Hari ni adalah hari yang paling bermakna. Tanggal 1 Ogos, aku dikejutkan dengan satu berita yang sukar diduga tapi aku puas kerana selama ini aku ikhlas berusaha untuk menjadikannya suatu kehidupan. Walaupun janggal, namun aku menganggap peluang ini datang sebagai suatu penghargaan buat keikhlasan yang selama ini aku tanamkan. Memang sukar untuk ikhlas, apatah lagi bersabar tetapi itulah resipi untuk semangkuk makanan yang cukup rencah perisanya.
Pahit ditawarkan dengan keseimbangan rencah lain, seperti mana manisnya juga. Lemak dan manis juga tidak akan dinikmati tanpa kehadiran garam walaupun garam secubit tidak menjelmakan diri sepenuhnya. Paling penting, sesebuah resipi tidak akan sama, berbeza siapa yang mengadunkan bahan rencah, namun perhatian dan pengendalian yang rapi adalah kekuatan dalam semangkuk kasih sayang.
No comments:
Post a Comment