Wednesday, December 23, 2009

nenek kebayan

"sir...cepat aku kat main entrance hotel. pintu masuk, keluar je hotel terus nampak!"

aku terus memacu kereta ke depan, menunggu ketibaan sir. tapi sir lambat pulak. kereta belakang dah mula bagi signal. aku menghimpit ke tepi, tapi tak muat. ok lah aku ke depan sikit.

"sir mana? cepat lah...sian aku tunggu kat pintu yang ada jockey ni, bukan aku bawak mercedes pun. hahaha.."

"sat..sat...aku dalam lif nih!"

aku terus menunggu. setibanya sir di pintu, dia terus jalan melintasi laluan menuju penghadapan hotel mengadap jalan raya yang ada 2 bijik bas persiaran. lor!! aku kat sini... lantas aku membuka tingkap dan melambai tangan.

"sir!!..."

cis sir tak nampak aku. takkan aku nak turun panggil dia???

"kring"... telefon aku berbunyi.

"wei hang kat mana?"

"ok pandang tepi belah kiri, kereta warna hitam. nampak? aku tengah lambai tangan ni!"

sir masuk dalam kereta terus aku keluar ke jalan raya menuju ke bulatan pahang. jalan agak lengang berbanding waktu petang. mungkin jam 8 malam warga kota dah lama balik rumah mengadap berita tv3.

"wei sori lah mata aku rabun memang tak nampak. aku turun lif pun agak-agak ja. aku ada spek mata tapi aku tak mau pakai. laki aku beli yang besar, malu aku nak pakai. kena beli lain."

so kami menuju kampung baru setelah dipersetujui kak wan yang sememangnya jugak tak tau lokasi mana lagi dah. kak wan datang bersama encik eddy, maybe balak baru dia. sewaktu kereta slow menghampiri lampu merah simpang chow kit, terdapat sebijik skuter kecil yang dipandu gelong angkara tayarnya yang pancit siap terkeluar tiub dalam, kena pulak jalan turapan blok saling mengunci, moto dia pun melompat-lompat. saspen...

sampai di suatu simpang, aku belok kiri. cis! pasar malam pulak terus jam. ok lah kak wan pun baru keluar rumah.

"hello kak wan, kami dah nak sampai dah. la ni kat mana tak tau la ada pasar malam. ha nih syed kata kat depan dewan singh gurdwara sahib..."

"ha lah tak dak kena mengena ngan cikgu nabisah beebi binti mura sahib tuh."

"aku ingat lagi dulu kat surau seratas dengan pae, kami duk usha cikgu nabisah smayang. lepas sujud tu dia bangkit cepat sangat macam tak dan baca apa-apa."

"takkan dia lupa baca doa antara 2 sujud tu?"

sampai di kampung baru, kami sesat mencari restoran western food. so, tunggu kak wan datang tunjuk jalan. dalam hati aku ngan sir saspen, siapalah gerangan yang memandu kak wan?

**ok no problem..lepas parking terus order makan dan berbual sampai bergelak sakan. sir order french fries tapi hampeh tak makan langsung! sos dia macam sos custard masam, tak sedap.

lepas makan, terus nak balik. sir dah janji nak encik asmadi lepas kul 12, yakni sebelum tidur. so hantar dia balik, cancel bawak jumpa mek. sebelum blah eddy bagitau arah nak keluar.

"depan corner kiri, straight sampai simpang, belok kiri lagi pastu terus..."

aku terus masuk dalam kereta, sambil tengok kak wan dan sir duk laga pipi. masing-masing laga tak bagi kena sangat takut bedak kurang atau bercampur. dalam aku start enjin dan pasang air-cond, kereta waja yang dipandu eddy terus blah, meninggalkan kami.

"weh, cepat gila depa nih. tak berhati perut."

"cepat gila!"

"tak pa, kita slow-slow. tak baik kita marah orang tanpa mengetahui niat mereka (sambil pikir kak wan balik rumah terus atau meronggeng lagi...). kita kena think positive!"

setelah kereta waja hilang dari pandangan, baru kami gerak. menyusuri lorong kecil, gelap sekali. tiba-tiba dihujung selekoh nampak kereta waja, terus berhenti di belakangnya.

"oh tu dia depa. tak sangka depa nak jugak tunggu kita. tu la kita ni tak baik buruk sangka. tapi awat lama sangat depa berhenti? nak aku hon ke?"

"ntah..tunggu je lah, kot eddy nak tunjuk jalan kot"

lama menunggu dalam 2 minit, nampak pintu kereta waja terbuka.

"eh pasai pa pulak?"

nampak seorang nenek tua turun dengan begitu perlahan.

"aik sir!!! takkan kak wan berubah menjadi nenek tua? gila hang nenek kebayan!!! betui la kan tadi kereta waja kaler ni lah kan?"

"ha ah lah kaler kereta sama! hahahaha...nenek tua siap pakai baju kebaya lagi"

terus menyusuri jalan tun razak sampai ke bulatan pahang dan tiba di hotel legend beberapa minit kemudian. dalam kereta tak berhenti ketawa. oh tak cukup masa untuk berbual sebab terlalu lama tak jumpa.

**tak der pic sebab aku dan sir sah-sah malu kat eddy, kak wan pulak hilang ingatan! last-last tiga-tiga mengaku malu nak mula keluar kemera dulu. menyesal...

15 comments:

Anonymous said...

hahahhahha..
kluar ayaq mata aku baca...lawak la..tmbah2 part nenek tu..wan xtau lagi crita ni..biar dia baca seniri..hahahhahahha

SYED NAHAR said...

tu ah.. tapi kita memang think positive!!! padahal kak wan mmg dah jauh ke depan..kita je yg berprasangka kak wan tunggu kita. sian. hahahahahaha...

ni lah bahana kalau kita suka gelak, benda kecik pun bleh gelak lama..

Anonymous said...

wei,tgu gak la angpa kat simpang depan tu...bila nmpak angpa dah kuaq bru grak....tp yg angpa pi berenti tu plak pasai apa...hahahah

Anonymous said...

seriyes aku ngan sir tak hapal nombor plate kereta waja korang. ahahaha... salahkan sir sebab aku sibuk nak fokus memandu tapi sir sibuk gelak tak abis2...hahahaha.

nahar

Anonymous said...

wei...
salahkan aku lak...syed yg wat lawak prasangka....hahahhahahha


sir

SYED NAHAR said...

tak kira! hang jugak salah...

hang gelak kuat..pastu bila suara beransur slow baru nak katup mulut. cis! oooo.... hahahahhahah! gila sir hang gelak nyaring.... dengar hang gelak aku pun gelak....

kak wan langsung muka pekup atas meja cover takut encik edy tgk wajah tak malu bila gelak takl eh control...

Anonymous said...

wei,memang gelak pecah perut mlm tuh.xdak maknanya nk cover2 ngn sape2 pun.pekup muka atas meja sbb xleh blah nk gelak gila2..haha...

SYED NAHAR said...

eleh kak wan... aku tetap nampak riak-riak cover di muka hang... asal gelak je ko pandang mamat tu eleh ko takut gelak over. aku dengan sir mmg tak leh cover, lagipun sir yang banyak penceritaan. hahahaah..

kak wan tak reveal pun pasal orang baru itu....ceritakanlah...??

missone hazel said...

haha..orang baru? sapa? hehe....tunggu next perjumpaan yer...hahahahah

SYED NAHAR said...

cis masih nak cover2 lagi????

ini kena paparazi dah nih...

missone hazel said...

haha...cover apa nya.xdak story menarik pun...ada apa2 nak tny? sila tny...hehe

SYED NAHAR said...

hehehe..tamoh la tanya.. biaq tuan badan cerita senirik...ehehehe..

missone hazel said...

tungguuuuu..............hehe...dah ada DSLR ni baru la betoi jadi paparazzi...haha...

SYED NAHAR said...

hehhe..usah kau buat onar kena sesi terjah akan belaku..wallah!

missone hazel said...

jom terjah!!!!!!