Tuesday, May 11, 2010

sampai malu nak update dah!

Lately hidup tak keruan, tengok blog pun rasa kesian. Nak update, idea tu ada sikit-sikit tapi masalah internet sungguh membuatkan aku rasa nak mencarut. Apakah kenikmatan yang aku dapat dengan melanggan maxis broadband? Sebab balik-balik aku menggunakan internet di pejabat sahaja. Walaupun boleh facebook selepas jam 5.30 petang, tapi ok jugak sebab still boleh. Tapi lepas jam 5.30 ni kalau nak update blog macam gigih sangat kan? Ok, tak pe! Memang hari ini aku gigih.

Mula-mula sekali, aku tak halal duit aku bayar broadband maxis ni, gila kau RM78 sebulan baik aku pergi cyber café berapa jam aku boleh melayari internet? Segala kontrak semua tu biarkan, aku bayar sahaja asal puas hati. Kayalah kau taukeh maxis dengan wang yang aku bayar secara tidak ikhlas ini berdasarkan servis durjana yang telah engkau janjikan (emosi tak terkawal).

Nak update pasal kerjaya? Oh tak perlulah kerana hati aku hadir ke pejabat ini bagaikan mayat bernyawa. Aku tak ada feel nak kerja keras. Feel tu tak de sebab semangat merosot. Kenapa? Sekali lagi aku mintak kau bagi jawapan yang kau suka. Alah, masalah yang sama denan orang lain juga kot. No! no! no! masalah aku lain tapi tak boleh share dengan korang sebab kes ini aku nak feel sorang-sorang unless ada member nak ajak melepak bergosip.

Jualan? Ok lah. habis. Tinggal Punjabi suit je yang aku baru nak rilis kat blog. Sila lah, sungguh murah aku jual. Tak sangka. Apakah aku sudah fed up? Belum..semua kerana khidmat maxis yang durjana itu. Aku minta banyak-banyak kemaafan kepada pelanggan yang tak jemu bertanyakan kain itu ini sebab aku lama tak update. Aku janji lepas ni aku akan lebih cergas demi keanggunan anda dengan kain ela. Hahaha..betul apa? series! Menurut sumber, sewaktu jualan murah jakel, cawangan baru di shah alam, kain aku jual sama jenis dan coraknya jenis cotton nipis sikit tu, jakel bubuh semester RM30, empat meter berapa?

Ah, apa aku nak buat sekarang? Gossip dengan korang? Haha.. hanya yang bertuah akan menerima update terkini. Buat rakan taulan, tentu anda tak sabar mendengarnya. Tapi, biarkanlah ianya menjadi misteri. Pada yang perang dingin, harap bertenang. Pada yang nak robohkan tiang seri rumah tu, harap rujuk pada yang pakar. Pada yang tensi dengan rakan serumah sewa, gunakan kuasa psikologi hebatmu. Pada yang Berjaya naik gaji, ah aku jeles pada kau! Pada yang sunyi, ambil henfon tekan sms dan send pada aku, kerana aku merinduimu. Hahaha…ayat last tak tahan. Nampak sangat menipu.

**Memohon maaf atas kelewatan mengupdate blog ini. tapi seriyes rasa malu nak update sebab dah lama tak berbuat demikian. hahaha...

12 comments:

Anonymous said...

dah macam tulisan untie wirda kat belakang majalah Eh! ja hang ni..ha ha..ada bakat..

n

Cik Faridah Huda said...

ke Kak Esah dlm Ujang...paberet aku tuh...

Anonymous said...

weh maxis skang dah rm48 la..sila ke maxis centre berdekatan..rogila bayaq mahai tak leh guna..tryla tukar pakej..maxis cekik darah oo..

n

SYED NAHAR said...

n & n : ye ke maxis murah? aku menyampah tau..tiap kali aku komplen, mesti la aku ckp kalau mcm ni i mcm mana i nak guna internet..terus operater tu cakap "tapi u ada contract...bla bla bla..." pastu aku suruh dia cek bila kontrak aku habis...rupanya dah abis...terus aku bagi carutan ringan kat dia.

mek : keluh kesah bersama kak esah..ehehehe..amboi lekas2 mek respon! ketagihkan kak esah ke??

Cik Faridah Huda said...

rindu ngannnnnnnnnnn..
lama dah x beli Ujang..aku dah pencen beli ujang...

Anonymous said...

weii lagi satu aku nak cakap..apa kes malu ngn belog sendiri..hoh..haha..p ja maxis centre tu, mengamuk sket..kalo tak dorang amik kesempatan charge mahal2..salah kira bil etc..

n

SYED NAHAR said...

mek & n : alah, eheheh..malu la sebab tiba2 nak update tu nampak sangat selama ni menghadapi kekangan. bahahaha...eleh mek aku bukan stakat ujang, segala komik tak pegang dah! aku hangin btul ngan maxis sbb dia tak pernah bagi aku rasa gembira!

Cik Faridah Huda said...

tukar p Digi tengok.......kami bahagia ja guna Digi ngan Celcom di umah...ke USJ tuh mmg kwsn mmbangun sng dpt aku tak taw la..tp adik Sha umah aku ckp..kalo guna TM or streamyx...kwsn USJ plg lembap sbb full...jem segala wayar yg diconnect

SYED NAHAR said...

bleh pulak gitu?? heran btul USJ nih..boss aku duk USJ pakai p1 wimax. katanya ok..

missone hazel said...

ok la ada gak bb drp takdak mcm kak wanni...weken ja bosan tahap gaban..

missone hazel said...

ok la ada gak bb drp takdak mcm kak wanni...weken ja bosan tahap gaban..

SYED NAHAR said...

ah! maxis durjana!