Tuesday, October 13, 2009

diwali 2008

semasa di new delhi, semakin menghampiri hujung tahun tanah gersang delhi akan dipeluk kabus sejuk. musim sejuk yang dingin ini semakin dingin sehinggakan dapat dirasai pada tulang dan sum-sum. mesti gearbox anda beku. tapi, di penghujung bulan oktober, belum lah sejuk sangat. sekadar enak dan selesa. ketika itu rata-rata sudah ramai yang berjaket keluar rumah.

diya, lampu pelita minyak bijan yang dinyalakan oleh mereka. dulu-dulu ayah aku buat pelita macam ni jugak tapi guna buah betik yang dibelah dua.

ketika inilah, tradisi ketuk-mengetuk pintu akan diamalkan di segenap pelusuk kampung. selalunya mereka akan membawa set dried fruits kepada para jiran, rakan taulan dan saudara mara. contohnya adalah kadang badam, kismis, kacang gajus, pistacio, walnut dan cashew nut. tak lupa juga manisan tradisional seperti ladoo yang lemak manis sehinggakan yang berempah masala.


ini adalah keadaan di luar rumah. bagi memeriahkan suasana mereka memasang lampu berwarna-warni. sungguh indah kerana di india jarang kelihatan bercahaya.

ketika ini, di kedai-kedai terdapat jualan mercun dan bunga api yang rata-ratanya sangat murah serta berkualiti. bunga api saiz besar, mercun roket yang menghasilkan percikan api menawan serta pelbagai lagi. tiada kes jari kudung kedengaran, malah kanak-kanak kecil bijak mengawal diri supaya tidak berlaku kecelakaan. ketika ini juga, menjelang subuh terdengar dentuman kuat di langit mercum-mercun dan bunga api yang diletupkan bagaikan pesta menyambut tahun baru.
ini adalah bunga api saiz kecil, selepas menghasilkan bunga api yang indah, ia akan meletup dengan dentuman y ang menyamai dua kali ganda letupan mercum bola. menarik kan? kami bermain mercun dengan anak-anak kejiranan sunder vihar. pengalaman berharga yang tak dapat dilupakan. apakah sambutan pada tahun ini meriah? apapun di malaysia kelihatan jualan murah mula menguasai deretan kedai di brickfields dan lebuh ampang.

No comments: