Thursday, December 24, 2009

kenapa lambat?

tingggg.... **ada message masuk**

"RM0. JOM GELAK sampai terbalik! Ceriakan hidup anda dengan lawak yg pasti menggeletek anda! Muahahaha. Cuma 30sen/hari. Hantar DAFTAR LAWAK ke 27800 sekarang!" daripada maxis 27800.

arghhhh! tension mendapat message yang lebih kurang setiap hari dalam 5 atau 6 kali. mengapakah masalah ini membelenggu aku? meskipun sudah banyak menyatakan hasrat tidak sudi menerima message junkie begini pada setiap kali operator maxis bertanya khabar, membuat kaji selidik kepuasan pengguna post-paid.

namun kini, aku sering merasakan diri aku tidak gembira. walaupun aku ketawa, tapi ia tidak bermakna aku puas dengan apa yang ada. perasaan ini bukan paksaan atau pun dicipta sendiri tapi ia hadir dari lubuk nurani secara semula jadi.

aku berfikir, kenapa aku selalu menjadi yang terlambat untuk setiap perkara? diam-diam aku mengambil pen dan kertas, merencana garis keluar setiap bukuan minda supaya dapat motivasi diri. lambat? terakhir? tidak moden? tak tahu? mari lihat senarai yang sempat dicatat :

1) sewaktu rakan seperjuangan memecut laju kenderaan masing-masing sewaktu di kolej, aku masih beum memiliki lesen memandu. jangankan gear, warna minyak hitam pun aku tak tau. saat menumpang seorang kawan, radio era ditunekan. mendengar jenaka apek senario di konti bersama soalan-soalan yang dianggap bodoh dan kelakar oleh kawan aku, "apakah warna minyak hitam kereta?". soalan itu telah membuat manusia di sekeliling aku gamat ketawa. aku turut ketawa tapi jauhd i sudut hati memikirkan jawapan soalan tadi.

2) zaman persekolahan, aku menggunakan kotak pensel yang paling basic, iaitu kotakp ensel yang cuma ada dua komponen. bekas dan penutup, itu sahaja yang menjadi peti simpanan pensel merah HB, pisau belit, pemadam (dihiasi dengan gambar serta ada bahagian atas pemadam itu bewarna hijau) dan pembaris yang skalanya sudah kabur. berbeza dengan addi nul hanif yang cukup advance, kotak pensel beliau cukup moden. tekan sahaja punat ini, keluar pembaris. tekan itu keluar pengasah. pintu kotak pensel ada 2 belah, di bawah dan di atas. pensel semua panjang-panjang, berjenama stabilo dan terdapat beberapa batang pensel yang tak perlu diasah. tak perlu diasah? ya, jika mata pensel sudah tumpul, pindahkan saja ia ke atas dan secara mekanikalnya, mata baru yang tajam akan muncul. diikuti dengan ketaksuban terhadap pensel petik/picit (di kelantan lebih dikenali sebagai kalam pecet) yang terdapat di pasaran dalam pelbagai warna, saiz serta pakej (beli pensel mekanikal dapat ubat pensel serta pemadam, dalam paket). begitulah peredaran masa yang aku tak dapat mengejarnya. paling sedih jika dikenangkan perihal pensel warna LUNA, kasut sekolah, brek basikal alloy, sticker pokemon dan sebagainya.

3) henfon! ya, henfon aku memang tak canggih. sehingga kini aku masih menggunakan model vodafone yang paling basic. hitam putih, hanya boleh sms serta menerima/membuat panggilan. selebihnya jangan ditanya. tahukah anda perasaan ketika ingin menjawab panggilan? apabila henfon berdering, anda melihat manusia sekeliling. dalam LRT yang sesak, dengan para pelajar sekolah yang bermain memegang I-fone, aku menjadi serba salah untuk menjawab panggillan. jika pemanggil itu bukan mustahak bagiku, akan aku tekan butang silent atau reject call saja kerana aku tidak sanggup dihina dalam hati oleh setiap pengguna LRT.

4) sewaktu di sekolah menengah, persatuan pengakap merupakan organisasi yang paling lemah, buntu tanpa aktiviti. pasukan pancaragam merupakan yang paling aktif, semua pelajar (yang sukakan keindahan seni) ingin menyertainya. oleh itu selain daripada warga zuhrah, hanya mereka yang cantik sahaja diberikan peluang oleh cikgu zul seperti norhafiza osman. pelajar lelaki jangan mimpikan cikgu zul, di makmal kemahiran hidup pun akan dimalukan oleh cikgu noh bin lasa. ketika di tingkatan 4, aku menyertai pasukan pancaragam. aku yakin, ramai yang tidak tahu akan kewujudan aku, muktamir mukhzani dan beberapa lagi. kami membawa hati jauh ke kelas-kelas yang kosong untuk melepak, tidur serta berbual. tiada rakan pancaragam yang bertanya khabar apatah lagi mahu memberikan tunjuk ajar seperti mana pada ketika itu aku melihat faizah irnawati diberikan watak bermatin kastenat, rafidah bermain drum serta nazrizawati yang sememangnya mereka bukan pelajar zuhrah. kami terkilan, terutama ketika mengisi buku ko-kurikulum. pelajar lain memujuk cikgu dengan merajuk-rajuk walaupun untuk naikkan lagi 2 markah. kami yang sememangnya disisihkan terus dimarahi guru dengan diberikan markah yang sedikit (tak boleh cerita, private). kami berbakat tapi tiada peluang (statement bunuh diri).

5) aku tidak popular, seperti yang aku berkehendakan. namun, apabila keputusan kuiz fizik, ramai yang tidak tahu aku bukan sekadar menyertai kuiz tersebut padahal aku mendapat pencapaian kepujian bersama seorang lagi pelajar (sama ada firdaus atau syueib). namun, ketika guru memberitahu terdapat seorang pelajar biologi memperoleh kepujian, masing akan menuduh ia milik zul affiq dan faizal uzairi (hasanul tak masuk sebab dia tak available weekend tu). sehingga kini mungkin ramai rakan rapat yang belum tahu, tak mengapa di sini aku memberitahu.

6) aku lemah dalam subjek pendidikan islam. ustazah rohami dan guru-guru agama yang lain akan memarahi aku setiap kali keputusan peperiksaan diberikan. aku akui, aku bodoh dalam tajwid. bahagian awal, dari nombor 1 sampai 10 aku memberi jawapan yang sama iaitu mad arith lisukun. mudah-mudah terkena 1 atau 2 yang betul secara kebetulan. aku tidak pernah menjejak kaki ke sekolah agama rakyat semasa di sekolah rendah. namun semasa di seratas, semua guru agama menyifatkan semua pelajarnya sudah reti. oh sekali lagi aku diabaikan. ia masalah yang sama ketika berada di dalam kelas bahasa arab yang mana aku tak pernah lulus buat 5 tahun pembelajaran (5 kali 4 ujian = 20 kali tak pernah lulus bahasa arab). tapi aku tidak malu jika kawan-kawan sibuk nak tengok kertas, aku berikan dengan hati yang terbuka. tak pernah nak cakap "wei hang dapat berapa? aku dapat rendah ja....90 ja..." padahal markah aku 37 sahaja!

7) sewaktu bersekolah rendah, rumahku jauh dari rumah. sudah banyak kali aku menyatakan aku tidal larat untuk membuat kayuhan terutama ketika pulang ke rumah. beberapa kilometer, membuatkan lutut aku mengalami disfungsi kerana perut yang lapar gagal menyalurkan tenaga yang kuat. di tambah pula pukul 2 petang perlu ke sekolah lagi jika ada tuisyen. so, aku tak pergi tuisyen. lebih membebankan lagi adik aku si nazwan tu menumpang aku. oh sungguh berat!! setiap kali melihat pelajar yang berebut menaiki tangga bas, aku merasakan bahagianya tak payah kayuh basikal bawah panas mentari. jika berselisih dengan bas, aku akan kayuh selaju mungkin supaya bas itu tidak memotong aku di mana kawan-kawan aku di dalam bas itu akan mentertawakan aku sambil melemparkan ais ketul. oleh itu, lurah dinaiki atau dituruni, aku tetap kayuh laju-laju. jarak dianggarkan 5 kilometer. selepas itu, aku berpindah lagi jauh dan jarak itu menjadikan mustahil untuk mengayuh basikal oleh itu ayah aku membenarkan aku menaiki bas. aku suka mengayuh basikal jika basikal itu adalah basikal BMX atau yang setaraf. tetapi basikal yang aku guna itu adalah basikal yang menyerupai makcik-makcik pergi beli sayur.

8) aku merupakan pelajar yang menerima RMT atau dengan nama lain adalah rancangan makanan tambahan. aku bersyukur kerana kuantiti makanan agak banyak. namun dari isnin hingga jumaat, tiada menu nasik lemak. aku menyukai nasi lemak, terutamanya nasi lemak cikgu yang berlaukkan ayam goreng. sungguh emosi melihat sham bersama ibunya makan di bahagian dalam kantin. sham tidak memakan kulit ayam yang masin-masin sedap, dia membuangnya. ketika itu aku rasa sungguh hina kuah laksa RMT ini yang hanya rasanya seperti kuah kertas tisu kisar. aku masih mengingati nasi lemak SKRKT sungguh sedap dan aku menjamahnya sekarang!!! ya sekarang juga!!!

9) hobi masa lapang aku di seratas adalah membuat kerja amal. membuat kad dekorasi ucapan merupakan yang paling hangat, aku mengambil upah percuma. berbekalkan kertas, perca, pen yang dipinjam sertas potongan kartun majalah ujang, aku menyiapkan sebuah kad yang sungguh kreatif (kreatif padahal tahap minda umur 15 tahun pada 1999). saingan sengit daripada pencabar ahmad baqi tidak pernah melunturkan semangatku. baqi menggunakan bahan yang dibeli dari pasaraya besar di pulau pinang, manakala kertas dan perca aku hanyalah lebihan daripada norasheedah abdul razak yang banyak membantu. prop yang kurang, aku sekadar berharap kepada design dan tema sahaja. berbeza dengan ahmad baqi yang lengkap dengan gam UHU, kulit kerang, 'mountin' board (tak tahu spelling), pen dakwat basah dan sebagainya. namun aku bersyukur karya aku tetap disebut-sebut sehingga kini setelah aku menerima pujian untuk kad sempena persaraan uncle joe tempoh hari di MTD.

10) yang terakhir amat pendek. aku ingin menyoal setiap guru seratas, "kenapa bagi aku sijil berhenti sekolah dengan kelakuan yang sekadar BAIK". aku mengetahuinya setelah aku berada di UTM, di mana aku terlihat sijil berhenti sekolah milik mohd hakimi bin abdul rahman (mat nate) yang jelas tertulis "AMAT BAIK DAN TERPUJI". aku tidak menyangka akhlak mereka begitu, benarkah mereka betul-betul memiliki akhlak terpuji seolah-olah aku membayangkan akhlak rasulullah. oh sungguh tidak adil! sehingga kini aku menyalahkan pengetua tuan haji ahmad roli bin hasan ke atas kegagalanku memasuki matrikulasi. dia ambil, peram lepas tu esok tarikh tutup baru hari ni nak bagi dan menyatakan dia tak mahu sign. sungguh hina akhlak itu!


sekadar gambar hiasan, tatkala kesunyian aku sering kali berYM dengan kenalan lama di new delhi dulu. tika ini beliau pulang ke paris. beliau adalah guru bahasa peranchis di sebuah kolej swasta di lajpat nagar.

17 comments:

Cik Faridah Huda said...

kenapa aku tak ingat ang penah masuk band???? macam set PBSM saja bersama Ronarong dan Nurul Huda....

aku suka nombod 6...sbb mad arith lissukun....hehehhee...aku pun x arif tajwid wpun penah p kelas Fardhu Ain...paling ingat IQLAB jer...rase satu kebodohan yang amat sangat time ambek preksa tok masuk Taayah...nampak sangat aku hanya taw hal2 duniawi bila lulus ngan cemerlang bab akademik tp GAGAL tuk keagamaan..apetah tah lg bab sirah nabi...sungguh x reti nak bezakan segala jenis peperangan yg melanda..

Jahat cikgu roli..boleh dia peram..sabotaj ke hape..x pa la x dpt masuk matrik..terus buat foundation kat UTM...ko tawu tak dulu zaman skolah aku amat memandang tinggi kepada UTM??kalo main MIRC sure nak masuk lam channel UTM...

SYED NAHAR said...

apa kes channel UTM? eeee...idok la aku. aku sebenarnya tak suka UTM. sebab apa ntah lah maybe sebab qaid corporation mai dari UTM...hahahha..

sesungguhnya aku ahli band yang korang sisihkan!

Cik Faridah Huda said...

tu la berbeda pandangan aku ngan ang neh...ntah...dulu sure nak masuk channel UTM selain channel mamak dan kampung..hahhahaa

naseb baik aku x masuk Qaid Corporation ketika di sana..aku anti golongann tutturut utm...benci ngan depa..

Anonymous said...

mmg menyentuh hati...aku pun cmtu gak...at least hg bnyk gak benda best..kalo kalo wat list cmni...mmg loserrr giler la aku nih...huhuhuhu..
xpernah berjaya pun dlm idup...skrg ni bru aku nk start rasa bermakna sket....
tu xmasuk bab gf/bf lagi...hahahha...org2 xlawa mana nk glamer time tuh.....

sir..

SYED NAHAR said...

mek : hahahaha...qaid? kalau hang join takmerasa la nak pakai tudung kecik...kena menutupi punggung! aku dulu mIRC just masuk cenel seratas sbb dapat aop. tapi mat yeop dengki bagi amik balik..hahahaha..

sir : apa? hang ni suka menyentuh perihal perbezaan dari segi rupa paras. hahahahahaha...awat? balik2 org yg sama kan? hehehehe... tapi hang kawen cepat gak pa? maknanya sangat bermakna. ko nahas jgn kata aku tak laku plak!!!! hahahahaha..

Cik Faridah Huda said...

sir..aku pun x pamos zaman skolah..x dak sapa nak pandang aku...x macam syatiratul muna...abg bahas tu ambek dia jadi adik angkat sejak awai2 masuk form 1 lg...ceh..benci ja aku ngan angkat-angkat neh...ingat lagi teman Muna p koop..semua org termasuk kakak free hair jaga koop time tuh..asek semua bertanya.."Ooowwhhh ini ke Syatiratul Muna"...sambel muna tersenyum2 malus....

syed...aku set-set bakal kawen lambat nie x bermaknakah..hahahhahaha

emy jay said...

aku ni pon tergolong dalam golongan mereka-mereka yg kurang cantik dan tak popular sehingga kini.. berjalan kemana-mana pon xde org pandang macam aku ni adelah halimunan..
arhhhh..persetankan..nanti aku stresssssssssss....

aku nak komen pasal pencil tu je sebenarnye.. dulu gile bangga kalo ade pencil wangi.. xpun pen yg ade dakwat wangi.. siap tercium-cium buku pas tulis.. pemadam wangi pun ade.. pelbagai bentuk.. ade bentuk burger, strawbery..

SYED NAHAR said...

mek : oooo...abang angkat syatiratul muna yang bahas??? kaloi ke??? eh tak kan... form 5 ke form 4? kalau form 5 balik2 mat pa, hasriyadi, kaloi bengis, abang basket tinggi (english sahaja), tu je kot..form 4 yasnul (english saja), muka skema tapi rambut belah tengah (org parit buntar), fakhu anuar? form 3 seri kelana (dwibahasa), malik....sapa eh???

tapi tak dapat dinafikan kehebatan syatiratul muna kerana dalam diam dia org pertama yg berjaya menepis kemasyhuran idasary (dipopularkan oleh wahab dan tengku sharul), kemanjaan apem serta kegemilangan samsinar...

syabas muna!!! tapi di mana dirimu kini????????? dengar cite ada bertunang ngan mamat nasyid. annand sila jawab!


emy jay : haah..ketaksuban pen wangi memang ketara sehinggakan berebut nak cium hidu benda getah kecik yg digunakan sebagai pewangi laci tu....alah dalam paket ada banyak2....biji2 kecik je..apa ke nama nya lupa dah....

SYED NAHAR said...

akak free hair koop tu nama apa? lepas tu baru akak yg baik ngan sheedah tu kan (akak pakai tudung nama akma kot?)???

Anonymous said...

wei,kalu x silap kak wan pun band gak dlu.ada lagi 2-3 org geng kita,sbb malas nk pi libatkan diri,time band pi cari port lepak x pun port lena...haha

cik mastura othman said...

owh nahar... tulisan hg sungguh efektif di hati ku...( walaupun ko dah tak kawan ngn aku sekarang....) hehehehe....

aku ske part kayuh basikal tu sbb aku pun camtu just bezanya aku naik kaki org lain naik basikal. tapi aku tetap akan pastikan aku yang paling 1st kuar dri kawasan sekolah dan memecut dengan laju tanpa singgah ke kereta tiga roda aunty yang jual jeruk dan macam2 jajan sebab tak berduit, n arwah mak aku kata jangan makan benda2 tu semua, taik cina(sekarang aku ajar anak2 buah aku plak,taik cina).... jadi pastilah aku yang paling laju sebab tak menyinggah ke mana2 n bila aku dah hampir sampai ke rumah dalam jarak beberapa meter ja, baru la kelihatan kawan2 lain sedang berlumba basikal di jalanan....

Anonymous said...

i like ur post... :)

SYED NAHAR said...

kak wan : tak sangka ko pun ahli band wal jamaah yang tak aktif tuh. tapi aku bukan tak mau aktif cuma masalah diskriminasi oleh cikgu zul. wahahaha..aku tau di kalangan budak band depa amat menyanjungi cikgu zul. aku tak suka. yak tuih!

mastura : owh benarkah?? tapi apa maksudmu tidakmahu berkawan dengan aku? mungkin kerana jarak kilometer yg jauh. hahaha...ish apa taik cina nih? tak paham... nanti jadi entry diskriminasi kaum plak... racist? hahahaha..

cik/encik anonimes : siapakah gerangan tuan hamba?

- H - said...

sedih arr cite ko... and bila bc ni br laa tau byk mende tau pasal ko... tp no 1 & 2 tu, lbeh kurang arr ko... isk2, hampir menitiskan air mata plak (maybe sbb baca sambil dgr lagu slow drama korea)

SYED NAHAR said...

apa dirimu jua begitu???

ekceli korang masuk form 4 memang tak banyak mengenali isi perut kami warga tua. eh silap. warga lama. kami ni periang dalam kedukaan. hahaha... tak begitu senah?

idasary said...

syed oiiii....

memule bace ade gak yang menyentuh perasaan...hikhik...

ape kes name aku naik lagi ni???bile plak dah aku fames ames kat skolah dulu???aduiii....

bab henpon tu kan...aku pon same je...bebudak skrg ni mmg henpon canggih belake.tapi credit xde mintak mak abah...that is sooo not cool...baik lagi la henpon lame tapi bole pakai...ye dak???

slow and steady la syed...nak kejo ape yeop????

^___^

SYED NAHAR said...

idasary : bukan ke semuanya menyentuh hati dan perasaan? hahaa... keje apa? aku nak pi SITE tamau dok opis dah! mati kutu aku dengan paperworks! tak minat paperworks yg terlalu banyak... sederhana ok....

eleh win tu femes saje dia tak ngaku! dia mula kurang femes bila form 2 dia start berisi.. heheheh..

tup2 sakng kurus balik so kembali femes lah...