eh bibliografi ke yang kita tulis segala personal detail tu? macam resume lah tapi zaman kanak-kanak dulu kita tulis sebagai nak bagi maklumat kepada kawan sebelum perpisahan. aku mengaku telah terlibat dengan gejala ni tapi pada kadar apa tu aku tak tahu. dear my friends, please check your autograph book now! and delete them! hahaha..
aku bukan nak melalut pasal bibliografi tu dari segi keseniannya atau pandangan agama tapi sekadar nak flashback into the nostalgia. serius, sangat nostalgia! percayalah, sapa yang tak pernah tulis bibliografi akan merasa rugi sebab setiap kanak-kanak malaysia akan melaluinya sebelum melangkah ke alam remaja.
mari kita lihat fenomena yang telah melanda :
1) menulis nama itu sememangnya, ok no problem. tapi mesti ada yang selit nama samaran atau nama glamour! kalau zahari jadi zack tu boleh dimaafkan tapi kalau tak de kaitan tu macam mana? nama tu akan diputar-belitkan, mixed pula dengan nama scandal masing-masing. contohnya kalau budak pompuan, siti zalipah jadi "sir", noriah pulak jadi "apoie" dan natasha aqilah pulak "nadee". buang tebiat gamaknya! yang lelaki biasanya sangat rasional, just nama timangan di kampung sahaja.
2) bab makanan kegemaran pun nak expose. biasanya menjadi trend dulu meletak nama makanan yang susah-susah. kira banggalah kalau letak nama makanan yang orang lain tak tahu. katakan sirloin steak with half-cooked hawaiian asparagus and tar-tar sauce (ada ke? ntah!) susah nak cari yang meletakkan nama makanan melayu, tapi kueh teow tu ada lah jugak. eh, aku masih ingat siti zalipah tulis "nasik". any comment? hahaha.. tak pe, dia terima hakikat selera lidah dia. tapi yang paling tak bleh blah kalau tulis "yang halal".
3) same goes to minuman. mesti mix-mix jugak macam sirap laici atau apa-apa yang juice. normally mesti jus buah-buahan segar dari ladang seperti yang imagine dalam drama air oren siap ada payung kecik tapi garnishing dengan hirisan lemon. propa!
4) nombor talipon! yes, ini wajib. biasanya nombor talipon rumah lah. zaman tu kalau ada henfon pun tulis jugak gila glamor katakan, even henfon tu ayah dia punya. dulu-dulu kalau 3310 tu kira ok sangat dah, apatah lagi henfon siemen yang bentuk macam buah pinggang tu! fuh! kebanggaan! kadang-kadang ayah dia yang keje jauh tu ada ler dalam sebulan sekali balik kampung. tepi nombor talipon tu ada jugak yang tulis "feel free to call" atau "call malam sahaja". apa hal, ingat nak melanggan ke? hahaha..
5) alamat pulak, ada yang akan tulis alamat yang kadang-kadang mencurigakan. ada seorang teman kita ni, dia tulis "feeder" tapi ada kawan sekampung dia tulis "pida". yang mana satu betul? hahahaha.. tak kisah lah. memang kadang-kadang nama kampung kita ni menjengkelkan. kalau duduk taman tu okay lah kan. tapi kalau duk "kampung tok kaya" macam mana? tak pasal-pasal ubah jadi "taman tok kaya". aku dulu malu juga tapi tetap tulis even "kampung bendang kerajaan". eh sapa dulu yang kampung dia nama "kampung batu seketul", sik, kedah tu? ustaz ahmad selalu sebut. rasanya bukan azmi sebab even dia orang sik tapi duk kampung sadu. hah!! aku ingat sesuatu. noorliana abu bakar siap tulis "perak" jadi "pay-rock". hahaha..
6) mesti akan ada kata-kata hikmah di ending kan? biasanya akan ditulis segala ucapan, memohon maaf serta ada yang memberi peringatan untuk menghantar kad raya even kad raya tu akan diedit. tak caya? azian salehuddin siap cancel dengan liquid paper tulisan "batin" pada ungkapan "maaf zahir batin" tu untuk menjelaskan dia tak pernah ada hubungan dari segi batin dengan sesiapa. lucu betul! biasanya ucapan akan ditulis secara numbering atau berbullet. siap wish "gudluck", "forget me not" dan "past is past but life goes on". hahaha.. oh yes bagi yang mementingkan style, ucapan ini mesti ditulis dalam bahasa inggeris. siap dipetik khas dari lirik lagu lagi, tapi lepas tu tak mengaku! penyanyi popular zaman tu mestilah backstreet boys, n-sync dan britney spears. jangan harap lirik lagu ramlah ram!
7) ya, terakhir sekali mestilah tanda tangan. tak de yang simple. semua kalau boleh nak panjang,siap emphasize pada huruf-huruf konsonan berekor seperti "Y", "Q", "J" dan "F". memang sepesen aje, juntai-juntai ke bawah pastu tarik ke atas. kira superb ar tulisan sambung dia. alih-alih bila nak sign kat borang keluar wang BSN dah terlupa. teller suruh sign lain.
8) attachment ada tak? jarang ada. kalau ada pun just kad alamat yang macam business kad tu. alah yang dulu ramai buat, siap tempah-tempah lagi. ada macam-macam corak kartun. habis cute la tuh. aku heran macam mana orang-orang ni boleh dapat jadi ejen siap ada orang pos katalog kat rumah dia. sampai sekarang aku tak tahu! demmit!
ok, ada tak yang tersenarai di atas pernah kita lakukan? tak perlu risau, itu semua nostalgia silam yang akan mewarnai hidup kita dalam melangkah alam dewasa. zaman sekarang budak-budak dah ada henfon canggih boleh MMS saje. so no need buku autograf. kita dulu siap beli kat kedai rythm stesen bas taiping lagik. tak tipu!
7 comments:
tak kenal sapa nadee..haha.aku pon lupa nape nama tu leh wujud.mmg takde kaitan lngsg dlm idup aku..hehe
tasha
hahahaha.. yes kat buku autograf aku ko sign sebagai nadee. aku masih simpan! hahahaha.. ke ada kena mengena dengan pemain hoki tu?
sungguh betul stiap apa yg di perkatakan nahar cuma sirloin steak org tak mkn ngn tar -tar sauce....fish n chips yg mkn ngn tar -tar sauce.... hehehehe.... tp part kad raya kena edit tu mmg tak bleh blah....
malas nk sign in
hehheheeh..aku setuju....bab nama glamer tu..biarlah rahsia..laki aku pon xtau cerita sebenarnya...
pasal kluar duit kat bsn tu..aku dah kena...hehehhehhe..memalukan jer..ada ka sign sndiri pun xhengat...dah la time kritikal...susah oo nk kluarkan duit dr bsn tu..nk kena ngadap cikgu rosita lagi...
sir bukan nama sebenar
malas nak sign in : mastura ke ni? sebab hanya mastura yang arif tentang tar-tar sauce mahupun thousand island. hahahah..
sir : hang kan gila glemer.. kalau blehnak order beli buah apple pun jenama adidas. hahahaa.. lawak la sir. dulu aku bercita2 nak pesan hang outingbeli baldi besar kaler merah! hahahaha.. gila jatuh saham...
maaf, saya tidak pernah tulis autograf... hahaha
aku tak percaya lah naim.. hang dulu kat seratas kemain lagi berhubungan sulit.. hahahaha..
Post a Comment