Tuesday, June 7, 2011

Nasib Taurus

Kalau di pejabat kerja yang masuk tak seimbang dengan apa yang disiapkan. Pilih-pilih yang mana urgent sahaja. Tapi adakah ini termasuk dalam senarai malang aku untuk masukan suku kedua 2011? Belum lagi aku habis repair kereta kesan daripada kena pecah cermin, alarm yang rosak pun belum ganti lagi.

Tapi lain pula yang berlaku, memang malang tidak berbau. Sudah jatuh ditimpa tangga, kepala terhantuk batu kaki tersadung lubang dan badan rebah ke tanah becak. Mahu disenaraikan?

1) Bermula dengan kisah menyayat hati apabila aku pulang ke rumah di suatu malam, habis rumah dipecah masuk pencuri. Dia taram habis aku punya barang, lumayan dia! Bukan setakat DSLR Nikon dan 2 laptop Toshiba dan Compaq aku tapi barang lain juga! Cermin mata gelap, dua-dua siap casing dia ambil. Perfuma malas nak periksa, letih saja buat koleksi. Pengurut Osim aku yang kecik tu pun dia bedal. Alih-alih beg berisi wang syiling daripada pengalaman penyimpan wang untuk masa depan juga turut lesap. Tahniah pencuri berjaya!!

2) Demam panas pula menguji aku. Hari pertama aku sudah tidak ada tenaga, punya surat MC dari doktor tapi kerana bebanan kerja yang banyak, aku perlahan-lahan cuba sudahkan. Akhirnya aku pulang jam 5.30pm macam staff lain. Malam tu aku rasa sangat sakit, terus sekali lagi ke klinik untuk mendapatkan rawatan selanjut kerana ubat yang diberi sebelum ini kurang berkesan. Apabila doktor menunjukkan bacaan suhu 39.4 darjah selsius aku terus akur dan esoknya aku hanya terperap di rumah. Malamnya aku tak dapat tidur, mungkin suhu kian meningkat. Trauma demam denggi pada awal januari masih belum reda kini perlu akur lagi dengan dugaan yang mendatang.

3) Ya, aku sekali lagi perlu akur dengan kerja. Kerja memang tidak akan ada kesudahannya. Tiket yang sudah lama dibeli terpaksa dilepaskan begitu sahaja. Cuti yang telah diluluskan terpaksa ditunda kepada hari yang sesuai, selagi masih sah dalam tempoh laku 6 minggu. Kali ini aku terpaksa melepaskan percutian 5 hari ke Jakarta demi sesuatu yang belum menjamin kebahagiaan. Aduh!!

4) Kusangkakan panas berpanjangan tapi hujan lebat mengalirkan bah di petang hari. Kesakitan pada tengkuk aku terpaksa dilalui selama 5 hari tanpa boleh menoleh ke kiri mahupun ke bawah. Pada mulanya aku menyalahkan bantal, dengan terus menjemurkan di bawah panas, tetapi meleset. Aku ke kedai membeli bantal baru, ternyata tanggapan ini juga meleset. Kerana menanggung sakit, dan kehidupan tidak lagi selesa, aku akur untuk pergi mengurut. Kelekaan aku mencari penawar mengundang padah apabila dimaklumkan urat sudah lama tegang dan kini bersimpul. Sakit yang berasal dari bawah belakang ini sebenarnya menjalar ke leher dan terus menarik urat-urat lain di kepala. Azab perit perlu ditanggung selama diurut, demi kesihatan terpaksa menahan sakit. Hitam leher dengan corak abstrak darah beku sebagai kesan untuk mengalir buang angin yang terkumpul dalam urat.

5) Kini terus perlu menyiapkan kerja yang masih belum surut, dan tiada petanda akan surut. Malah ugutan pula yang diterima, panggilan mencemuh dan sebagainya. Apakah aku lembab atau aku perlu memiliki 6 tangan seperti dewa purba jawa? Tiba-tiba ada mesej pesanan ringkas masuk, dari seorang rakan yang memaklumkan dia tidak dapat membayar hutangnya seperti yang dijanjikan malah dia memohon lanjutan masa. Selebihnya pesanan dari teman lama, ajak lepak minum yang pastinya punya rencana mengembangkan sayap perniagaan MLM. Nafas dalam ditarik, hembus sepenuhnya dan buka mata luas-luas. Lihatlah dunia betapa hidup ini memerlukan pengorbanan. Heyyarkkkk!!!

6 comments:

- H - said...

hrmm... mungkin hanya satu kata-kata yang dapat aku bagi, "bersabarlah". semoga musibah ni jadi penghapus dosa.

sedih plak bila baca kisah hang ni.

Nora Azua said...

sedihnye...sudah jatuh ditimpa tangga... ape yg aku boleh ckp...bersabar la nahar...mungkin ade hikmahnye. bende yg hilang mungkin dpt yg lg baik. ntah2 laptop(s) & dslr baik punya. wow! hahaaa. sementara masih ade kudrat ni, buat je keje banyak2 & jgn lupe jaga kesihatan.

SYED NAHAR said...

bahahaha.. oh bahagianya ada kawan2 yang amat prihatin hehehe.. tapi mmg betul kata2 narul tuh. thanx!!

missone hazel said...

haha...ilang yg x seberapa, insyaAllah akan dapat yg berapa2...haha

Anonymous said...

sabar ek? hg ckp nasib taurus..aries pun sama gak....senang ckp nasib si april kot....

mari lah kita sama2 bersabar...skrg ujan mendung suma..pasni ntah2 kita nk dpt pelangi kot.....

sir

SYED NAHAR said...

makbul doa ko syok gila aku nanti! hehehe.. weh sir, apa story malang ko? aku rasa ko mcm dah tak malang dah??? hehehe...