Wednesday, May 19, 2010

dosa kelmarin

seorang lelaki, berumur lewat 30an. memandu seorang diri menyusuri jalan lengang. lahir di benaknya memikirkan kehidupan yang telah berlalu. sesekali merasai dirinya redha jika dilanggar kenderaan lahir, terperosok ke lubang gaung lalu mati serta merta. tentunya emosi terganggu, kerana hidupnya sudah berada di penghujung.

melangkah ke alam persekolahan, dia merupakan pelajar pintar, mengepalai badan sukan yang hebat sehingga menjuarai pelbagai piala peringkat negeri dan kebangsaan. minat mendalam dalam arena sukan ditambah dorongon bapa, membuatkan dia rasa diri dihargai. mencari kebahagiaan bukan ditulis, namun dibesarkan oleh seorang ibu tunggal membuatkan dirinya sentiasa merindui bapanya.

tamat persekolahan, masuk mendaftar ke kolej ternama. si ibu mengingatkan jangan menghubungi bapanya. tanpa banyak bicara, dunia ini kecil dan takdir menemukan mereka sekali lagi. di situ dia kian rapat dengan bapanya tanpa pengetahuan si ibu. bapanya memberi ilham untuk meneruskan perjuangan di bidang sukan serta menjanjikan era gemilang bersama impian yang diimpi.

tamat belajar, terus aktif dalam bidang sukan. peluang pekerjaan ditolak demi sebuah minat. namun zaman telah berlalu, tenaga muda lebih perkasa. kegagalan demi kegagalan disusuli kecederaan, menambahkan luka di hati. membina keluarga baru, namun perhatian kurang menyebabkan dirinya tersisih dari isteri dan anak, sehingga berselisih faham. perhubungan dengan si ibu menjadi renggang, lalu menyalahkan si ibu atas memutuskan hubungan dengan dengan bapa, mamaksa penceraian.

si ibu sedih, lalu memperingatkan anaknya bahawa itu adalah yang terbaik demi masalah depan. tappi si anak ego dengan menunding si ibu sebagai punca. luluh hati si ibu. tahun demi tahun berlalu, rambut putih jelas kelihatan. si ibu sudah tidak berdaya. anak yang diasuh dengan didikan tertinggi kini gagal dengan kehidupan baru sebagai broker saham, jatuh menjunam, papa dan dililit hutang sehingga hidupnya bagai pelarian di atas pemanduan kereta yang dikejar bank.

destinasi akhir, si anak memandu pergi berjumpa ibu. kaki yang kaku memijak tangga, lantas membuka pintu, isi rumah masih kekal seperti dulu, sejak kecil hingga kini. di situlah kelihatan kerusi kecil yang dulu digunakan olehnya untuk memanjat kabinet mengambil biskut. meja bulat yang terlukis angka 1 hingga 10 serta alphabet A hingga Z dengan dekorasi haiwan liar afrika.

berdiri di tengah ruang tamu, melihat pintu yang separa terbuka mengingatkan bagaimana dia nekad meninggalkan ibunya walaupun tidak pernah dihalau malah dibekalkan dengan sebekas kuih muih serta kek. ego lelaki mungkin diwarisi, namun ego menguasai diri dan emosi.

melangkah masuk ke kamar ibu, sebak tidak terkata. hati keras lelaki kini mencair apabila melihat gigi palsu yang masih terendam dalam gelas. buku-buku disentu satu persatu. mencuri pandangannya, sebuah diary yang klasik, dengan paparan 1981, menggambarkan ia diary sewaktu dirinya menuntut di kolej.

dengan linangan air mata, helaian diselak. membongkar segala kisah perit dilalui si ibu yang disimpan abadi, ditempuh seorang diri. kini dia sedar dirinya bukan hidup tunggal, bahkan memiliki seorang adik melalui perkahwinan bapanya dengan seorang wanita lain ketika bertugas sebagai tentera. kini terpancar kenangan mengapa ibunya dimarahi si bapa kerana menyediakan sup tidak pedas. rupanya kini dia memiliki adik tiri berbangsa lain.

tidak dapat menerima kenyataan, kini kesal kerana menyalahkan seluruh nasibnya kepada ibunya selama ini. membawa buku itu bersama, meluru ke dalam kerata, memecut laju untuk pulang melawat isteri dan anaknya sebagai mahu membuat perubahan baru. dia kesal selama ini berkeras menyalahkan isterinya atas meminta perpisahan. hatinya mula ikhlas dan suci seperti jernih air mata yang mengalir membasahi pipi, tanpa dipaksa.

kenderaan menghampiri simpang. lampu merah. sambil terus sambung membaca coretan akhir, di helaian belakang, 17 Disember 1981, hari lahir dirinya. tertulis harapan ibunya, 'jangan salahkan ibu memilih perpisahan dengan ayah kamu kerana itu yang terbaik supaya kamu tidak luka. ibu tidak pernah sanggup kehilangan kamu. bukan memilih antara kami siapa yang bersalah, bukan tugas anak untuk memilih tapi berusaha dan berjaya.'

deruman enjin kedengaran, makin deras. sebuah treler panjang dengan muatan tangki hitam mengangkut bitumen meluru pantas. kini dia sedar, lampu trafik sudah hijau. kini bagaikan sedar dari mimpi, dia memasukkan gear dan menarik nafas dalam dengan niat kembali membina hidup.

4 comments:

missone hazel said...

terinsap sat pas baca cita ang nie..huhuhu

SYED NAHAR said...

insap ke? tak caya aku...

apakah ini imaginasi? hahaha..

missone hazel said...

insap la seketika..hehe

Anonymous said...

seketika je??

anonimes.