Monday, November 29, 2010

sari merah

cuba kita amati gambar di atas, justeru aku mahu bertanya kepada pembaca blog aku yang berjantina perempuan. sanggupkah kalian bekerja sebagai buruh? lebih-lebih lagi dengan memakai baju kurung atau kebaya. tapi itulah realiti di negara lain.

bayangkan perempuan bersari merah itu mungkin ditakdirkan lahir dalam keluarga susah, dan mungkin ada anak kecil yang mendesak dia untuk mencari rezeki. namun nasib beliau tidak dibela, malah dilayan sama seperti tenaga buruh lelaki. seberapa berat beban yang dipikul oleh orang lelaki, itulah juga yang dia perlu korbankan. bayaran upahnya juga sama.

aku tertarik dengan sari merah ini kerana warnanya amat menyerlah. selain kagum dengan kudrat perempuan itu bekerja di tapak bina, aku juga tertanya-tanya apakah makanan yang dimakan olehnya saban hari? berapakah upah yang diterima olehnya? tak mustahilkah tangan yang melilit sari bisa menggoncang dunia?

tiba-tiba aku imagine, kenapa dia pilih untuk buat kerja ni? aku bayangkan suami dia yang suruh memandangkan duit tak cukup nak beli makanan. kalau di malaysia, agaknya ada tak berlaku macam ni? mesti perempuan ni pernah merungut penat dan minta untuk menjaga anak di rumah sahaja. agaknya apa jawapan suaminya?

4 comments:

Anonymous said...

okey la..aku insaaappppppppppppp

-MeK-

SYED NAHAR said...

bahahaha...insap dua menet!

Anonymous said...

sgt mengerti keadaan tersebut sbb i am in india too~ mmg ramai pompuan2 jadi buruh kasar kat cni kan..tp still dorang pakai pkaian tradisi dorang..kalo kat tmpat len mesti la pkai sluar ngn tshirt je kan..last time i saw a group of girl wearing punjabi suit tengah berkawad...

SYED NAHAR said...

tq for your kind comment mr/ms anonimes! hehehe..