Tuesday, June 16, 2009

blog tanpa nafsu

weh aku bosan sangat. rasa macam aku di alam lain je, tapi jangan la korang letak aku di alam barzah plak. sampai hati. haha.. aku rasa malas nak menyesuaikan diri dengan perubahan sekarang. baru je kita dah comfortable dengan satu habitat, pastu terus tukar ke habitat baru so agak susah la kan. aku tak reti la terma-terma hidup di opis. aku rasa macam aku ni terlalu junior, bak kain putih. konon jek. tapi jangan sesekali korang imagine kain kapan plak. sungguh durjana. haha.. weh, petang ni lepas opis hour aku nak melilau ke klcc cari barang keperluan. sesapa nak ikut??

14 comments:

MiSsZiLa said...

wah3,dah sesuai ngn habitat sna ka? atau dah sesuai ngn 'seseorang' di sana?hehe...opps!!!

diri ini.... said...

sangatlah kaya apabila mencari barang keperluan di KLCC..
huhuhu kite cari kat TESCO je..

Cik Faridah Huda said...

Cik Emy...
x yah la nak bandingkan dr kiter ngan Syed..
Mek kdg2 cr brg keperluan kat kat Pasaraya Oii Taik Him je..OTK!!

Anonymous said...

SS cold storage bakal dibuka di Wangsa Walk, Wangsa Maju.Usah gusar lagi nak ke KLCC unless u nak mengusya awex cun BAGAI.haha.

Celebrity Fitness, TGV Cinema,bowling centre pon ada..owh i luv wangsa maju more than before :P

hidup wangsa maju *gila*

a.n.a.n.d

Anonymous said...

kak wan : haha..ko ni tak abis2 tau nak nyakat...tak baik wooo..!

emy : eh betui ke? tak lah aku beli barang2 seperti sabun BAGAI. harga sama je. hehe...

mek : jgn la begitu mek..kita kan nak bersplendour weekend ni..jgn lupa.

anand : kat mana wangsa walk? aneh betul lah. ko ni segala pelusuk wangsa ko tau... itik wangsa kat mana?

nahar

Anonymous said...

wangsa walk mall dkt dgn carefour wangsa maju.next month kot bukak.

aku yg rasmikan *dusta*

a.n.a.n.d

azri said...

kalau lalu lalang kat carefour wangsa itik angsa tu, jengok2 la nizam basiron dalam tu.
tokei kedai buku ngadap entrance carefour.

wei, xkan beli daun kuchai kat klcc kot. :D

azri

Anonymous said...

anand : eh anand, kalau ko nak launch wangsa walk tu, meh aku acarakan event dia, aku jemput inul daratista menyanyi. haha.. hafal ko pasal mall2 walk2 ni ye...haha

azri : aku bukan beli kucai, tapi belacan je kat klcc. hahaa..ape keles kan? haha...talk baik tau. aku beli sabun bagai la...melilau cari baju utk keje. maklum le aku ada 3 je kemeja la ni. dulu keje pakai tshirt jek. ceh! haha..

nahar.

Anonymous said...

aku penah beli poster & kismis kat kedai nizam.siap dpt deskaun lagi.huhu.

-anand the wangsa walk mall ambassador.

diri ini.... said...

sabun bagai kat sane pon mahal wooo..mkn kat fudkot pon mahal...parking pon mahal..sume mahal...wuwuwuwu..

Anonymous said...

anand : ko ni mmg dasar pompuan suka diskaun. aku ni tahap 70% je..rupanya ko berlebih-lebihan. tak sopan santun lah ko ni. haha... eh kedai nizam tu kat mana?

emy : eleh ko suh mawardi blanja terus jadi murah. hehehe..

nahar

Anonymous said...

dlm care4, kedai sarjana media.

p la cari leh dpt bahan bacaan unsur islamik cket.sudah sudahla layan mangga posing tepi kolam. :P


anand daratista:D

::DNaZ:: said...

mamcam2 laa korg nie..anand, pelan2 pngkat ang naik noo..jadi ambesedor la, daratista la..huhu..kesimpulannya, wangsA MAJU mmg best!hidup wangsa maju!!

Anonymous said...

apa kes nak up wangsa maju? tak kuasa aku. baik aku up grade henpon ke. haha...

anand : eksekius me...? sejak bila aku baca mangga? tak suka la wei. aku baca variasi ngan mastika je. haha..(pun tak suka)

achik : eh achik, ko ni jgn la kursus lama sangat. aku takut kain ko dimamah anak anai tau. tak pasal kain tu reput. risau aku tau. make u buat kebaya sendat. haha..

nahar
(tak poyo nak jadik ambassador, tak hingin. haha..)