Wednesday, August 18, 2010

pengalaman ramadhan dulu dan kini

semestinya berbeza. dari kecik kita mengenali ramadhan masa bila? adakah kita masih ada memori sewaktu berumur 5 tahun? atau bilakah kita mula berpuasa? tentu sekali boleh diimbas tapi tak selengkap kalau kita menulis diari. budak mana yang umur 5 tahun nulis diari?

bagi aku, saat mula puasa lebih kurang umur darjah 1 kot. sebelum tu tak pernah puasa, selamba kodok jilat ais krim kat depan pintu rumah, lepas tu mintak lagi 2 kupang nak beli keropok keju super ring. annoying gila! sumpah! tapi start je puasa, terus puasa macam orang dewasa. even tak penuh sebulan tapi hampir penuh lah. tinggal 2 atau 3 hari je. kalau tak puasa pun aku tak sampai nak makan tengah hari. ada lah curi-curi biskut nestum bayi adik aku. teringin! haha..

kalau nak dikarang, sampai imsak tak habis. oleh itu kita akan listkan point-point yang tentang perkara-perkara penting dalam sepanjang mengenali ramadhan oleh aku. point lebih digemari, takkan nak deko peta minda, sumpah aku pening nanti.

1) sewaktu kecik, puasa tak tahu pun niat yang betul macam mana. so, pada aku wajib dilafazkan verbally and loudly. kalau ada saksi dengar, then sah la puasa yg aku akan jalani. so, aku baca nawaitu saumaghadin tu kuat-kuat. tapi aku konfius kalau-kalau sah atau tak niat dalam BM. jahil btul!

2) bab-bab membatalkan puasa. adik aku jenuh mengepit-ngepit, bila tanya kenapa? jawabnya tahan kentut. sebab? takut batal puasa. aku pula jenis selamba suka duka aku nak korek hidung sedalam mana cintamu pun tak kisah. sampailah mak aku cakap tak boleh, tepi-tepi sikit sudahlah. nanti hidung jadi serombong kapal macam cerobong atau ahmad nisfu. eh sumpah kelakar bila ingat nama cerobong. dulu masa di seratas ada senior batch abang malik yang dipanggil cerobong sebab lubang hidung dia sangat luas dan tak boleh dimaafkan. setiap kali brader tu lalu di koridor kami akan buat-buat sesak nafas. konon-konon dunia tak cukup oksigen angkara dimonopoli oleh sedutan cerobong.

3) kawan aku di UTM yang berasal dari pantai timur selalu mentaksirkan terlalu detail tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. kedetailan mereka sampai kepada sebesar zaharah hinggalah kepada serumit penyelesaian kaedah berangka. menurut rahmangkuk, jikalau kita kentut di dalam air yakni sungai atau kolam mampu membatalkan puasa. ok faham! then katanya, kalau kita membuang air besar, tetapi kemudian tak habis buang kita kemut sedut balik ke dalam, dan ini membatalkan puasa. ok faham. tapi ridhuan menempelak dengan ras beliau menyatakan, ada ke orang nak buat macam tu? kembang tekak! mungkin ada orang yang sedang bereksperimen namun sila lakukannya di bulan-bulan lain.

4) berpuasa di UTM adalah sangat tipikal. sebelah petang akan ke pasar ramadhan atau param, kemudian bersahur dengan apa yang ada. aku mengakuinya sebagai berpuasa di UTM sangat melaparkan di siang hari kerana pemakanan yang tidak seimbang. tetapi, pernah juga kami yang tidak berduit ini berbuka puasa di masjid UTM. namun, selepas berbuka, terus maghrib dan kemudian ghaib secara perlahan berikutan malas terawih. dari yang berbuka penuh dewan tapi bila terawih 2 saf tak penuh.

5) berbeza kini di kuala lumpur, pasar ramadhan sangat banyak. selang satu qariah aje ada param. cukup mudah tetapi sila nyatakan kepuasan anda dan bandingkan nilai wang ringgit yang dibayar dengan kenikmatan yang diperolehi. jelas, amat mengecewakan! kelmarin aku mengunjungi param, nasik goreng ayam sudahlah tawar, nasiknya pula mentah. air laicinya pula sangat tawar, tiada rasa laici hanya sekadar bau laici sahaja. jernih aje cup plastik aku. beli kuih popiah basah pula, punya la pedas dia punya sos. gamaknya dia guna cabai masak, giling pastu jadikan pes. gila! atau pun dia pakai ciliboh. nak membunuh namanya. pada aku, kalau dah tak reti nak memasak dan sumpah tak berbakat langsung, sila jangan meniaga anda telah menganiaya pelanggan. sekadar suruh anak dara dia yang seksi jadi cashier baik tak payah.

6) berpuasa di negara luar, aku merasai nikmat yang tidak boleh dikecapi selama ini. bayangkan anda dikelilingi orang yang tidak puasa. kemudian tiada tolenrasi kerana anda bekerja mengikut percaturan adat dan undang-undang negara luar. tiada pulang awal pukul 4.30, tiada alasan untuk tslow down aktiviti di tapak bina dan sebagainya lagi. hanya apabila memandang warga peminta sedekah, yang cacat serta yang miskin kebuluran sahaja membuatkan anda tabah untuk terus berpuasa. namun pernah sekali pada malamnya, kami berkunjung ke old delhi, berhampiran jama masjid terdapat pasar yang hanya wujud di bulan ramadhan. hanya dibuka sebelah malam sehingga subuh, meena bazaar menjanjikan pengalaman yang amat unik. kisah ini akan dikupas kelak kerana penulis mengalami suatu peristiwa aneh di mana waktu itu. ada jua sesekali kami hadiahkan diri sendiri dengan menonton wayang. niat asal hanya untuk merehatkan minda. namun pernah sekali menonton filem wanted lakonan angelina jolie namun filem itu langsung tidak mengalami tapisan finas india. pulang ke rumah masing-masing senyum.

7) ramadhan kali ini, bagi aku ada suatu kelainan di mana aku telah mengambil cuti pada hari ini kerana aku bakal bersiaran dari luar network maxis. hehehe.. jangan marah!

3 comments:

Anonymous said...

tak marahhhh... asalkan ....

hehehe

ina

Anonymous said...

**pengsan**

hahaha...

nahar

Hidup Tanpa Penghujung said...

aayooooookkk