Thursday, November 4, 2010

missy (kes 2)

yah (bukan nama sebenar) adalah seorang misi yang amat digeruni. dengan raut wajah ketimuran dengan sedikit aura aborigin dan kulit sawo matang, yah memang digeruni bukan sahaja dikalangan pengunjung pusat kesihatan ibu dan anak, malah rakan sejawatan. yah yang lengkap berpakaian serba putih dengan topi nurse yang tegak di atas kepala, melangkah laju dari satu sudut ke satu sudut dengan penuh bertenaga.

yah merupakan misi yang tidak asing lagi, dikenali oleh setiap ibu-ibu yang beranak kecil. yah menggalas tanggung jawab untuk memberikan suntikan kepada bayi-bayi supaya kekal sihat tanpa penyakit-penyakit berbahaya. sekali yah menjeling, ramai yang akan menitiskan peluh dingin. bibir yah yang juih dan muncung lagi tebal satu inci itu sentiasa menjadi igauan seluruh penduduk sekitar. itulah hebatnya yah, yang pasti lantang bersuara, mengkritik pedas lagi menusuk kalbu. seminggu dibelenggu trauma kalau diherdik yah!

pagi yang dingin, mak ngah ah (bukan nama sebenar) membawa anak kembarnya ke pusat kesihatan ibu dan anak dengan membawa bersama kad merah sebagai rekod penerimaan suntikan. mak ngah ah tak kurang hebatnya, selain memiliki anak yang ramai, beliau juga seorang wanita yang bersusuk tubuh tinggi lampai dan kuat bekerja dengan kudratnya sebagai penoreh getah.

missy yah : satu dah sudah dah, mana kembar yang satu lagi tu? sedia lekas!

mak ngah ah : sat, budak ni menggelepar macam dia paham pulak nak kena cucuk.

missy yah : lekas lah, kita ni banyak kerja. bukan nak cucuk punggung hok ni jer. banyak punggung lagi.

mak ngah ah : sekejap lah...ish payah pulak! **bayi meronta-ronta... sesekali sukar ditiarapkan atas ribaan mak ngah ah.**

missy yah : lekas lah!! **nada suara kian meninggi**

mak ngah ah : hinsss... hurm..uh!!! ish...uh?? hurmm...ish? ish???

missy yah : apa yang payah sangat tu??

mak ngah ah : kembar dia molek, tapi dia ni buas sikit. sabit kulit gelap buleh ke dia.

missy yah : lekas lah!! **menjerkah**

mak ngah ah : ish apa yang payah pulak ni?? **mengeluh suara nada rendah**

missy yah : wohh!! dah beranak banyak tu pun tak pandai lagi nak pegang anak ke???? orang pegang macam ni **marah**

yah terus meletakkan jarum suntikan dari tangannya ke dalam kotak putih yang terletak di atas meja. dengan penuh ceghe yah terus mengambil bayi atas ribaan mak ngah ah untuk ditiarapkan sebagai demo dengan menganggap mak ngah ah sebagai tidak pandai menyelesaikan keadaan.

gedeganggg!!! seraya bayi tadi menangis, menjerit kesakitan. kepalanya terhantuk sisi meja. air muka yah terus berubah namun beliau sedaya upaya mengawal keadaan dengan membuat muka tak bersalah.

mak ngah ah : hahhh!!! tu pandai sangat la tuh pegang budak?? bibir pun sekati!!!

missy yah : ????

2 comments:

Anonymous said...

hahaha.. iknow this story! classic! padan muka missy tu

ina

SYED NAHAR said...

missy tu la ni dah tak wujud dah kot... ehehehe..