Sunday, May 23, 2010

rasa syukur

apsal bila entry rasa syukur memaksa diri pulak cari gambar berbaju melayu atau sebagainya. punya cari rupanya tak de. yang ada pun cuma baju di atas iaitu kurta atau dengan kata lain baju tradisional india. tak pe lah, nampak ler pakistan sikit. sila kutuk kalau berani.

apa yang bersyukur sangat ni? nak buat kenduri arwah ke apa ke? tidak lah begitu. sekadar nak cerita yang saya kini telah lega menahan sebak dan tekanan dengan khidmat broadband maxis kini setelah bertukar kepada P1wimax. syukur sangat sebab upload youtube pun ok sahaja. tapi tak tau lah lama mana ia akan berkhidmat sebegini. kalau tak jugak, kena lah menahan perit sekali lagi kerana kali ini P1wimax datang dengan pakej kontrak. aduss!

apa yang tak bestnya, kalau dibawa balik kampung soheh la tak boleh guna. tapi tak mengapalah sebab RM48 sahaja sebulan. tak mampu lagi nak meneruskan permainan maxis yang berdolak-dalih. tekanan dibuatnya. tamat saja kontrak maxis terus dimatikan. agak dah stabil kot-kot beli rumah ke, masa tu nak pakai streamyx pula. streamyx bermaksud poreber. tidak lagi nomad. bila tu tak tau lah.

sebut pasal kenduri arwah tahlil apa tu teringat pula dengan mek masa makan asam pedas melaka. punya la dia gelak tak cover. daging kambing hujung bibir pun masih lagi nak gelak. semua gara imitasi terhadap suasana tahlil di kampung-kampung. tak mengapa, nanti akan muncullah entry dari klasifikasi koleksi kampung padang. oh petang ni saya di kantor. sengaja buat-buat rajin sebab hari ahad memang membosankan. kalau di rumah tidur sahaja jawabnya. baik berbuat sesuatu yang produktif.

4 comments:

Cik Faridah Huda said...

I terlebih tidur smalam...mmg nyenyak diulit mimpi hatta time dirimu mghantar fesbuk reminder pun...

hahaah...mmg x leh blah ah syed...imaginasi aku x dpt kawal..dah tu plak lama x menghadiri kenuri tahlil..haruslah teringat2...

SYED NAHAR said...

pergh...aku sebut tahlil skit yang pi feeling bayangkan suasana tahlil betul2 tu pasai pa... maybe aku cerita detail sgt kot. hahaha..anggap lah ia sebagai elemen komedi. hihihi...


nanti kita bersidang lagi ye!

missone hazel said...

tahlil oh tahlil..hanya 1 perkataan tapi buleh wat gelak guling2..haha

SYED NAHAR said...

ha lah...mmg semua kita pernah merasai pengalaman ni..