Thursday, August 13, 2009

kak wati bakal meninggalkan kami?

ini adalah siti salwati fadzli, telah 8 tahun bekerja di dalam organisasi yang memainkan peranan sebagai syarikat pembinaan yang memiliki keupayaan dalam industri konkrit pra-tuang atau precast concrete.

selama 8 tahun, beliau yang telah menjadi tulang belakang dalam menguruskan kerja-kerja berkaitan sumber manusia, dokumentasi dan pelbagai lagi terutamanya untuk pekerja di luar negara. nama kak wati sentiasa meniti di bibir mereka di luar sana tatkala elaun lambat masuk ke akaun penerima. hahaha... namun, kak wati telah meletakkan jawatan beliau kerana menerima tawaran bekerja di institusi pengajian Universiti Malaya. syabas buat kak wati!

kak wati dihujani ucapan yang pelbagai atas keberangkatannya ke sana, ini adalah salah satu daripada ucapan yang diterima beliau.

kad ini mungkin diberikan oleh mereka yang telah bertungkus lumus mencari tema paling sesuai namun gagal, jadik pengubahsuaian telah dilakukan. walaupun begitu, keikhlasan adalah segalanya. 20 ogos 2009 adalah hari terakhir kak wati di pejabat ini.

3 comments:

Anonymous said...

hg ka yg bagi kad tu??? tp xnmpak cam tulisan hg ja..tp kalo hg yg bagi ...hehehhe..giler kedekut..beli la kad yg senonoh sket...ni cam recycle ja kad tu....

SYED NAHAR said...

dok aih! bukan aku! aku tak buat perkara onar ni. sian kak wati...
org yg bagi tu mereka "budak2 nakal" opis aku..namanya yusop n the gangs.

Cik Faridah Huda said...

Kak Wati nampak seperti seorang pekerja yg tekun....abes ar MTD kehilangan sebutir permata....

hampas betoi yusop n de gang neh....
x tahan tgk sbb part tulisan tuh pun...tiru gaya tulisan kad yg sebenar....beli la lain...rm5 hengget pun x sampai...yusop..yusop...