Wednesday, October 14, 2009

blues hari hujan

hari ini hujan renyai-renyai, malas rasanya nak bangun pagi. berat tulang nak capai berus gigi. sekali terpandang sinki, terpacul wajah sendiri, yakni sinkiku telah tercuci bersih dengan produk mr.muscle yang dibeli di carrefour wangsa maju.

lepas gosok gigi, rasa macam tak mau pergi kerja. terus keluar dari bilik air, pergi teguk jus oren dalam peti ais. sejuk dan masam, terus membuatkanku rasa nak masuk toilet balik. ok, toilet tu adalah 2 in 1. siap mandi, lap badan dalam keadaan shaking sebab kipas angin masih di skala nombor 5. bila pakai baju yang baru diseterika, wah lega rasanya bila haba menyantuh kulit. tapi tak tahan lama.

hujan kian lebat. mesti basah kalau aku redah berlari ke kereta. payung ada dalam kereta. tak mengapalah, lepak dulu depan tv tengok berita awani. rasa macam bosan pulak tengok berita pasal pilihan raya dan mesyuarat umno ni, terus tekan punat remote ke bawah dan bawah lagi. sampai lah terpacul di screen wajah malaika arora khan menari gelek. layan jap sampai habis. pastu continue lagu yeh ishq! lor, layan lagi tengok kareena kapoor. eleh lagu yang ditiru khas dari lagu tak ada logika agnes monica tuh.

hish..hujan lagi! tak pa lah, layan tv3 pulak tengok apa wardina ni nak merepek. tapi agak bosan mendengar bahasa puitis yang tak berapa nak baku dari ahmad fitri ni. macam dia sengaja plan nak cakap macam tuh, tapi tetap tak leh nak bertindak balas redoks dengan chemical tubuh aku. hahaha.. zas...hujan slow. wokeh, dah kul 8 pun takkan nak tunggu sampai kul 10 mau nanti kena pecat. kalau kat delhi dulu mesti tak pe, tapi kat delhi tak hujan-hujan pulak. adesss...

sampai opis dah nak pukul 8 suku. naik tingkat 4 keluar lif terus scan kad, fuh 8.20 dah! turun tingkat 3 beli kuih mahal pastu kul 8.30 tepat mula keje. adalah en.bakar cakap suh prepare something untuk shooting ini petang. shooting?? hehe.. ini bukan kompeni artis tau tapi kita orang dah familliar with camera. actually tak, kan sebelum ni saya ada bagitau ada submit utk competition organised by CIDB. so, dah di short listed, kena lah prepare. dalam 3 yang mara ke final tuh, 2 tempat diduduki oleh kompeni ku ini. wah??? sapa kompeni yang lagi satu tu?? ish mesti malu kalau sekadar mendapat tempat ke-2 dan ke-3 sahaja kan??? huwaa!!! projek yang dimaksudkan itu adalah projek membina jambatan banyak lapis jamarat di mina arab saudi dan projek delhi metro india. hahaha... kalau menang tak dapat apa pun. just profile kompeni akan dapat reputasi even media akan buat press conference kot.

keapa sekarang aku boleh bukak belog dikala diri ini ada kerja? haa... jawapannya adalah, semua boss pergi turun ke dewan di bawah ada course kena attend. so free lah kejap dalam 30 minit untuk apdet belog. pastu sambung keje balik. gila bosan keje benda yang sama dalam ofis ni tak de benak otak aku jadinya. huwaaa! oklah, sambung keje. kepada mereka yang membaca belogku di waktu kerja, saya ada soalan, bosan tak kerja? atau tak de kerja ke? haha..ok lah, chow!

*eh, ada perasan semenjak dua menjak ni, ada reader dari brunei yang agak regular appear on visitors list..adakah anda eddy? dah balik brunei ke masih di delhi? atau anda bukan eddy?

2 comments:

emy jay said...

aku adelah insan yang ditakdirkan bosan dgn keje aku..aku nak benti..tapi sape nak bg duit kat aku tetiap bulan...ape kate kalo aku tuka keje? tapi ade ke company yg sudi amek aku keje? adekah bakal keje baru aku tu akan buat aku hepi dan bersemangat tiap kali g keje? tapi aku nak mulakan langkah cari keje baru..keje aku ni xde kehidupan..kehidupan hanya dalam lingkungan studen yg masih pucuk muda dan 4,5 lelaki bujang yg patah..bagaimana mahu berjumpa yg straight?hahahahahaha

SYED NAHAR said...

ada vacancy kat kilang kicap hajjah rokiah anak beranak...nak? bahagian sales marketing lagi..hehehe..

biasa la bosan tapi la ni market belum pulih sepenuhnya..nak resign risau plak...

aku pun nak jugak cari keje yg bagi aku pengalaman utk terus menjadi manusia berpengalaman..
(poyo nye ayat padahal ikhlas hati berbicara) hahahahhaa..