Wednesday, June 10, 2009

serabut isi perut

sekarang aku amat serabut. memikirkan apa aku nak buat di pejabat. agak kekok dibuatnya sebab akku sudah lama selesa di new delhi. ruang pejabat yang luas. namun sunyi sepi kerana dilihat kekurangan pekerja. ke mana mereka pergi? letak jawatan? ntah la. semenjak tiba di KLIA pagi sabtu, kepala otak aku runsing memikirkan lokasi penempatan aku untuk membolehkan aku hari-hari ke pejabat dengan selesa. batu caves sangat tidak strategik bagi aku yang tidak berkenderaan ni. aku cuma bayangkan aku berjalan kaki menuju ke pejabat. lunch di kedai, mungkin dinner pun di kedai. ishh..susah la tak de saudara mara yang rapat di kawasan sini. rasa diri ini terlalu junior tapi dah kena survive. aku nak contact kawan lama pun, aku tak tahu lokasi diorang. ish...semalam macrieda kata bukak website pick and post. website mende eh? jap lagi aku try.pagi tadi haniza call, tanya khabar tapi kesimpulannya aku rasa aku memerlukan pertolongan. ishh tak reti la nak hidup berdikari walaupun aku memang merasakan diri aku ok jek. haha... hoi annand! kau di wangsa maju? area tu dekat ke tak dengan area sini? aku tak reti, yang aku tahu cuma annand niketan.

aku terbayangkan beberapa ayat, cuma bayangan, tak real langsung.

1) berhenti kerja kerana lokasi pejabat yang sungguh aneh.
2) terbayang wajah sanak saudara yang tak pernah berhubung, sebenarnya tiada bayangan wajah kerana sememangnya tak kenal mereka. tapi tahu mereka ada di KL.
3) apa akan berlaku bulan depan? rumah sewa dipecah masuk oleh perompak? dihon kuat-kuat oleh lori pick up sebab aku melintas jalan lupa nak tengok kiri kanan? atau aku samak kaki sebab dilenyeh oleh anjing kurap?
4) kalau hari hujan, mesti basah lah aku. aku bayangkan aku sedang drive kereta yang dilengkapi smart tag. haha... pastu orang hon sebab aku tak pandai memandu berhemah.
5) blog aku tidak diupdate, atas alasan internet tidak lagi percuma. ish.. kedekut nye diri aku ni. annand ajar aku macam mana nak pakai beruk-band tu.

ok lah. aku cuma merepek. sekajap lagi mungkin aku delete entry yang tak bermaruah nih. ah, aku lapar sebab tadi sampai opis cukup-cukup 8.30am arrgghh lapar!

13 comments:

Anonymous said...

p lah dok anand niketan =P

batu caves dkt ja dgn wangsa maju,tmn melati..cuma kena ada transpot..kalo nak ke sana ngn public transport cheq xtau la plak..apa lg bw la kereta anda behijrah ke sini..hehe

weyy jgnle mengkedekutkan diri ande..berukband dah belambak..pilihle yg mana bekenan..xluak aihh det gaji hg yg byk tuh..haha..

-tak anonimes anand
*malaih sign in*

missone hazel said...

kat greenwood?kat situ dkat la skit klu nk pg bt caves tu.apa lagi,cri la cab,suh jadi driver ang. pi antaq an amik g keje.

HasanahNordin said...

dok selayang...umah sewa belambak...rapid kl pun banyak....

Cik Faridah Huda said...

sian Nahar....
serabut kepale otaknye....
try p cari area2 kampung Nakhoda apa tu....tgk iklan kat Seven E skali...jgn dok lupa...

nurulhaza said...

kesian dia..nynyi lgu i will survive!

Hasanul said...

check kt mudah.my

harap membantu

feifei said...

try www.caribilik.my.
cheer up!!

SYED NAHAR said...

anand : ya ka? ceh tak membantu la kenyataanmu itu...

kak wan : ko ingat aku ni menantu zeti akhtar aziz ke? haha..kaya la pokai giler ni.

senah : tringat baris lagu "selayang pandang.." jgn lupa lirik.

mek : 7eleven bt caves tang mana? hahaha...

haza : jgn nanyi nanti nak tunggu taxi payah kalau hujan..hahaha..

hasanul : tq..nanti aku roger..

fei fei : ye ke? kelakar lah dia punya url..hehe..ok i cuba nanti.

the bongsu said...

okela aku bg fakta yg membantu

www.letaroom.com

membantu tak?ke membuntu..haha
skang ni ko dok kat mana?pondok guard ke?

[DnaZz] said...

Laaa..siannya aku baca..nak gelak pon ada..tapi aku gelak dlm ati jer..huhu.Xper2, bangla2 yang mai msia pon cmtu gak mula2 dulu..huhu..okay2, meh nak membantu.

1)batu caves mmg dekat dgn wangsa maju & gombak. jaa di gombak.boleh tanya dia. sure dia tolong.

2)ramai lagi dok area2 wangsa maju: anand, nour, emon & juntai??.aku dok selepas tol gombak dan ke atas--> sebelah negeri ng ko.

3)ang boleh cari umah2 sewa yang lebih dekat dgn opis ang dengan melihat iklan2 di stesen bas/kedai2 tepi jln @7E seperti kata mek.

4)mmg perlukan kenderaan untuk hidup di bandar. kl xda, dont worry, ada rapid kl, metro bas dll

harap sedikit sebanyak dpt membantu..kay cheer up!

Anonymous said...

ni luahan perasan kat umah cheq ka!

muhahahahha

takpe nanti cheq beli kondo kat wangsa maju sebijik. tunggu cheq gaji 10k pmth yek... tolong doa2kan

*sambil menadah tangan*

Cik Faridah Huda said...

pembetulan..Jaa dok kat USJ..heheheh
tapi syed dah dpt umah...ok ler tuhh...cuma agak paranormal nak sesuwaikan dr ngan iklim khatulistiwa neh...

Anonymous said...

hahaha...paranormal betui la kowang nih. even khatulistiwa, aku juga suka hidup di garisan jadi mahupun pada kedudukan latitut lebih 60 darjah. selain daripada garisan jadi, garisan apa lagi yang ada? aku agak hilang ingatan lah!

nahar