Saturday, February 12, 2011

Taksub

Definisi taksub berdasarkan tafsiran aku adalah sebuah kepercayaan yang melebihi paras normal dan dibuktikan secara praktikal yang mana berkait rapat dengan kepercayaan yang dianuti. Kehidupan yang rutin yang normal akan berubah atas faktor ketaksuban, di mana pemilihan sesebuah tindakan itu dinilai secara bias.

Ketaksuban tidak kira positif atau negatif, segenap aspek kehidupan daripada amalan berpolitik, aktiviti berhobi, penyelesaian masalah serta pemilihan cara hidup sentiasa dipengaruhi oleh sifat taksub. Wajar atau tidak, paras ketaksuban seseorang tiada unit sukatan khas tetapi hanya kepuasan yang menanti di kesudahannya, bahagia atau duka, benar atau tidak.

Kali ini, saya hanya ingin membawa beberapa contoh ringan sesebuah ketaksuban yang jelas dilihat sepanjang hidup, rata-ratanya berskala kecil. Mari kita mulakan:


1) Hobi

Minat yang mendalam menjurus kepada sesuatu bidang akan mempengaruhi seseorang itu dalam menentukan aktiviti yang bakal dibuat. Bukan fenomena baru, ramai lelaki tidak kira semuda golongan pelajar sekolah mahupun yang sudah bersara meminati sukan bola sepak. Lihat sahaja kedai mamak akan dipenuhi penyokong Manchester United lengkap berjersi merah, siap ada yang membawa banner kecil yang dibeli di Petaling Street.

Pernah mengenali Tempel atau nama di kad pengenalan Akmall Syahmeen merupakan penyokong setia yang mengabdikan dirinya khusus untuk Manchester United. Setiap kali ada perlawanan yang membabitkan pasukan ini, Tempel akan sedaya upaya akan tidak melepaskan peluang untuk menonton.

Antara perkara yang dapat mencirikan ketaksuban ini adalah apabila Tempel yang pendiam akan bertindak sebagai jurulatih di padang. Tempel tidak jemu memberi arahan kepada para pemain meskipun berada kejauhan beribu batu dari Old Trafford. Lihat sahaja jika Manchester United tewas, Tempel akan menjadi murung dan emosi menjadi tidak stabil. Kalau Syakirin buat lawak bodoh konfem secara rifleks Akmall Syahmeen akan memanggil Syakirin dengan nama dalam bahasa Tamil.


2. Pakaian/ Fesyen

Setiap manusia berpakaian, mengikut tema atau kehendak acara yang dihadiri. Jika ke pejabat, tentu seseorang itu akan berpakaian kemas sesuai dengan jawatan dan posisi. Jika jurutera tapak lengkap dengan boot keselamatan, para setiausaha pula bijak mengenakan gaun pendek sedondon dengan kasut tumit tinggi dan warna pembayang mata, kanta lekap dan aksesori. Tetapi ini bukan ketaksuban kerana ia berlaku atas faktor yang menjadi peraturan.

Taksub yang baru menjelma adalah apabila melihat ramai yang meminati dunia yang dicipta oleh negara Korea. Adik aku yang perempuan di rumah sepanjang hari kalau boleh nak tengok KBS World. Taksub punya pasal, klip-klip rambut pun nak tiru artis Korea. Begitu juga yang terjadi dengan seorang kawan lama bernama Ashabul Yamin.

Ashabul Yamin dulunya seorang pengawas sekolah yang terkenal dengan ketaksuban kepada dunia pidato dan sebarang bentu persembahan pentas. Tapi kini tidak lagi. Beliau lebih advance berbanding rakan-rakan lamanya yang dulunya ego tak mahu jadi skima. Ashabul Yamin dari berimej segak ala Hazami kini menjelma menjadi Tomok. Memang jelas elemen Korea telah berjaya menakluk beliau, meninggalkan jauh dunia pidato. Mungkin kini Ashabul Yamin tidak lagi petah menuturkan hujah yang penuh kata kunci.

3. Kerjaya

Pengaruh kerjaya juga boleh menimbulkan sejenis ketaksuban. Lihat sahaja ramai yang membuas status di facebook setiap 5 minit, tak kira sama ada menghadiri kursus induksi, membuat payment kepada sub-kontraktor, menulis minit mensyuarat, melabel fail, menyiapkan penyata kira-kira bulanan mahupun tuang kerja bersama rakan pejabat ke Jalan TAR membeli tudung berkodi-kodi.

Mengambil contoh seorang rakan bernama Wan Hazila. Beliau mungkin amat peka dengan kekurangan pejabat lantas bertindak cemerlang untuk memikul segala tanggung jawab yang selama ini tiada siapa yang peduli. Tidak cukup dengan kerja 5 hari seminggu, beliau hadir ke mahkamah syariah pada hari sabtu dan ahad demi melaksanakan tugas. Apakah beliau benar-benar taksub dengan kerja atau ada menjalinkan hubungan cinta dengan boss beliau yang kacak, muda dan bergaya itu? Sekadar mengambil contoh yang berunsur komedi.


4. Makan

Fuh! Ketaksuban ini memang sesiapa saja akan iri hati. Lihat sahaja, kalau sudah bertuah ke mana sahaja itinerary perjalanan hidupnya dipenuhi dengan makanan yang berwarna-warni tanpa mengira jumlah kalori dan paras kolesterol. Semuanya dijilat tanpa lebihan di sudu.

Setakat mengenali Faridah Hashim, empunya blog makanan terkemuka ini begitu taksub sekali membuat update tentang makanan. Siapa yang melihat pasti cemburu. Oleh itu, penulis telah mengeksploitasikan persahabatan dengan meminta idea daripada beliau jika kebuntuan memilih lokasi makan yang sedap-sedap.

Apakah Faridah Hashim ini taksub dengan makanan? Jika taksub dengan makanan, beliau pasti akan tapau lebihan lauk pari asam pedas tempoh hari di Fiske, AU2 Setiawangsa. Tapi tidak, ketaksuban yang sebenar adalah untuk menikmati keindahan dunia makan, atau dengan mudah beliau ingin rasa setiap makanan di dunia, selagi halal dimakan. Pendek kata, beliau taksub untuk mencuba makanan yang masih belum dicuba. Eh terbayang pula telur dadar enak di Phat Thai.


5. Kebahagiaan

Aneh sekali tajuk ini. Tapi, ingin sekali mendedahkan bahawa ketaksuban terhadap kebahagiaan kadang kala membuatkan kawan terhampir merasa mual. Update sahaja di facebook, 'thanks encik boyfriend blanja i karok! xoxo!', tentu mual kita membaca status yang terbit tanpa diundang ini. Mungkin di dunia yang fana ini hanya dia seorang sahaja yang bercinta, oleh itu harus dikongsi setiap makhluk yang membacanya.

Itulah yang saban kali berlaku di facebook. Contoh nak ambil, banyak sangat. So tak perlu lah. Rasanya, tiada modal nak taip lagi, akibat rasa mual yang tak terhingga. Siapa makan cili, dialah yang berak bersepai cuci tak bersih di tandas. Tiada siapa yang taksub dengan najis kamu! Hahaha.. tertekan kelmarin guna tandas di ****. Dah, nak tidur!

Apakah anak ini begitu taksub dengan komputer sampai tak sempat nak pakai seluar? Main game farmville di FB? Gambar gugel di internet.

3 comments:

Nurul Farhanah~ said...

hahahahahahah..

tkle blah la nahar..

naeims_ab said...

ni cybercafe kat gerik ka???

SYED NAHAR said...

farhanah : kenapa plak??? ada apa2 yg terkena pada diri ko ke? hehehe..

naim : woi kat grik ada IMAX.. kat felda ijok ada ke? hehehe..