Tuesday, May 25, 2010

puisi buat penulis

malam bermimpi siang berangan,
dikejut sakit digigit lipan,
putus tali pada sambungan,
putus asa pada harapan.

cucuh api mercun meletup,
sakit jantung nasib si ayam,
kenapa ia harus kau tutup,
wacana baca sekalian alam.

petang menunggu hujan berhenti,
mengapa kini kian melebat,
lapan puluh hari menanti,
utus doa buat sahabat.

5 comments:

Cik Faridah Huda said...

susah untuk diselami maksud tersirat...

siapakah penulis yg dimaksudkan?
hahha..mcam jawab exam paper BM...diri sendiri atau orang lain

Cik Faridah Huda said...

dah lama belek baru paham...tp yg 1st tetap tak dpt detek....

SYED NAHAR said...

alah nombor satu tu senang yang amat!

MiSsHaZeL said...

x paham...huhu

SYED NAHAR said...

hahaha..nampak sangat hang dah lama tak bukak bloggg..