Monday, June 20, 2011

Mengenal Bahana Perbualan (Part 1)

Perasan atau tidak, dewasa kini ramai di antara manusia di sekeliling kita makin pelik. Terang dan jelas sehingga kita rasa kehidupan ini sungguh misteri. Tak kira sama ada manusia itu tinggal di pekan kecil mahupun yang berijazah hidup di Kuala Lumpur lagilah bertambah misterinya.

Mungkin kerana desakan hidup, terutamanya apabila menyentuh hal percintaan, kerjaya mahupun tentang gaya hidup pasti ada sahaja kenyataan yang aneh dari mereka bisa membuatkan minda kita dihujani beribu persoalan, walaupun ketika memandu pulang setelah lepak bersama beberapa jam di kedai kopi.

Setelah dikaji, dirasakan ada beberapa andaian yang dibuat bagi menangani gejala ini. Jika kita terus melayan kerenah yang dibuat-buat ini, tentu kita sendiri yang bakal merasa kusut sehingga mahu berhenti kerja lantas menghadiri beberapa temuduga di negeri kelahiran masing-masing. Andaian-andaian ini bukanlah untuk menghakimi seseorang tetapi sebagai petanda kepada kita untuk menghentikan perbualan itu lantas bertukar kepada topik lain atau segera memanggil pelayan untuk membawa bil makanan.

Ayuh kita lihat beberapa contoh ini:


Contoh 1 : Degil

Seseorang itu hadir dengan penuh khilaf, memohon supaya untuk mendengar masalah yang bakal diceritakan. Cerita panjang melalut bukanlah masalah utama tetapi setiap kali dia meminta pandangan, acapkali pandangan kita itu bukan penyelesaiannya, walaupun dirasakan itulah yang sewajarnya. Si dia tetap akan memberi 'excuse' sehingga anda merasa sungguh 'fed up' dan merasa tertekan. Alih-alih nak juga dengar cakap dia, apa guna nak teruskan perbualan itu?

A : Aku nak brake up.
B : seriously?
A : Yup. Aku dah fikir masak-masak. Aku nak fokus dengan kerja, aku nak jaga family aku.
B : Okay la tuh. At least ko tahu mana priority ko sekarang ni.
A : Tapi makin lama aku cuba lupakan dia, makin aku sayang pada dia.
B : Eh? Apa ko ni?
A : Ntah.
B : Ko ni dah 17 kali ajak aku minum, kata nak serious lupakan orang tu.
A : Bukan, sekarang ni family asyik tanya bila nak bertunang.
B : Cari la orang lain, ada nye jodoh ko.
A : Tapi aku rasa dia sorang je yang paham aku.
B : Ko kata dia gunakan ko, gunakan duit ko. Pastu tak serious nak kumpul duit untuk kawen.
A : Memang la. Tapi aku rasa aku memang patut tolong dia. Siapa lagi kalau bukan aku.
B : Dulu jugak ko kata dia tak pernah bayar balik duit ko. Pastu dia siap couple dengan opismate dia. Ko jugak yang makan hati. Pastu sibuk nak delete pic dalam henfon pun nak tanya aku.
A : Masa keluar makan ari tu, aku nampak dia jujur guna touch&go dia, bukan touch&go aku.
B : Biarlah!
A : Maknanya dia still jujur terhadap aku.
B : Apa kena mengena touch&go dengan hutang piutang dia?
A : Ye lah, nanti lama-lama dia bayar la kot?
B : Pulak dah! Apsal ko nak citer apa ni dengan aku?
A : Dia nak wat personal loan, tak de pejamin.
B : Ko nak sain la ni? Tak payah!
A : Tapi dia kan dah mula jujur skrang. Takkan dia tak bayar.
B : Ko ni nak minta pandangan aku ke hape? Tak paham la ko ni.


Contoh 2 : Prospek

Sekiranya rakan anda yang telah lama menghilang tiba-tiba menghubungi anda untuk melepak bersama, anda pasti gembira dan merasakan diri anda rupa-rupanya masih diingati. Tanpa berfikir panjang anda terus memakai pakaian cantik-cantik untuk menemui rakan anda tadi siap sembur sedas dua minyak wangi di leher. Tapi awas! Tidak semua yang berniat ikhlas.

Jika anda bernasib baik, mungkin rakan anda sekadar ingin melayang kad jemputan kahwin lantas membuat ayat-ayat jiwang romantis seperti di dunia ini hanya dia seorang sahaja yang kahwin atau mungkin membuat lawak kurang ajar dengan mengatakan dia tak sabar nak makan nasik minyak gulai kari batang pisang resipi kampung anda. Lebih dasyat lagi kalau dia berpura-pura ikhlas mahu mendoakan jodoh anda di Taman Raudhah sewaktu menunaikan umrah. Anda akan sedar diri selepas rakan anda menetapkan saiz hadiah yang perlu anda bawa sewaktu menghadiri kendurinya nanti kerana dia tahu anda seorang jurutera mahupun penjawat awam.

Beberapa tahun kebelakangan, 'trend' berjumpa kawan lama telah dipraktikkan untuk suatu lagi tujuan yang sungguh materialistik yang bisa memutuskan talian persahabatan. Berlatar belakangkan produk unik dengan jaminan secara 'verbal' mahupun imajinasi menerusi pelan yang terancang dan 'option fast-track', awas anda mungkin mangsa perniagaan 'multi-level marketting' atau lebih dikenali dengan abreviasi MLM. Jika anda gagal bangun dari mimpi-mimpi yang mereka dodoikan, anda mungkin melaburkan ribuan ringgit, kehilangan kerja mahupun menanggung hutang dengan bank.

Masak di rumah dan tak perlu keluar untuk makan, lebih baik?

8 comments:

Nurul Farhanah~ said...

wah nahar..best gile dapur umah ko..umah sewa ke..umah mak??ngeeeee

biasala manusia ni kan pelbagai perangai

emy jay said...

yang penting time kite kua baru baru ni tretibe ade kisah hantaran yg tak kesampaian... hahahhahaha

missone hazel said...

cth pertama kurang jelas, cth kedua sgt tau siapakah gerangannya..hahaha...

*** motip gambaq?

SYED NAHAR said...

fafarara : hahaha.. tu dapur zaman ada peruntukan subsidi dapur gas. skang makan kedai je.

emy jay : kisah hantaran yg tak kesampaian tu mmg tragis. tak dapek den bayangkan bagaimana remaja malang tu bleh amik bas pergi sungai petani hahahaha..

wan ; aku tak mengambil contoh sapa2. hanya bubuh secara random kalau terkena tu kena je lah. pic tu saja bubuh sebagai penyedap rasa. entry tanpa pic mcm kosong sgt plak. hehehe..

emy jay said...

remaja malang itu sangat cekal..selain itu beliau juga berhati tabah

SYED NAHAR said...

tabah demi laki dia atau demi kehidupan akan datang? hehehe.. apa pun pengalaman yg lalu mengajar kita utk lebih bersedia. hahaha..

AzwanRamli said...

nice sharing........

SYED NAHAR said...

welcome. ehehe..