Wednesday, November 24, 2010

sukan dan seratas

kita mengenali sukan sejak bila? dari kecik, apa yang budak-budak buat? tentunya ialah bermain. bermain juga adalah sukan tetapi sukan akan disulami emosi. kenapa ada emosi? lihat saja, apabila pasukan yang disokong kalah kita merasa duka nestapa. kalau dibuatnya menang, terus meloncat-loncat gembira. lihat saja sukan asia guangzhou yang berlangsung sekarang, ramai yang akan emosi ketika menonton perlawanan badminton. kalau kalah, terus tutup TV atau mengeluarkan kata-kata kesat atau mencarut.

kalau main bowling kita nak marah siapa kalau masuk longkang? ofkos salahkan lane tak rata atau bola berat sangat tak leh balance badan so fokus hilang. kalau strike? terus sahaja mahu buat aksi duduk tahiyat awal sambil mencanakkan jari telunjuk. tapi, kali ini saya ingin menyentuh arena sukan bukan di peringkat daerah larut matang dan selama tetapi senario di seratas itu sendiri. jatuh lagi dikenang, mari kita lihat ulasan penulis :

1) bola sepak
sukan paling glamor adalah sukan bola sepak. sebut sahaja bola sepak, tentu sahaja ramai yang akan turun padang untuk menunjukkan bakat kepada cikgu talib dengan harapan membukit larut supaya dipilih mewakili sekolah. apabila berjaya mewakili sekolah, tentu sekali diri atlit itu akan merasakn dia sangat hot. kenapa hot? bukan menyumbat goal tapi merasakan ada gadis bawah umur yang akan menaruh hati bercouple. bintang skuad seratas tiada yang lagenda tapi kisah suka duka mereka menempuh perlawanan demi perlawanan sangat terpahat di sanubari. mohd hidhir pungot pernah menjawat goalkeeper namun seringkali dicerca kerana bolos. zaimi yik pula dilihat sungguh lincah namun kekurangan kalsium telah menyebabkan kakinya tidak mampu melangkah jauh. bintang mohd abdul wahab pula lebih menyerlah dengan menaruhkan kekuatan pada rambutnya yang belah tengah. apapun, mereka mampu menyinar meskipun tewas perlawanan menentang sebuah sekolah di kawasan kampung sungai bayor.

2) bola keranjang
pasukan bola keranjang lelaki kurang menyerlah. lagenda seperti yusnizam dan seri kelana tiada pengganti. namun, diwarisi bakat sedikit kepada mohd salam yahya namun beliau kidal dan sering mencemuh kerana kasut pallas jazz miliknya yang sering kali dicuri oleh penjahat asrama. mohd hidhir pungot yang tinggi melayut pula gagal membuat lompatan tinggi justeru sukar membuat jaringat tepat. namun kategori lelaki sering dilihat tewas terutamanya apabila bertemu pasukan sekolah hua lian meskipun dilatih oleh guru matematik cina bernama chuah ling tong. dalam pada itu, pasukan wanita lebih menyerlah apabila menjuarai peringkat SBP zon utara sehingga mewakili zon ke peringkat kebangsaan tapi sampai di situ sahajalah kemampuan mereka kerana zon-zon lain terutamanya dari kolej tunku kursiah dan sekolah tun fatimah sangat hebat. tunjang utama mereka iaitu norihan hamid, hasnor nashrah, azira zamaran dan beberapa lagi bukanlah menjadi perbualan hangat para lelaki tetapi kakak sa'adah. setiap kali kakak sa'adah melompat untuk membuat slam dunk, seluruh pelajar di koridor kelas akan terus tajam mata ke suatu arah yang tidak perlu disebutkan lagi.

3) kriket
pasukan kriket seratas hanya dimonopoli oleh mereka atlit rumah enggang seperti saiful rizal, anuar hassan dan azmi saad. kenapa hanya enggang? tentu sekali kerana ia diperkenalkan oleh senior enggang atau blok D itu sendiri. mereka amat bertuah kerana dilihat unik, namun tidak ramai yang akan pergi menyokong kerana tiada siapa yang faham cara pengiraan mata. lagipun atlit enggang tidak langsung offer pelajar lain untuk turut serta.

4) hoki
sukan hoki agak hambar bagi batch 17 tapi junior seratas telah memperlihat kekuatan apabila sering menjuarai mana-mana perlawanan. mungkin kerena cikgu rahim dan cikgu ismail telah memilih kasih sehingga sesiapa yang bermain futsal di atas padang kapet hijau akan dihambat oleh cikgu-cikgu ini walaupun ianya lengang tidak digunakan. sering kali hari ahad sebelum menyaksikan tayangan kartun sailormoon dan mutiara naga, para pelajar akan bermain futsal di situ, kemudian dari jauh hon motosikal buruk cikgu rahim akan kedengaran dan pelajar bertempiaran lari ke asrama. mangsa utama yang menjadi sasaran guru ini adalah alif imran, syaihan dan beberapa lagi nama. masih terpahat kisah pelajar lelaki disuruh untuk membuat sejumlah bayaran ketika mengambil keputusan SPM sebagai pampasan atas kerosakan yang tidak ada bukti kukuh itu. tetapi penulis masih ingat bagaimana mokhtar ahmad dan zurul kamal telah didenda senior kerana bermain hoki di dalam dorm (tiba-tiba).

5) rugby
tidak pergi jauh, pasukan rugby seratas hanya bergaya ketika bergambar. tangan berpeluk tubuh, muka garang ditampilkan tetapi apabila bertemu pasukan sekolah king edward VII tentu sekali kecut skrotum. jika terus berhempas pulas, mahu terkehel buku lali atau patah tulang bahu seperti mohd saini pajuri yang pernah cedera parah. pemain rugby paling terkenal adalah mohd zulkepri, mohd nazri dan amin ibrahim namun penulis berasa curiga kenapa terdapat watak seperti mohd hidhir pungot dan zaimi yik fiak pada gambar di bawah? semua acara mereka mahu sertai. tetapi jika kini dilakukan ujian kecergasan, apakah samsul shahril akan berjaya dipilih masuk?


6) olahraga
acara kegemaran pelajar seratas adalah 100 meter tetapi tahukah anda fakhzan rosli lebih menyinar dalam acara 400 meter di sukan MSSD larut matang dan selama? sekurang-kurangnya beliau memungut pingat di acara tersebut namun acara 100 meter hanya membarisi peserta di peringkat saringan sahaja. nama-nama besar seperti rozanizam zainol (enggang), alif imran (rajawali) dan bazli nizam (helang) adalah mereka yang disebut-sebut memberi saingan sengit (tiada nama atlit garuda disebut hehehe..) sewaktu acara. jika kategori wanita tentu sekali nama-nama berikut diramal bersaing; norihan hamid (garuda), azira zamaran (rajawali) dan fadhilah asmoai (helang) . kenapa tiada nama peserta wanita enggang? tentu sekali tiada yang lulus ujian kecergasan. peserta wanita enggang hanya menaruh harapan pada norhafiza osman meskipun acara 800 meter mahupun lontar peluru. tetapi paling menarik untuk disentuh adalah pada tahun 1997 apabila acara 8x50 meter telah memaksa noorhani jusoh untuk turut berlari kerana rumah rajawali tidak cukup atlit.

7) catur
siapakah atlit catur terkenal seratas? bakat ini jarang disebut-sebut tetapi beliau adalah haniza mohd nor yang dianggap sungguh dewa dengan buah catur. tiba-tiba sahaja beliau akan menuturkan kata-kata "check" membuatkan hati anda berasa hendak marah, dan disusuli kata "check-mate" seraya anda berasa malu untuk tidak lagi bermain catur dengannya. walaupun bakat catur tidak ditentukan oleh kemampuan menguasai bahasa arab kelas ustaz juaini namun ianya lebih kepada tumpuan dan teknik serangan yang dirancang rapi.

8) bola jaring
jarang sekali mendengar update dari sukan ini tetapi penulis sekadar menyebut beberapa nama sebagai menghargai sumbangan mereka : wan hazila, siti rahayu dan kembar jazilah-jamalina. update mereka telah hilang dari rangkuman file kerana latihan diadakan di bawah lereng bukit berhadapan pangsapuri guru.

9) sepak takraw
sukan ini tidak popular, namun giat dijalani oleh mereka ahli-ahli tetap sukan takraw yang dibarisi oleh mohd hakimi abdul rahman dan mohd naim (sekadar menyebut beberapa nama). lokasi gelanggang takraw terletak di antara gimnasium dan pangsapuri guru. pernah sekali penulis melihat kaki mohd hakimi yang panjang telah terlekat pada jaring berikutan ingin membuat lipatan killer selain beliau hebat membuat servis kuda kepang. selain itu, persoalan kini apakah mohd naim kini masih bermain sukan ini berikutan masalah obesiti yang melanda beliau. khabarnya kini berpindah kepada sukan bowling (yang tidak memilih rupa bentuk badan) dan pernah menjuarai bowling terbuka reunion seratas di One Utama tahun lepas.


...kenapa tiada nombor 10??? anda boleh isikan sendiri. mungkin anda ada sukan anda yang tersendiri atau nama anda lupa disebut di dalam sukan-sukan di atas. jika tiada, mungkin anda lupa yang anda adalah ulat buku yang hanya mahu ke kelas ketika menunggu siren masa makan malam (makan petang pukul 6.30pm) dengan melalakukan homework matematik tambahan atau anda sibuk menonton drama TV3 di asrama meskipun dihalang cikgu hamidah dan pakcik shahar.

11 comments:

Hidup Tanpa Penghujung said...

superb!!
ingatan tahap dewa hang ni.

pss..mana la hang dapat gambar tu.hahaha

naeims_ab said...

bola sepak : aku memang takkan lupakan kekalahan 5-0 ditangan sek sg.bayor. aksi matdek diayam-ayamkan memang menghiburkan cikgu talib.. nasib baik aku hanya simpanan..

bola keranjang : salam jadi robot.. masuk besi dalam tangan. mr.goh ajar budak pompuan.. garang weiii...

kriket : aman chon dan azmi bukan pemain kriket.. harap maklum.. domme plak tukang kira mata je.. aku,nazri dan pidoshah wakil garuda. bukan smua dak enggang.. matdek takut kena bola.. tak boleh main..

hoki : batch 17 takmau main hoki sebab kalau main hoki, tak boleh main benda lain..pali dan pak ohm je yg serius main hoki..

rugby : seratas tak hebat. badan macam sasa, tapi takut kena takkle. gambar jimi memang pelik..

olahraga : tak minat..

catur : aku pernah wakil sekolah, lawan kat smk.jelai.. kalah pusingan pertama.. kahkah.. pernah lawan ngn haniza, tak habis..

bola jaring : tak pernah tengok.

sepak takraw : aku masih lagi aktif. mana ada aku obesiti.. hampehh.. matdek pun main takraw. geng ngn junior sebab takde org nak group dia.. dia tekong, dia angkat, dia killer... gila tamak..

panjang plak...

SYED NAHAR said...

azri : hahaha..aku hentam2 asal jadi karangan walaupun ada watak yg salah skit...

naim : wah!!! aku rasa azmi pemain kriket? atau shahril yg suara besaq tu? hahahha... baru ingat nazri duk usung kayu pemukul kriket tuh... tapi bila masa hang main kriket naim weh??? tak tau pun..yg pasti hang pa mmg kemut langsung tamau ajak budak blok A& blok B join kriket!! ahahaha..

kesian mat dect, selalu jadi bahan!!

Anonymous said...

tetapi paling menarik untuk disentuh adalah pada tahun 1997 apabila acara 8x50 meter telah memaksa noorhani jusoh untuk turut berlari kerana rumah rajawali tidak cukup atlit.

**guling guling aku gelak baca ni**
hahahahaha

tasha

samsinar said...

HAHAHAHA.... best best!! :D

Anonymous said...

tasha : aku rasa ko pun mesti masuk 8x50 tu? hehehe.. tapi aku ingat hani mmg lari tapi sebagai pelari yg tunggu baton di belah balapan ke 200 meter..dekat ngan tembok besar yg tulis "sederap meluru memburu gagal sifar"..

samsinar : eh ko dulu agak kuat berlari kan...tgk org mcm tak percaya je.. ye lah kan awek mat alip zaman tu mesti la pantas...hehehehe..

nahar

Anonymous said...

hihiih...lawak la baca nahar nyer blog ni.

btw, hoki mmg cemerlang sejak dulu. zmn2 kak wan main hoki pun cemerlang lg team pompuan and team laki. ada jugak bbrp kerat yg terpilih wakil negeri. batch k wan dulu, 2 org boys wakil negeri.

SYED NAHAR said...

hah?? ini mesti kak wan nural jawahir nih?? hehehe..

nahar

Nora Azua said...

giler lama aku tak baca blog ko ni nahar. bestnye biler dapat ingat semua balik. kuat betul ingatan ko. ape ko makan eh??? huhu.
aku ade ingat masa form 4/5, aku ade wakil rumah enggang lari 4x100. tapi sape geng aku aku dah tak ingat. for sure kalah la...hahaha. yg aku tahu, kawad kaki rumah enggang menang sebab aku salah seorang ahli 2 pereka kostume... heheh...

SYED NAHAR said...

oh rekaan kostum enggang ada mengalami masalah piracy, tak tahu sapa cilok siapa punya idea tapi ada pihak yg berlinang air mata..

Anonymous said...

perghh..dasat ingatan hg..kurusnya mawardi dlm gmbar... aku pun x bersukan di seratas.. cuma igt penah jd keeper main lempar menatang apa tah pastu aku bdiri atas krusi n pegang kayu hoki sambil tangkap benda yg dibaling tu kasik masuk lam kayu hoki...nama permainan x pasti -pae-