"sepanjang perjalanan ini..lembah dan lurah kujejakiii..."suara zaiton sameon versi macrieda masih bergema di tulang osikel aku. hebat. zaiton plak yang copyright macrieda. haha..ekceli ari ni aku just nak apdet, ya sekadar apdet. kenapa sekadar? kerana ala kadar saje.
setelah last entry kenuri selepa di gopeng yang melarat sampai ke kellie's castle, lepas tu langsung tak de entry dah. kenapa? jawapannya adalah kesibukan. kesibukan? apa? ah nahar jangan kau propa! sesibuk kau itu masih boleh kelihatan kelibatkau menjinjing beg sari di jam 2 pagi, lokasi di putrajaya.
ya, stok baru sampai. memang aku sibuk menerima order. tapi, syukur ke hadrat ilahi (sekarang i duduk bertimpuh gaya duduk antara dua sujud, tinggal la tegakkan jari telunjuk sahaja lagi). 40 helai sari yang diterima pada hari rabu, sehingga semalam (selepas 3 hari) berjaya dijual 30 helai. yakni tinggal 10 pieces to go. gila penat nak arwah, jualan pada malam hari je, sebab tu sampai rumah pukul 3 pagi. jual murah memang laku! skang aku hanya tunggu masa nak date dengan sharifah marziatul dan siti nuraishah je. menurut besah, dia nak habiskan bonus petronas dia tuh. hahaha.. gertak aku nampak?? next stok adalah raibagi silk saree.
woh, panjang entri sari kau? hahaha.. teruja skit je. ok. sambung cerita, kenapa busy? (cilakak lu wa sula panjang jawab lagi mau tambah next point ye??) ya, akan saya huraikan dalam bentuk peta minda. bahahaha.. eee siriyes tak suka peta minda. serabut kepala otak! ok ok, fokus! saya mengalami kesibukan tahap masih boleh dikawal apabila satu dia minggu ni kerana terlibat dengan taking-off 2 projek LRT baru, iaitu extension (tension tau!) ampang line dan kelana jaya line. aku ambil bahagian mendapatkan jumlah isipadu konkrit yang bakal digunakan. gila kena lukis balik semua then cari luas keratan rentas, then darab panjang dapatlah isipadu. nampak senang tapi azabnya, mereka yg pernah buat je bleh imagine.
dalam pada tu jugak, dunia procument telahku selami. chewah mcm la sebuah dunia yang diibaratkan seperti resort tepi pantai berteluk dengan air laut jernih dan pantai pasir gebu. pasir gebu? oh tidak itu kampung norhafiza osman. tarik balik, tukar kepada pantai yang bersih memutih. ekceli pantai bersih ni mengingatkan aku suatu malam zamri anuar bawak aku, mek ai dan kakwan nak cari dinner, last-last makan char kueh teow di sungai dua saja. tapi marveles! back tu dunia procument, dunia ini melibatkan proses jual beli barang, even delivery pun. so segala form D.O, P.O dan apa-apa sahaja yang belakang dia ada huruf vokal O, kemudian berurusan dengan pihak marketing, segalanya dibawah payung sistem baru yang diperkenalkan iaitu IFCA. ntah, aku tak pergi kursus IFCA so tak leh explain. bahahaha..
aik? takan sibuk dengan kerja dan sari sahaja? kalau macam tu tak sibuklah. eh? tapi kenapa aku rasa yang amat sibuk? woi!! cukup-cukup lah tu. satu hari ada 24 jam je tau. selebihnya kau imagine sahaja aku pergi penang menjadi sukarelawan untuk sekretariat malaysia prihatin, apa juga diselitkan aktiviti "sebey" di wisma goshen plaza pantai, ada jugak sekali dua menjejak kaki ke KLCC, brem mall dan midvalley (ekceli ada pi giant tapi tak mau tulis). dah dah! aku nak sambung kerja.
kerja?? yes hari sabtu i pergi ofis sebab nak siapkan kerja. bahahah.. jangan puji tapi fikir dahulu. ini bermaksud aku tidak efisen. kenapa? sebab aku tak berjaya menghabiskan kerja yang telah aku predict boleh siapkan dulu. ada 5 kerja outstanding on list; design matiere ada 2, RQ, modification drawing, Acontank for uitm machang dan taking-off LRT. bahaha..ya taking-off tu tak siap lagi. tak yah faham kerja aku sebab kerja aku ni cacamerba. aku bahagian buat kerja aku, termasuk tugasan membuat fotokopi dan binding. baru ada feeling! korang reti ke buat clerical work ni? nampak mcm remeh, jangan nak kata senang. setelah kau berhempas 2 jam tak siap-siap baru korang tau kenapa iainya penting. jangan sampai nak cari file tak jumpa, jangan salahkan sesiapa! bahaha..adios. sambung kerja. dah habis teh tarik segelas! erkk..!!
4 comments:
busy eh? xde harapan aku dpt jeruk sedap penang mari wehhh..
eh kawan2 aku suma kata cuci the muzikal kat istanan budaya best tahap dewa.. gelak2 sampai kuar air mata. kawan2 aku yg layan cite2omputeh je yg cakap mcm tu tau. so mesti seriously kelakar la tu. pegi aaahhhh...
ina
hahaha...jeruk tu ada lagi reserve. nama jeruk so tahan lama la. hahaha..
nahar
banyak la ko punya ala kadar.. dah panjang berjela, mana boleh panggil ala kadar..
bahahaha.. eleh naim! tapi bagi aku tetap ala kadar..
Post a Comment