada abang azizul 'mat lahab'. justeru, mereka menikmati keenakan nasi goreng secara bersama berlapikkan plastik dan surat khabar lama sambil mohd hafiz bin ibrahim memendam kesumat di sanubarinya akan kehalalan rezeki tersebut.
2) ashabul yamin sering dikunjungi oleh ibu mahupun nenek beliau yang datang jauh dari kampung membawa pelbagai buah tangan. keluarga beliau amat mengambil berat akan dirinya yang sedang menuntut di seratas. saban kali dilihat ibu atau neneknya membawa buah-buahan, kuih muih dan pelbagai lagi untuk bekalan ashabul yamin mengalas perut tatkala perut kosong.
kerap dilihat, sebaik sahaja ibu atau neneknya pulang, ashabul yamin akan dikunjungi oleh para senior. belum sempat menaiki anak tangga apatah lagi melangkah masuk ke dalam kamar A11, namun segala 'product' beliau telah diratah dengan rakusnya oleh mereka yang amat lapar. rela atau tidak, ashabul yamin sekadar pasrah dengan ketentuan ini. para senior yang meng'pow' beliau telah dilihat mengambil 'product' dengan magnitud yang lebih untuk ditapau buat rakan taulan mereka. rakan sekamar ashabul yamin hanya sekadar melihat dari jauh.
suatu malam, dorm A11 telah dikejutkan oleh abang azim, seorang rakyat negeri kelantan yang fasih berbahasa ibunda dengan bola mata yang bulat dan rupa yang garang. beliau memasuki kamar ini, melangkar satu demi satu, dari pintu almari ke pintu almari lain. sementara seluruh warga A11 diarahkan membuat barisan separa bulatan, abang azim masih memburu makanan. walaupun seluruh pintu almari dikunci, abang azim yang berpengalaman itu dilihat sekadar menggunakan deria bau, iaitu hidung. sampai di almari milik ashabuk yamin, abang azim berhenti dan mengarahkan, "woi! sapa punya locker ni? bukak lekas! aku bau manggis!!! lekas!!!" memang benar, jelas dilihat ashabul yamin menyorokkan beberapa biji buah manggis di dalam peti laci kecil di dalam almari beliau.
3) gejala 'pow' telah menjadi perbualan hangat, menjadi ketakutan para junior. lantas beberapa idea bernas telah dicetuskan. azizul othman antara pelopor awal yang menyimpan bekalan makanan di 'locker' kelas. disamping menyim buku-buku, 'locker' tersebut menjadi peti makanan yang akan dikunjungi sewaktu perut kosong. namun, beberapa pelajar lain telah menerima padahnya apabila kelas mereka dipecah masuk oleh segelintir insan yang tidak berperikemanusiaan. habis makanan dijamah tanpa meninggalkan sedikit sisa. pun begitu, kunjungan beruk dan monyet juga mencuri makanan. dengan kata lain, para pelajar seratas telah dididik untuk bijak menggunakan kemudahan yang ada demi menyelamatkan hak milik masing-masing. sebagai contoh, ada yang menyimpan biskut 'chipsmore' di dalam baldi yang ditutupi baju terpakai. tepuk dada tanya selera.
4 comments:
hahhahahhahha....mmg..megi pun kena kongsi2 gak....time kat seratas mmg..rasa kebulur sgt...nk mkn pun susah...
sir
budak pompuan dorm F2-4 penah makan kopok ikan mentah sbb kemaruk sangat...pepak..pap..pap..pap..x leh nak goreng...
sir : haha..ha lah! first skali masalah duit. pastu kebebasan plak..pastu availability plak...payah sungguh.
mek : apa ke sampai kemaruk sangat makan kopok mentah? ishhh buruk perangai budak pompuan nih. hahahaha.
SAYA PERNAH SIMPAN YONG TAU FU DAN KFC DLM LOKER KELAS...HUHUHU
-AZIZUL-
Post a Comment