dari kerteh, zakuan memandu perodua myvi miliknya merentas negeri terengganu dan kelantan, terus menyusuri lebuhraya timur barat. hari-hari berlalu amat memenatkan, seperjalanan mula dari kuala lumpur menuju kerteh semata-mata demi tugas. kini destinasinya adalah alor setar. perjalanan waktu malam ini amat syahdu dan sejuk, mengenangkan ini adalah malam pertama ramadhan.
niat di hati yang suci untuk menemani ibu, setidaknya jika sampai awal bolehlah sama-sama bersahur. berpuasa di hari pertama kali ini amat berbeza bagi zakuan. setahun ayahnya pergi, kini ibunya bersendirian di rumah. walaupun jarak alor setar yang jauh ini adalah suatu kekangan tapi tetap dianggap subjektif.
saban hari di mindanya berpancar wajah ibunya, entah apa yang dilakukan di rumah. panas demam, batuk sendu dan lenguh-lenguh lutut mungkin dialami ibunya namun apakan daya tinggal berjauhan, demi mencari rezeki. ah, kali ini perjalanan akan lebih selesa, setibanya di sempadan negeri kedah.
menyusuri jalan persekutuan, masuk ke jalan bandaran dan terpacul di hadapannya papan tanda menuju lebuhraya PLUS. pantas stereng dipusingkan ke kiri dan ke kanan. membara di dalam hati membakar semangat dengan api menjulang tinggi, terus zakuan memecut laju menyusuri susur masuk sungai petani utara.
sudut lengkok jalan sememangnya disusuri dengan licin, kepala sama ikut teleng sudut sendeng turapan jalan. jalan yang lengang, tentunya bebas untuk memilih lorong tanpa berfikir panjang. lampu keretanya menerangi pandangan hadapan, sejauh mata memandang. tiba-tiba, suatu kelibat melintas.
ah! bukan kucing! bukan juga anjing. tanpa sempat membrek, objek yang melintasi jalan itu dilanggar. dalam hatinya kini hanya menanti dan membayangkan bunyi susulan yang mungkin bakal memberi wajah kepada objek tadi. gedeganggg!!! bunyi yang kuat kedengaran di bawah keretanya, lantas pemanduan menjadi lebih perlahan kini.
dalam benak zakuan, objek yang dilanggar tadi bukan sejenis hidupan berdasarkan susuk tubuhnya yang menyerupai suatu bongkah. mungkin kotak hitam? atau mungkin ketul kayu? tapi dari mana ia datang?
bunyi gelodak di bawah keretanya kini makin perlahan. tanpa ragu-ragu, zakuan terus memandu ke hadapan agar lekas tiba. malang tidak berbau, dilihat pada paparan, suhu enjin keretanya kini meningkat ke tahap bahaya. ah! tentu panas. tiada air kah? atau kesan dari perlanggaran tadi?
zakuan menyalakan lampu kecemasan lantas perlahan-lahan memberhentikan keretanya di bahu jalan. kini suasana girang menyambut ramadhan bergantu kerisauan dengan nasib yang bakal menimpa keretanya. oh myvi ini baru setahun umurnya.
akan tetapi, jauh dari belakang, zakuan melihat kelibat cahaya nan satu perlahan-lahan bergerak menuju ke keretanya. kenapa hanya satu? tentu bukan kereta atau bas. dilihat pada cermin sisi sebuah motosikal ditunggang oleh lelaki yang lengkap berhelmet.
"kenapa berhenti bang?"
zakuan cuak! siapakah lelaki ini. apakah mereka adalah jejaka yang baik hati ingin menolongnya. tetapi kenapa mesti lelaki ini? pelbagai andaian bermain di fikiran. zakuan kini runsing dan tidak dapat berfikir lagi.
"kereta saya tiba-tiba naik temperature."
"oh boleh saya tengok?"
"silakan."
dalam sibuk jejaka berhelmet itu memeriksa enjin keretanya, zakuan secara dia-diam memegang pengunci stereng yang diletakkan di kerusi belakang.
"rilex bang! sikit je. ini paip dia dan rosak."
fuh! zakuan berasa lega. kesyukuran dipanjatkan. tetapi zakuan khuatir kerana di waktu dini hari begini mana ada bengkel kereta yang dibuka. dia tidak mahu bermalam di bahu lebuhraya itu.
"tapi saya nak balik alor setar."
"tak apa. kami ni pomen. bengkel dekat saja di sungai petani. kalau nak towing kami boleh uruskan."
"saya macam mana?"
"abang naik dengan kami, suruh sapa-sapa ambil di sungai petani. sebelum pergi boleh ambil barang-barang berharga yang ada dalam kereta. takut hilang!"
setelah menelefon, abangnya bersetuju untuk mengambil zakuan di bengkel tersebut di sungai petani dan terus ke alor setar. abangnya menasihati zakuan supaya sentiasa 'follow up' dengan bengkel tersebut kerana kereta itu merupakan nadi zakuan untuk bekerja.
pagi esok.
"hello, encik kereta saya macam mana?"
"ok, kita sedang baiki. sikit jam lagi siap lah."
"berapa anggaran kos?"
" dalam seribu. mungkin tak cecah seribu."
"oh! mahalnya!!!"
"ada barang yang rosak teruk dan kena tukar. kalau tidak macam mana nak ok enjin ni. esok boleh datang ambil"
hari berikutnya
"abang, kereta saya dah ok?"
"dah ok."
"berapa?"
"seribu lapan ratus."
"eh semalam cakap seribu sahaja?"
"awak punya karburator, gasket, semua tu kena ganti juga. so, tambah harga lagi la."
"kalau datang esok akan jadi dua ribu lah?"
di dalam hati zakuan berasa sangat kesal dengan nasib yang menimpanya. apakah benar komponon enjin keretanya itu perlu digantikan kerana rosak? atau mereka mengambil komponen bari dan digantikan komponon lama? atau mereka telah mengaturkan semua kemalangan ini demi mengaut untung? dugaan ramadhan mengajar erti kesabaran.
sumber : zakuan, ex-housemate
6 comments:
suruh zakuan bersabar...gerun aku baca kena sampai 1800...hoihhhhhh...eh mula2 ingat kisah hantu..kan kat persimpangan sungai petani orang suka cakap ade the red kebaya...
erm...baru nk suspen...mmg igt cerita hantu ja...
x klimaks la cmnih..baca ja tajuk...mengharapkan cerita hantu....
mek : hahahaha.. mmg zakuan tu pun ada habaq pasal the red kebaya tapi nenek kebaya merah.
sir : alah ko ni typical lah! asal suspen je cite hantu. pastu hang takut2 sorg2 over lak tuh. hehehehe..
nahar
huhu kena pesan kat org sg petani :)
apoie
huhu...sib baik x pi sana dah..eh chop!zamri kat sana kan?
aku tak jadi baca panjang cngat karangan!
Post a Comment