Friday, July 9, 2010

world cup final

semua dah tahu, uruguay dan german bakal merebut tempat ke-3 manakala juara bakal ditentukan sama ada menjadi milik sepanyol atau holland. kini ramai yang kembali revise pasukan mana yang mahu disokong. bagi penyokong setia sepanyol dan holland, tahniah!

namun begitu, bagaimana dengan penyokong-penyokong lain? tentu masih mahu menonton walhal untuk menyemarakkan lagi hasrat nurani, anda pasti giat mendecide pasukan yang bakal membawa pulang piala pusingan. mari kita lihat apa komen rata-rata peminat seni bola sepak dunia.

1) penyokong spain - "sedap nak tengok puyol tanduk lagi. tak sabar aku!"

2) penyokong belanda - "make sure pakai baju oren"

3) penyokong lalang - "sebenarnya akak sokong holland tapi suami akak kan sokong brazil so dari awal tu tersokong brazil lah"

4) penyokong pasukan menang - "aku ikut paul the octopus je. malam tadi dia duduk atas flag spain, tapi tadi tentakel dia merayap kat flag belanda. tadi kat yahoo kata dia masuk dalam batu karang"

5) penyokong england - "puas german kalah, sokong spain ar!"

6) penyokong asia - "alah depa ni main sama je, ikut nasib. kalau korea tak kalah ari tu sure masuk final. skill lebih kurang"

7) penyokong gersang - "nak sokong vila, tapi persie best jugak. eh torres ok apa?"

8) penyokong tak berastro - "jom stand by kat mamak. makan maggie goreng ayam dulu pastu bleh chop kerusi terus. yang dapat burger telur free tu kat semua mekdi ke? tu orait gak"

9) penyokong kaya - "kat modesto tayang tak bola? atau nak lepak kat solaris?"

10) penyokong anti bola - "wei jom pi karok, mesti kosong malam tu"

2 comments:

emy jay said...

aku sokong KEDAH!!!
final WC aku mungkin akan menonton di RASTA.. time tu watak aku adelah sbgai seorang birthday girl.. makanya, saye mahu ikot kecintaan bersorak sokong spain..

SYED NAHAR said...

la...ko ni sokong bola sepak domestik tu pun gara-gara atas dasar cinta.. sungguh membabi buta. ko tak sokong pahang ke? kena buangnegeri nanti? hahaaah..