Friday, August 27, 2010

diriku seorang kakitangan

pengertian hidup dalam kesibukan? woh! mengadanya tajuk. macam lah keje gaji belas-belas ribu. tapi jangan kutuk, even bergaji kecil sama dengan pendapatan pekebun kecil setelah mendapa suntikan risda namun jelas aku amat sibuk.

bukti? perlukah aku mengelaborasikan? bayangkan kalau mula dari 8.30 pagi dan anda bekerja tanpa henti, naik turun tangga, kekerapan mengunjungi mesin printer mengalahkan frekuensi pesakit diabetis, kesakitan pada sendi engsel jari-jemari serta mampu membaca mesej di sistem pesanan ringkas selepas 2 jam, dan pulang jam 10 malam. sanggupkah anda hidup begini?

aku sanggup! sebab aku masih single dan background life aku memang bersesuaian pun. aku dah biasa buat kerja lebihan masa. namun aku juga insan biasa yang akan merasai betapa bestnya bila membaringkan diri di atas ranjang. oit! ranjang means katil. bila baring rasa alangkah nikmatnya tulang belakang direbahkan atas tilam.

dari pagi aku mencuba menyiapkan project quality plan (PQP) namun tak siap lagi pun. sebelum tu berminggu-minggu aku taking-off konkrit bahagian segmental box girder untuk kedua-dua ampang dan kelana jaya extension line. ditinjau dari dalam bilik beliau, boss aku panggil untuk siapkan proposal untuk terowong ketiga central spine road. pukul 6 baru mula buat then siap kul 10 malam. esok sambung PQP dan begitu lah seterusnya. dah lupa aku yang dokumen production kilang di seremban belum lengkap dan perlu dilengkapkan sebelum manager kilang layangkan email warning lantas diCCkan kepada boss lain.

dalam terkinja-kinja bekerja, aku lupa juga bulan puasa ni aku perlu ingat benda-benda lain. ya! sekali pun tak telefon rumah. so tadi baru call, tu pun nak tanya pasal baju kawan ofis yang menempah di mak aku. agaknya dah siap. masa ni aku terkenang alangkah nikmatnya tika ada masa terluang yakni cuti. takut pula memikirkan hari-hari mendatang, apa lagi yang seterusnya?

bercakap tentang sibuk, jutaan kemaafan kepada mereka yang menanti keluaran stok baru kain sari. sumpah tak dan langsung nak pegang kemre!! balik rumah badan aku terlalu penat lantas bab lena ni aku dah mula kepada tabiat azali bangun lepas waktu sahur! rugi dan menyesal. wahai housemateku, kejutkanlah diriku yang lemah lutut ni.

dah 2 hari berturut-turut tak sahur. aku ni bukan kuat sangat. so, sahur tu memang membantu. aku akan cuba makan walau tak lalu. persiapan raya? langsung tak ada. untuk diri sendiri memang saban tahun tiada apa yang aku peruntukkan. tapi aku dah beli baju raya untuk anak-anak saudara. skang ni pun akak aku di penang tu dah sarat, tungguh hari nak bersalin. dah mula cuti rasanya.

kepada kawan-kawan seratas, berbuka di duta ria tempoh hari memang best walaupun tak cukup masa nak melepak. ah rindu! banyak lagi perkara yang belum dihuraikan serba detail. apakah perlu sekali lagi? siapa volunteer? kamon la, dapat pahala apa. rumah saya tak leh la sebab you all akan tak lalu makan tengok alam persekitaran di sentul nan syahdu ini.

oh kembali pasal kerja. lately ni aku suka cakap pasal kerja. sikit pun aku tak mahu merungut, tetapi maksud aku sebenarnya aku nak lahirkan rasa syukur juga kerana dapat merasai bagaimana sebenarnya bekerja sebagai memenuhi sebuah piawaian dan tarikh tutup. memang penat tapi ia membantu kita untuk memperkayakan diri dengan kemahiran. first time join team yang nak menender. dengan ilmu yang cetek, sikit-sikit bagi sumbangan mungkin akan dapat melahirkan sifat untuk memahami orang lain. penting what? kita tahu dimasa kita sibuk, ada yang lagi sibuk.

3 comments:

Anonymous said...

kalau gaji berbelas maknanye hang tu boss... hang lah org org paksa org buat tender hehehe...
takpo la janji ada kerja drp makan anggur

ina

Anonymous said...

hahaha..eleh kita ni tak po la setakat 3 tahun pengalaman balik lambat kira kuli. tapi anda jugak balik lambat kan? wakakakaa.. tahap kekulianmu terserlah..hihihi..

nahar

Anonymous said...

xpa..ramadhan selalu mengajar kita untuk bersabar...