Thursday, October 11, 2012

Tandas dan Anda

Tandas merupakan lokasi yang paling strategik untuk melempiaskan nafsu, sama ada untuk kegunaan membuang bahan kumuh dan aktiviti peribadi lain. Tandas menjadi kewajipan untuk dikunjungi setiap hari kerana manusia yang normal setidaknya menjalani proses penyah-tinjaan sekali sehari. Tidakkah setiap pejabat mahupun kediaman pasti mempunyai tandas?

Mengunjungi tandas mempunyai beberapa sebab. Selain berkumuh, anda yang ingin merokok, melarikan diri dari ketua jabatan, berbincang soal rahsia (bergosip, bagi wanita) mahupun sekadar rehat sebentar pasti akan memilih tandas sebagai lokasi pilihan. Namun terdapat beberapa situasi di mana anda gagal mengecapi kenikmatan ketika berada di tandas, seperti berikut:

1. Bunyi
Manusia sememangnya menghasilkan bunyi, tak kira secara terkawal mahupun secara tindakan refleks. Ada ketika seseorang yang sedang memulas perutnya akan terus menghasilkan dentuman bom kimia sebaik membuntuti lubang tandas.

Bagi yang bersopan santun, pasti bunyi yang dikeluarkan adalah sangat minimum. Bunyi kadang kala menyebabkan kita membayangkan aromanya. Oleh itu, bunyi yang melebihi had desibel tertentu akan merencatkan rencana kita, atau lebih dikenali sebagai "potong stim".

2. Bau
Jika dihidupkan sistem ventilasi, bau yang terhasilkan adalah minimal. Namun siapa yang dapat menyangkal bau yang hadir dari mereka yang sembelit. Mungkin aroma yang diperam sekurangnya 4 hari ini tiba-tiba menyilinap masuk ke rongga nasal, anda yang hanya rehat sebentar sambil merokok tentu akan berasa mual lantas beredar dari situ.

Aroma yang tebal juga boleh terhasil daripada pemakanan yang tidak dikawal, oleh itu kita sebagai pengguna perlu bijak memilih masa yang sesuai. Sudah pasti waktu selepas tengah hari bukanlah waktu yang terbaik untuk mengecapi suasana yang tenang.

3. Sisa
Pernahkah anda bertukar tandas hanya kerana sisa yang tertinggal atau bendasing oleh pengguna sebelumnya? Bayangkan jika anda yang sedang sakit perut ingin membuang air besar, dengan semangatnya bergegas ke tandas sejauh 50 meter, sebaik anda membuka tali pinggang anda ternampak beberapa titis cecair kuning berada di pelapik tandas duduk.

Tentu anda berasa tertekan untuk berpindah ke tandas sebelah hanya kerana kecuaian orang lain. Lebih buruk lagi jika sisa yang tertinggal merupakan bahan kumuh yang lebih kurang ketumpatannya berbanding air, terlihat terapung di permukaan. Tentu mual dan menyesal lebih-lebih lagi anda kenal siapa pengguna sebelumnya yang terlupa untuk pam tandas iaitu rakan sekerja anda atau ketua jabatan anda sendiri. Tiada tindakan yang lebih wajar selain menuturkan kata-kata kesat di dalam hati.

4. Kejiranan
Kejiranan tidak hanya di kawasan perumahan malah berhubung kait dengan sesama pengguna di tandas. Sedang anda rancak dengan aktiviti tandas, tiba-tiba orang di tandas sebelah memancutkan air ke lantai dan menyebabkan seluar anda terpercik air. Tentu marah bukan? Penulis pernah merasai kehairanan apabila jiran di sebelah yang secara tiba-tiba melahirkan ekspresi luar biasa dengan mengepakkan kangkangan kaki (dinding tandas di pejabat penulis bekerja menyerupai tandas di hentian R&R Lebuhraya PLUS). Dinding tandas yang sejengkal tergantung membolehkan kaki jiran sebelah masuk ke ruangan tandas anda. Bayangkan kakinya yang berselipar itu terlihat separuh. Perasaan terkejut, panik dan marah bercampur baur.

Pernah jugak sekali terlihat tiba-tiba muncul buntut mungil di bawah, di mana si pelaku mungkin tidak biasa beristinjak di tandas duduk tiba-tiba duduk mencangkung di bawah. Mungkin si pelaku tidak perasan akan saiz buntut mungilnya yang bisa dilihat jelas, sekurangnya imej visual pantulan dari lantai yang basah. Memang sial hari anda jika air basuhan itu mengalir ke ruangan tandas anda berserta sisa-sisa kecil. Kita sebagai pengguna perlu juga menitik beratkan soal tata susila termasuk menjaga keaiban diri agar tidak menyusahkan orang lain.

24 comments:

Hustler said...

Giler la!!! tergolek jatuh krusi baca enttry nih!! tros wat sujud sahwi!

SYED NAHAR said...

ko tak amik air smayang mana sah! hehe..

Hustler said...

Al masalahnyer, tadi dah mandi wajib, sumer jenis hadas terangkat dah, beso kecik abis. Wahahahaha

SYED NAHAR said...

ko ni merebak ke mandi junub pulak dah... ni mesti kes menghafal buku pafa sampai ke sudah tak berhenti hafal.. ish ish ish! hehe..

Hustler said...

Wahahahaha... jgn la sakap mandi junub, saya belum berjunub lagi, mandi hadas.... kan ke sopan.. kihkihkih.....

Well.. saya seorang yang cemerlang dalam ujian PAFA, kihkhikih

SYED NAHAR said...

tak ke sama aje junub ke hadas ke.. yg penting ko berjimak dulu sebelum tu wahahahaha.. kelakarnya aku! koya. hahaha..

Hustler said...

Hahahaha... mesti abg terlepas pandang mukasurat 19 buku pafa nih, kat citu sebelah kiri bawah, ada tulis kecik jek. Junub = Jimak.

makna kata, perbuatan di atas mewajibkan mandi hadas. Hahaha... tak jimak/junub pon, tapi lau ada perkara2 yang mewajibkan mandi hadas, tetap mandi hadas, bukan mandi junub. tetttt!!! :P

SYED NAHAR said...

ntah.. aku lupa nama terma mandi tu tapi maksud aku yg kena baca nawaitu ral al hadisi tu la hehehe..

SYED NAHAR said...

*raf al

Hustler said...

Wahhahahaha!! Kalis kuat!!! Nawaitu raf 'Al Hadasil Akhbari, Fardhon 'Alaiya, Lillahi Taala.

Nak bagi maksud sekali tak?? Wakakakaka

SYED NAHAR said...

tak yah baca penuh.. nanti ko betul2 mandi junub sambil naik moto sebab hujan nanti hehehee..

Hustler said...

Hahahahaha... Ngek Abang!!

SYED NAHAR said...

takut lettew bahahaha..

Hustler said...

Wahahahaha... bukan takut, seram, wakakakaka

SYED NAHAR said...

seram komedi tak pe :p

Hustler said...

Agak2 ada macam citer hantu kapcai tak seram komedi nyer? :P

SYED NAHAR said...

ofkos la hantu kaklimah... dia kan peneman tido ko di malam hari... mcm lagu cinta kristal :p

Hustler said...

Wahahahahahaha.... nak yang memancor saje... kihkihkih

SYED NAHAR said...

kalau dia mancor.. kalau dia terobang aje acaner?? tepaksa la kome jadi mcm pah bedah (rujuk drama pah bedah lakonan elly suriaty) hahahaha..

Hustler said...

Ate, kalau dah die kroje terobang tak benti, ade teman sesah pakai penyapu yo! pah bedah yo! :P

(mak mawi minat giler pah bedah nih)

SYED NAHAR said...

minat ke? kirim salam lah eh... teman pun suke bebenor kat pah bedah tu.. lagi2 si cikgu shida tuh... sior!

Hustler said...

Wahahahahahaha... Cikgu Shida lagi rare... kihkihkih..... rasa nak masuk meminang beliau plak, wakakakakaaka

SYED NAHAR said...

tapi cikgu shida comel tak??

Hustler said...

Tak! Comel lagik Tiz Zakyah. Ngeh ngeh ngeh