Friday, October 23, 2009

putarajaya pun dah meluat dengan kami

pada suatu tarikh, cikgu liana yang dah bertunang tu datang KL nak jumpa boifren dia. gila ah cikgu methodist ipoh sorang ni datang jauh-jauh untuk dating. serampang dua mata, liana lepak dengan mek i yang kemudian membuat janji temu bersama samsinar yang turut dijoin oleh aku dan sorang kawan mek i. ikut hati aku nak paksa anand ikut tapi malas ah kacau ketenangan orang yang tinggi komitmen ni. hahaha.. nak ajak mawardi? kot dia tak mau ikut padahal putrajaya dekat dah. naim ke atau pun faiz dan sesapa saje lah. first venue kami adalah alamanda. lepas bedak pizza khairat oleh mek i tu, kita move to the nex door arena, iaitu bilik karok buat melepaskan ketengan anak tekak yang semestinya sudah dipenuhi natrium klorida dan rembesan amilase. lepas tu boleh pulak pi lepak kat jambatan putrajaya kerana perasaan jakun kerana first time sentuh kabel jambatan tu. lokasi kejadian dikemudi oleh mek, aku follow belakang je sebab mek i memang kutu rayau merangkap pantun, eh merangkap ketuat rombongan cik kiah ini.

ini dia juara karok sepanjang zaman, mek i yang semestinya menyorokkan botol minuman berperisa asam jawa di dalam henbeg beliau.

ini pula ratu perangsang komitmen, beliau sering kali berubah watak di set lokasi setelah dirangsang kalium maganat tujuh.

berikut adalah mereka yang gilakan lensa kamera.

amboi sekali lagi berbackgroundkan tasik putrajaya tengah malam nak nampak mende. mek i nampak berat je memikul beg tangan yang berisikan telekung dan botol minuman itu.

aku di samping liana, aku pada awalnya membuat andaian andai kata liana datang ke putrajaya memakai baju kurung lip-lap lip-lap. nasib baik beliau casual dan santai.

hish..macam mana ko boleh ajar biologi nih? heran aku!!! mesti ko sekarang hebat mengendali alat radas di makmal meskipun kaki retod dan buret serta pipet sangat sukar dikendalikan. makmal biologi ko ada haiwan yang diawet dalam botol tak? telan air tu bisa membuatkan suaramu merdu. terutamanya biawak awet.

ni kawan mek i, sumpah aku lupa nama beliau. dia ni diam je, tapi sat-sat gelak. pastu gelak lagi. lepas abis gelak mesti sambung gelak. gila tahan lama vibrate dalam perut dia, tak letih-letih. sambil karok pun gelak jugak.

lengan mek i yang memakai gelang kristal tu hampir menusuk lubang hidung samsinar.

aku duduk sebelah mek i sebab aku tahu mek i suka belanja kawan-kawan dia yang kesengkekan. baik betul hati mek i ni.

lazat kan pizza kami yang bersaiz regular ini? regular je lah, tapi ada dua. cukup la sekadar memberi kudrat melaungkan vokal dengan penuh lenggok. apa perisa pizza kita ni? adakah royal masala? very the delhi spice.

ini dia tuan haniza, jurutera elektrik terkemuka SSP yang beropiskan tepi hiway plus sungai besi tuh. kalau anda sesat di area seri kembangan, mahupun UPM, serdang dan bukit jalil, sila roger beliau kerana beliau adalah GPS bergerak. hahaha..

samsinar ini sering tampil bercardigan, di samping liana yang berbaju pesak kain cotton bunga kecik-kecik memang comel kalau mereka bertemu, seolah-olah berada di kelas 4 waruna kembali.

5 comments:

Anonymous said...

aku jeles sungguh.....huhu..jahat angpa no,time2 aku takdak kat kl,mcm2 aktiviti yg best angpa buat...huhu

misszila

SYED NAHAR said...

hehehe..jgn jeles weh...
tapi ko pun skang busy sangat...
weekkend ni tak de plan lagik..

samsinar kay said...

terima kasih kepada en.nahar kerana sudi mempublish muka hamba di samping rakan2 tersayang... jutaan terima kasih jua pada mek ai and nahar kerana beramal jariah membelikan hamba pizza extra cheeessseee barang sepotong dua...semangkuk sop kulat, roti n air sarsaparilla@pepsi.... akhir kata terima kasih daun keladiiiii.... tunggu la plak aku bergajiii..kite ronggeng lagii.. :))))

SYED NAHAR said...

hehe..tapi kan sekarang aku baru nak ingat...sapa yg bayar duit karok? hahaha...aku serius lupa.. eleh satu lagu singgit setengah jek..

idasary said...

rajin korang buat reunion ekkk...tgk tempat sume aku slalu pegi..awat x penah nampak??