Friday, February 11, 2011

Top 10 : Pelakon (Antarabangsa)

Kita semua pasti punya mind set, tak kira sama ada dalam membuat keputusan mahupun dalam tindak-tanduk sehingga memberi pengaruh yang kuat dalam kehidupan. Mind set ini sukar diubah seperti mana ia hadir bukan melalui bentuk insiden yang mudah. Penuh komplikasi kerana selalunya kita lebih mempercayai sesuatu setelah mengalaminya.

Setiap kali melakukan proses muat turun atau mengunjungi gedung DVD, kita biasanya membuat tafsiran awal melalui pembacaan di media. Disebabkan kelajuan internet yang tidak membenarkan, kita selalunya mengunjungi toko DVD untuk mencari bahan tontonan tak kiralah sama ada original, cetak rompak, tertapis atau sengaja menyusuri pintu rahsia untuk ke sudut yang lebih privasi.

Punya berlambak DVD, tak terbuat kalau nak survey di internet. Mesti serkap sahaja yang mana dijangka bakal menghiburkan. Namun salah satu pemangkin tindakan kita untuk memilih sesuatu DVD itu adalah barisan para pelakon yang tertera di kulit luarnya. Jika anda ingin mengetahui citarasa saya dalam menonton filem, berikut adalah 10 senarai barisan pelakon yang sering menjadi pilihan yang tidak akan mengecewakan anda :


10. Brad Pitt

Filem-filem lakonan Brad Pitt di awal kemunculannya lebih mempertaruhkan elemen kekacakan. Namun setelah mengalami proses penuaan, lakonan Brad Pitt kini berlainan. Filem The Curious Case of Benjamin Button telah berjaya menambat hati saya justeru kini filem-filem beliau dilihat amat berkualiti dan lebih mementingkan mesej untuk disampaikan. Walaupun filem Babel hanya merupakan kombinasi 3 cerita di lokasi berbeza namun kehadiran Brad Pitt membuahkan kualiti tontonan yang lebih hebat.

9. Jennifer Anniston

Jika memilih untuk menonton filem ringan-ringan, instead of filem-filem ringan, nilai lakonan Jennifer Anniston tidak pernah mengecewakan. Beliau kini lebih menjiwai watak komedi secara natural. Tonton sahaja Friends With Money tentu ada tidak akan kering gusi. Marley & Me merupakan filem komedi romantis lakonan beliau yang dirasai paling berkesan dan setiap kali mencari bahan komedi jangan lupa untuk konsider Jennifer Anniston sebagai pelarisnya.

8. Julliane Moore

Lakonan Julianne Moore lebih tertunpu kepada filem-filem berat yang memerlukan anda tekun melihat sarikata sehingga terlepas babak penting yang ditayangkan. Julianne Moore mula melekat di sanubari saya semenjak menonton The Hours. Betapa tebalnya hati seorang isteri dan wanita dalam menempuh bahtera perkahwinan. Tidak cukup dengan itu, uji lagi kemampuan dan keegoan air mata anda dengan menonton The Prize Winner of Defiance Ohio. Apapun saya amat kesal apabila Julianne Moore tidak diangkat sebagai pemenang Oscar menerusi Far From Heaven, filem lakonan Julianne Moore yang paling banyak tercalon untuk acara anugerah.

7. Angelina Jolie

Beliau dulunya menampilkan watak ganas, wanita yang memegang pistol, memacu kenderaan dengan lajunya sambil tubuh yang menggiurkan mengenakan pakaian seksi. Itu dulu, sebelum Angelina Jolie berjaya memenangi hati. Kini, Angelina Jolie lebih teliti dalam memilih skrip. Lakonan beliau dalam The Changeling berjaya memukau sesiapa yang menonton tanpa perlu sedikit pun mendedahkan aset terlarang.

6. Clint Eastwood

Pakcik Clint Eastwood dulunya gemar berlakon filem-filem romantis yang membuatkan kita mual. Namun beliau bukanlah sekadar melepaskan batuk di tangga. Selain hebat mengarahkan filem, beliau juga amat gigih mencari bahan untuk difilemkan. Segala rahsia polis Los Angelas dihuraikan, bibliografi jurufoto National Geography ditelaah dan pelbagai lagi. Tidak hairanlah banyak filem-filem beliau diangkat sebagai finalis ke Academy Award. Tapi, lebih berkesan sebenarnya idea beliau apabila filem yang diarahkan olehnya itu turut dilakonkan olehnya, tak kira tunjang utama mahupun sekadar pelakon pembantu.

5. Kathy Bates

Wajah beliau memang puaka menerusi The Misery sebagai seorang nurse yang kejam, sanggup menghempukkan tukul ke lutut pesakitnya supaya kekal terlantar. Watak psycho yang dipegang oleh Kathy Bates amat menjadi sehingga menyelinap masuk ke dalam mimpi anda. Biarlah filem itu berjudul kurang komersil, namun mesej yang disampaikan amat memberansangkan seperti dalam The Fried Green Tomatoes.

4. Nicole Kidman

Tanpa seurat benang Nicole Kidman yakin sekali berbogel. Serahkan sahaja watak kepada beliau pasti kesudahnya anda akan jatuh hati. Wajah klasik Nicole Kidman sentiasa membarisi filem-filem hebat Hollywood. Terlalu banyak filem beliau yang hebat, namun menerusi The Others keseraman sebenar dapat dirasai. Pemenang Oscar ini sentiasa mencuba yang terbaik bagi memuaskan hati penonton walaupun perlu melucutkan pakaian. Filem-filem lakonan hebat beliau yang lain adalah seperti The Hours, Portrait of A Lady, Moulin' Rouge!, Cold Mountain, Australia, Malice, The Human Stain, The Stepford Wives dan Rabbit Hole. Beliau pernah membuat kenyataan sebagai penyalahkan Hamas dan Hezbollah dalam konflik Israel-Lebanon dan mengamalkan keagamaan secara Scientology namun wajah Chanel No.5 ini tidak henti menerima tawaran berlakon.

3. Tom Hanks

Sebut sahaja filem Cast Away, tentu anda sudah pasti menggambarkan seorang lelaki yang berjambang bersendirian di sebuah pulau terasing dan hanya bertemankan kawan karib berupa sebijik kelapa. Tidak cukup dengan itu, Forrest Gump cukup menyentuh kalbu apabila seorang lelaki lurus yang pada awal hidupnya dibuli masyarakat tetapi diakhirnya menerima cinta dari gadis yang digilainya itu, walaupun Jenny mengidap AIDS. Kerana keberkesanan lakonan Tom Hanks sering berlakon dalam filem yang wataknya akan mendominasi plot seperti The Terminal. Cuba anda saksikan lakonan Tom Hanks dalam The Ladykiller, tentu anda puas!

2. Kevin Costner

Sewaktu menonton filem The Postman, tidak ada apa yang dirasakan hebat, hanya menikmati sebuah epik. walau bagaimanapun, apabila filem itu berkisarkan kehidupan, lakonan Kevin Costner amat menyerlah. Lakonan beliau dalam A Perfect Day cukup kuat bagi mencairkan lelaki yang gah dengan keegoan dalam menitiskan air mata . Beberapa filem lakonan beliau adalah seperti The Bodyguard, Madonna : Truth or Dare, Robin Hood, JFK, Tin Cup, Dragonfly, 3000 Miles to Graceland dan Dance With Wolves.

1. Meryl Streep

Rekod tidak pernah kecewa dipegang oleh Meryl Streep. Walaupun beliau bukan saingan kepada Lindsay Lohan tetapi mereka pernah bergabung dalam melodrama The Prairie Home Companion. Lakonan Meryl Streep amat berkesan dan 5 bintang diberikan! Biarpun plot hanya berkisar tentang sebuah kehidupan biasa namun ketelitian beliau memainkan emosi dalam berperanan amat membuatkan filem itu menjadi amat sempurna. Biarpun sebagai ladyboss dalam Devil Wears Prada, sebagai isteri yang kesunyian dalam The Bridge of Madison County dan mangsa ideologi penulisan sebuah novel dalam The Hours, apapun watak yang dipegang oleh Meryl Streep sudah pasti DVD yang dipegang tidak akan dilepaskan!


sources : random from internet (all pictures)

4 comments:

naeims_ab said...

aku nak tengok cerita nicole kidman la...haha.. menarik..

SYED NAHAR said...

citarasa ko mmg tinggi! haha..

Nora Azua said...

clint eastwood n jennifer aniston are so out from my list. meryl steep mmg best giler.

SYED NAHAR said...

clint eastwood kena tua baru best, zaman dia muda biasalah nak jadi hero tipikal..hehehe..

jennifer anniston ni sejak baru2 ni aku suka sbb walaupun dia tak best sgt tapi bila semua filem dia mcm tu aku rasa dia mmg mcm tu so mcm best pulak.. hehehee..