Sunday, February 20, 2011

Raja Lawak

Siapa di antara anda yang tidak pernah miss menonton rancangan realiti TV Raja Lawak di Astro Prima? Rancangan ini telah melahirkan ramai pelawak yang saban kali muncul di kaca TV sebagai pengacara sambil berceloteh dan membuatkan hari kita lebih bermakna. Itu jika atau hanya jika peserta Raja Lawak itu mampu membuat persembahan komedi yang menjadi. Bagaimana pula jika tidak? Namun, idea amat penting kepada seseorang pelawak supaya persembahannya dilihat menghiburkan. Apakah idea-idea yang sering kali digunakan oleh para peserta Raja Lawak?

1. Lawak Blue

Sering kali lawak blue menjadi taruhan. Idea lucah adalah idea yang paling popular dipertaruhan oleh peserta Raja Lawak bermula dengan kejayaan yang dibawa oleh Kumpulan Sepah. Namun lawak lucah ini agak merbahaya dan setiap peserta itu harus berhati-hati agar tidak menyentuh sensitiviti penonton.

Lawak lucah mudah untuk masuk ke dalam imajinasi penonton. Ia mudah dijadikan bahan kelakar kerana kenyataan yang dibawa biasanya berunsur realistik dan diketahui umum. Golongan remaja biasanya amat peka dengan lawak jenis ini. Tetapi sekiranya lawak lucah kerap kali diulang, ia masih beruntung kerana sekurangnya 20 persen penonton akan ketawa.

2. Lawak Tubuh Badan

Pelakon hadir denga pakej yang indah, tubuh menawan dan personaliti luaran yang menarik. Sebaliknya, kriteria ini tidak diperlukan dalam pakej menjadi seorang pelawak. Pelawak Raja Lawak kerap membuat jenaka mengenai tubuh badan, meskipun pelawak itu merujuk kepada dirinya sendiri.

Pelawak Alex sebagai contohnya memiliki tubuh besar, sebaliknya beliau lebih gemar kepada unsur jenaka yang bereksperimentasi dengan isu semasa. Sebaliknya peluang ini digunakan kerana lawak tubuh badan pernah membuahkan kejayaan kepada pelawak veteran seperti Osman Kering dan seorang model mi segera Maggie.

Selain itu, jika diperhatikan Pelawak dan pengacara Zizan suka membuat aksi kaki yang terkangkang. Secara tidak langsung aksi ini kadang kala menambat hati penonton. Namun ada juga penonton yang hanya ingin melihat Zizan dan Johan, bukan peserta Raja Lawak kerana kalau nak harap peserta selalunya idea mereka hambar dan kering gusi kita dibuatnya.

3. Lawak Tukar Jantina

Lawak jenis ini telah dipopularkan oleh Kumpulan Senario dengan jayanya, terutamanya Saiful Apek dan Yasin. Kita sudah mual melihat pelawak perempuan membawa watak makcik-makcik atau sebagai anak dara. Jika dulu kita melihat Mek Habsah, Nik Sayyidah, Rosnah Mat Aris dan Wan Maimunah tapi apabila Saiful Apek mengenakan kurung pesak gantung tentu lucu bukan?

Oleh itu, ada peserta Raja Lawak yang cuba mengaplikasikan teknik ini. Tetapi terserah kepada penon, sekurangnya dapat diramalkan at least 30 persen penonton akan ketawa. Sebaliknya, ramai peserta yang membuat lawak yang kononnya telah menjalani proses 'twist' di mana diakhirnya orang yang disangka lelaki itu adalah seorang wanita dan sebaliknya. Oleh kerana lawak jenis ini kerap muncul di pentas, ramai penonton yang dari awal dapat menjangkakan kesudahannya.

4. Lawak Dalam Lagu

Terdapat satu minggu di mana para peserta diarahkan untuk membuat persembahan Muzikal Komedi. Ada yang menjadi, ada yang tidak kerana ia terserah kepada lontaran vokal peserta disamping susun atur bait liriknya. Pelawak Chacha yang berasal dari Pulau Pinang di musim terdahulu kerap kali cuba untuk menyampai komedi bentuk ini bukan sahaja di minggu muzikal komedi malah di setiap minggu.

Perasaan meluat hadir apabila Chacha hanya tertumpu kepada lagu-lagu rakyat Utara seperti boria, seniman P. Ramlee dan juga lagu-lagu dari India. Mungkin idolanya adalah pelawak Musli Ramli. Sebaliknya lawak jenis ini hanya akan menghiburkan sesetengah golongan sahaja. Para warga emas mungkin dapat menerima jenaka jenis ini tetapi golongan remaja akan mula rasa mual yang tidak terhingga. Jenaka jenis ini biasanya sesuai dimainkan ketika persembahan di hadapan tokoh korporat mahupun persembahan untuk penghuni di rumah orang-orang tua.

5. Lawak Kenegerian

Kenegerian merupakan sifat yang lahir dari pecahan kecil sifat Racist. Sebaliknya, kenegerian dalam lawak bukanlah untuk membawa semangat nasionalisme atau menyemarakkan api kemerdekaan tetapi lawak kenegerian yang dimaksudkan adalah lawak yang hanya difahami oleh warga seseuatu negeri itu sahaja.

Jika dulu, pelawak Mazlan Pet Pet sering membawakan jenaka Beruk Mat Yeh, apakah penonton di negeri Pantai Timur dapat menerima jenaka ini? Ia nampak tidak menyeluruh dan hanya tertumpu kepada kelompok penonton mengikut daerah. Begituah yang terjadi pada peserta Idlan yang saban minggu membuat lawak tentang Milah yang juga seekor beruk betina.

Lawak kenegerian ini akan melibatkan penggunaan bahasa dialek sesebuah negeri itu. Kesan utama yang dapat dilihat adalah dari segi kefahaman. Bayangkan jika Alex baku berbahasa dialek Sabah, Idlan dengan dialek Kedah manakala Kumpulan Sepah beruntung kerana dialek Johor lebih universal.

8 comments:

Anonymous said...

tak suka lawak kenegerian. dia sorang je paham..syok sendiri hehe

lawak tubuh badan pun x best. ingat lawak sgt la goncang2 lemak kat badan.. dah basi

emo plaks
ina

SYED NAHAR said...

awal demo komen? haha.. tak tgk anugerah sri angkasa ke? hahaha.. anugerah rtm... imajin ramai dtg pakai baju batik..

Anonymous said...

lor nih kurang tgk anugerah2 ni. sbb x follow sgt

ina

SYED NAHAR said...

dah tak knal pun artis. malas.. baik tgk history channel ada cerita pasal sudirman tapi terlepas!!! bila ulangan balik??

Anonymous said...

dah terlepas ke? lorrr baru target nak tengok

ina

SYED NAHAR said...

lepas dah tapi selalunya akan ada ulangan..ce cek history cenel..

naeims_ab said...

hang ni peminat tegar raja lawak ka??

SYED NAHAR said...

tak lah...sebab tu la aku tulis ni. sbb aku tak tgk sgt..kering gusi aku je.