Friday, September 3, 2010

sempena sabtu mendatang

selalunya, kalau ada apa-apa event yang mengaitkan kawan seratas, aku akan cuba jadi fleksibel lantas mencuba sedaya upaya untuk hadir. ibarat suatu prioriti atau pemberat yang aku berikan atas dasar kerelaan. eh pesal intro macam begitu membodek? aku tak bodek sesiapa pun.

ok. sebenarnya, mungkin aku berasa amat gembira apabila bertemu kawan lama. kawan baru ni dinobatkan sebagai "kawan baru" sebab biasanya diorang berada dekat dengan kita seperti rakan semasa di opis. kawan lama ibarat wang akaun simpanan yang jika dikeluarkan ia terasa sayang kalau dijoli katak sebab kita kumpul sendiri. kawan semasa ni yang hari-hari jumpa. dah! sudah! jangan nak kata ada kawan yang diklasifikasikan sebagai kawan al wadiah atau kawan loan peribadi mahupun unit trust dan ASB. **melalut**

berdasarkan kejadian berbuka puasa di duta ria, memang best! even lauk pauk dikuasai oleh air tangan peniaga bazar ramadhan. oh, aku perlu memberikan sedikit wacana ringkas tentang menu:

1) memang tidak syak lagi! apem tidak perlu bertungkus-lumus untuk menggoreng kelapa parut lantas ditumbuk untuk dijadikan kerisek. berdasarkan tahap keayuan apem, kerisek mampu membatalkan puasa beliau. namun rendang ayam yang bersifat sedikit kekarian dikategorikan sebagai selamat. ntah, aku bukan peminat rendang mahupun serunding. izhar nampak masih mengekalkan berat badan terdahulu setakat hari tersebut.

2) oh! ada gulai siput sedut. berdasarkan kualiti kuah dan kapasiti semangkuk muat-muat 3 ringgit, nescaya ianya dibeli, bukan dari kuali panas puan hasnor. namun puan hasnor belum memberi riaksi mahupun lagak potensi, sekadar tiada perasaan sewaktu ditanya macrieda. namun, kredit buat pasangan pijie dan hasnor yang paling banyak bawa lauk. lain-lain lauk adalah ok-ok sahaja; ayam golek, daging masak kicap, ikan kering goreng, ikan masin dan beberapa lagi.

3) aku hairan ada puding kaler putih (ekceli puding laici mek) siap dengan kuah putih berlengas. rupa-rupanya mek ai telah kurang awas lantas menukar resipi asal.lepas tu ada kek batik nostalgia. namun secara totalnya, menu pencuci mulut dikuasai wanita yang sememangnya dikagumi tahap kecekapan beliau di dapur. berikan sahaja lesung batu, periuk dan pisau, ada saja menu yang mampu disediakan oleh cik faridah huda. aku memang tangkap muat sahaja dengan membawa brownies spesial dari tanah jawa. brownies coklat dan keju spesial! freshly i beli di jalan h.salleh, off jalan kebun kawung, bandung, indonesia (poskod tak ingat).

4) eh eh..ada lagi makanan extra buat menambah berat badan berupa yong tau foo. nahas! kuah hitam pekat, membuatkan ramai yang makan 3 round sebelum dan selepas maghrib. siap tapau menapau lagi! ini cik samsinar khamsi yang buat. eh berdosa besar aku memfitnah, ekceli samsinar beli sahaja.

5) minuman hanya 2, sirap bandung dan tembikai. atau ada lagi? tapi teh o panas yang dihidang untuk sesi berbual memang sungguh nikmat! sehangat topik yang diperbincangkan! topik yang diperbincangkan adalah isu berbalik dengan elemen baru yang diberi nafas berbau. eh nafas baru!

oh, tangan sudah beku. jadinya, apakah yang bakal berlaku pada hari sabtu ini? sabtu ini merupakan perjumpaan iftaar kedua di antara kami dengan 2 pihak (senah dan ja'a-apem) telah memaklumkan ketidak hadiran mereka. turut diundang mawardi seisi keluar dan faeiz tapi mesti diorg tak datang atas sebab yang bakal direka kemudian (saja nak tokok tambah). tapi kita bakal menerima kedatangan amin buzz dan pasangan. eleh amin, bajet macho la tu datang taknak bawak apa-apa. mesti takut badan kau bau murtabak!

so, kepada warga teman seratas, sila lah datang. mari kita memeriahkan acara pra-raya ini sebagai mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. nama pun bulan ramadhan, entri-entri yang dipost setakat ini adalah sangat sopan dan mengikut garis panduan yang ditetapkan majlis sukan daerah laruut matang dan selama. nak stop tulis, sebab ada kerja menyusul!

2 comments: