Thursday, June 4, 2009

here i come!

tahukah anda, india merupakan pengeluar utama produk kapas, atau kita akan terus imagine kain cotton. hari ini, sejenak tamat waktu pejabat, saya dan encik moneyman zulkifli telah bergegas ke bangunan canseri, pejabat pesuruhanjaya tinggi malaysia di satya marg, chanakya puri untuk bertemu cik ciha aslam baderi. kami berjanji untuk bersama-sama meredah lautan fabrik cotton, sebagai ole-ole kerana beliau juga bakal menamatkan tempoh bekerja di new delhi sebagai mewakili pihak miti. tahukah anda apa yang berlaku? mari kita ikuti perjalanan kami...


kronologi kain cotton:

wah! ambik je cik ciha, terus menuju shankar market. oh, kami tidak sesat! sungguh berbakat dalam menghafal lokasi dan selok belok sini. cik ciha dah call kedai supaya senang untuk menawar harga terendah.


kami dah tiba. yuk! mari ke kedai nombor 30, kerana kami sudah membuat panggilan dan ini merupakan kaedah membeli belah menerusi appoinment. haha...

penat memilih, sungguh letih tak terkata. mata saya sudah tak mampu lagi kerana sudah rambang. baring di atas kain-kain. tangan kiri saya menyentuh fabrik swiss cotton, cun tak? selepas penat memilih, kami di ajak oleh empunya kedai ke gudang beliau. lebih selesa, dengan minuman yang dihidangkan. total 2 botol coke ditenguk. ini memang taktik peniaga india. jangan terpedaya! ah di manakah gudang beliau? jom ke sana...

wah??? ini lah pintu utama gudang beliau. taukeh kedai tersebut memang seorang saudagar kaya. so, i imagine nak merampas jawatan yang beliau sandang. apakah i boleh jadi seorang saudagar? haha...nampak saja cantik luaran gudang ini seperti sebuah bangunan bekas koloni inggeris. mari ke dalam...

wah??? sekali lagi..wah??? jutaan kain bersepah-sepah! mataku terus melakukan aksi rambang.
wah?? kali ketiga! tolong sediakan cash anda!!

mengikuti presentation menerusi pembantu jualan yang cukup bijak menarik nafsu berahi terhadap kain cotton. dengan kain yang telah dipilih di kedai, kini jumlahnya ditambah. berapa? entahlah, masa ni hilang ingatan.

membeli di gudang cukup menceriakan, seceria wajah kami! haha...inilah yang dikatakan membeli kain harga gudang kerana kami bertindak terus ke gudang. jangan teraniya dengan status factory outlet shop yang kadang kala mengaburi mata anda.

meneruskan sesi mendengar presentation tapi posing amik gambar jap! haha...lensa bersedia? kesudahannya, apa yang saya telah beli? kami semua telah membeli berbungkus-bungkus kain berasaskan cotton. terima kasih cik ciha atas kesudian bersama kami. pasni kita dinner sama-sama okay..!

cotton lembut dengan corak bunga garisan, background pink.

lagi soft cotton dengan corak bungaan. bunga lambang kejayaan?

motif bunga unik, sesuai dijadikan blouse atau pakaian harian. tapi cotton ini mempunyai kelebihan kerana mempunyai "davi" yang bermakna, ada "dot-dot" bulu cotton kecil di permukaan kain tersebut. mungkin ia kurang jelas, tapi jika anda menyapu dengan tangan, akan jelas terasa.

ini pula corak lain, amat berkenan di hati saya.

ini pula kain cotton lembut dengan warna yang lebih menampilkan keyakinan. kain ini tetap lembut dan beralun jika ditiup bayu.

common lah cotton corak begini, apakah ia sesuai dijadikan baju untuk kanak-kanak berusia 8 tahun ke bawah?

saya telah membeli 5 helai kain lace untuk diri sendiri. mungkin bakal dijadikan baju melayu, seluar ala-ala brand british india atau mungkin bakal disimpan dalam kebuk wasap jika tiada idea menjadikannya pakaian?

semestinya kain sifon dengan sedikit garisan emas liplap-liplap. haha..


hah! ini pula kain viscous motif bunga bouquet. cukup ringan dan beralun ombak bila ditiup bayu.

kain viscous dengan motif merah jambu, memaparkan dedaunan cukup indah sebagai warna harmoni.

okay lah, sekarang sedang penat melipat kain. sungguh penat tapi inilah yang anda harus rasakan jika berkunjung ke negara unik seperti india. jangan lepaskan peluang membeli belah jika ke sini, juga boleh ajak saya kerana cukup sudi menemankan anda. tapi kain-kain ini bakal tiba di malaysia pada awal julai, jika anda mahukannya, sila lakukan "date" dengan saya. saudagar kain?? eleh, kalau u all pergi india, sure lagi hantu kemaruk lagi pada i!!! sediakan wang secukupnya. haha...beberapa helaian akan dibawa bersama untuk pulang lusa ini. okay, time kasih cik ciha dan encik zul. mungkinkah ini tour akhir saya sebelum pulang? oh kini i rindu cotton dan sari. syahdu...

tahniah buat puan asmah kerana telah dipilih "cross", maybe 4 julai. wah, embassy bakal sunyi. mesti best encik ramlan kerana dapat menjejak sarajevo yang dulunya terkenal di zaman era peperangan penghapusan etnik bosnia herzigovina. cik ciha kalau nak melawat sarajevo jangan lupa bagitahu saya!

11 comments:

missone hazel said...

wei,mmg rambang mata la klu pg.abis sebulan gji dok shoping.hohoho

Cik Faridah Huda said...

nyampah aku tgk posing ande di atas kain cotton tuh.............

viscous...WOW..............
Mek Teruja.........
Nahar bijak mencari peluang tok ngabehkan duet aku..........
aku bbbbbbbEEEEennnnnnncccciiiii Nahar......

[DnaZz] said...

Wahaha..mmg ada talent tuk jadi seorg SS.One day, gudang ko mesti sebesar stadium bukit jalil yang tergantung perbagai jenis kain kat seat stadium tersebut.Ko seludup byk2 nie, xkantoi ker?aku bgtaw jiran sebelah umah aku, dia pegawai kastam.Ahaks!


p/s:Weh, kain aku order bla leh dapat?Nak wat baju raya nie..satgi makcik tailor tu xmau amik tempahan kl aku lambat antaq,pastu aku nak pakai apa ry nie??...*saja jer wat ayat sedih*

SYED NAHAR said...

kak wan : jgn la perabih sebulan gaji..mana cukup. buh la 3 bulan!

mek : best ke viscous? berapa voscous kat malaysia? hehe...

achik : next la achik. takkan nak suh aku post from delhi jugak, alamatnya ko bayar pos dia. hehe...gudang aku saiz gudang garam je. haha..

suzana said...

aku booking first date

Cik Faridah Huda said...

weh...asingkan saree aku...jangan bg org len tgk...
sat gi depa berkenan....
jenuh dok tarek rambut ngan aku pulak...hahahah

SYED NAHAR said...

suzana : ok sue kita date...sebab aku nak kasi kain amira kat ko. sila bawa beg balik kampung sebab ko nak angkut lagi. hahaha...

mek : sari tu aku reserve dah 4 lai. jgn risau. warna menarik termasuk pink lembut!!!!

the bongsu said...

'hah! ini pula kain viscous motif bunga bouquet. cukup ringan dan beralun ombak bila ditiup bayu'

wey aku nak yg itu..ada lg tak yg lagi cun..nak viscous satu..

Anonymous said...

ye ke anand? adakah anda mau cop dulu??? tapi kain sampai julai la..

nahar

Anonymous said...

nak yg lg cun ada tak =P
kalo xdak aku copp yg tuh la

anand

SYED NAHAR said...

hamboi hanand ni...main cop bagai..hehehe..tunggu barang sampai la...