Monday, June 29, 2009

kusut


dalam keceriaan aku ke hulu ke hilir membawa senyuman gembira kepada warga pejabat, namun jauh di sudut kecil hatiku memandam rasa kecewa. aku mengalami masalah dalam hidup berkarier. mungkin saban hari dianggap aku gembira dengan apa yang ada, tapi tidak bagiku. aku berterima kasih atas nasibku yang masih punya punca rezeki. lumrah manusia, kita gembira dengan apa yang kita hajati, dengan usaha keringat walaupun hasilnya kecil tetap memuaskan.

masalah ini makin kusut, melilit kusut seperti segumpal rambut kering yang melekat berpintal terikat kuat pada getah ikat sayur warna kuning itu dibuat getah rambut, pada rambut yang mengalami masalah rambut gugur. meleraikan satu persatu adalah yang terbaik namun ia agak mustahil. diakui ia penyelesaian paling baik, namun tentu kita terfikir untuk memotong rambut itu dengan pisau belit, tanpa mencederakan getah yang berwarna kuning itu. mana rambut kusut itu amat penting bagi menjamin hidup mendatang, oleh itu perlu dileraikan satu persatu agar rambut kering itu tidak putus, apatah lagi jika getah kuning itu terputus, dunia diibaratkan musnah berkecai.

kekusutan ini tidak boleh diluahkan dengan kata yang terus menuju destinasi tanpa lapik alas. ia amat perlu beralas, kerana jika tidak beralas, getah yang terdedah akan kepanasan dan terus melekat di atas kabinet dapur dan terus melekat sehingga ianya ditarik lalu putus akibat reput. perlulah anda menatang ia bagai menatang minyak tanah yang tengik yang diisi penuh dalam besen yang ada rekah bocor. bertahan dan terus aku berfikir tanpa bahu untuk aku meyapu lendir hingus tatkala diserang resdung pada skala belacan tanjung dawai bakar.

7 comments:

emy jay said...

aku jua persis dirimu yang kusut dengan kerjaya.kurasakan seperti mahu pencen sahaja..oh tuhan..bantulah hambamu ini....

Anonymous said...

marilah kita berimaginasi di alam maya, mengatakan diri kita kaya raya tanpa sebarang masalah. oh indahnya mimpi itu..hahaha..


nahar

missone hazel said...

aku jua berperasaan begitu...hohohoh

Anonymous said...

perasaan dan keperasanan kita mmg serupa...haha.

emy jay said...

kini, aku telah pun kaya dan kini hanya mengadap laptop sambil meniarap..di tika boring, aku akan pergi shopping tanpa perlu memikirkan berapakah baki wang simpanan kerana yang ada kini tidak akan habis 70keturunan..sesiapa yang dalam kesusahan, meh aku tolong meh... (ne la impian dirikun, namun, apekan daya..aku hanya insan biasa)

Anonymous said...

ko memang selalu berimpi cik emy juliana binti tak tau pulak...hehehe.. aku bermimpi nak pi bandung..bleh jadi kenyataan ke? bulan november lak tu...huhu.

nahar

emy jay said...

agak2 ko impian tu tercapai tak? jap aku cek kat airasia..ahad ne bday aku...ko blanje tiket kan?
ok set..aku pilih tarikh..