Hari ini. 30 Julai 2012 merupakan hari terakhir aku untuk menyentuh tombol pintu rumah di Taman Dato Senu, Sentul atau yang pernah dipopularkan sebagai TDS. Perkataan TDS itu sendiri telah melakar banyak sejarah, manis dah pahit yang tak terjangkau di akalku. Di TDS ini juga aku menerima tamparan hebat dalam meniti arus kehidupan.
Berpijak lantai di rumah usang ini, tatkala sunyi meresap sejuk hingga ke dalam jiwaku. Walaupun ia tidak dibuka kepada rakan, namun hanya yang pernah mengunjugi TDS sahaja tahu akan rahsianya. Takdir aku untuk bersama di TDS kadang kala mengundang perasaan sedih dan sayu, terduduk aku terkenangkan apa yang berlaku.
Namun apakan dayaku, ada yang lebih baik dari yang ada di sini. Mungkin hadirnya memori di TDS cukup disimpan, namun berat mata memandang, berat lagi hati yang menanggung. Keluar melangkah dengan segala objek fizikal, mahupun sentimental, satu persatu kenangan kembali terimbau. Episod akhir TDS berakhir dengan situasi amat rapuh, tebal jiwa menahan hentakan gelora dan perasaan yang tercalar.
Biarlah apa pun yang berlaku, TDS tetap di hati. Harapan menipis bayu ini dibawa bersama ke Melati, untuk ditenangkan. Biarpun Melati masih baru dan dikatakan bermula episod baru namun kemelut masih berlarutan. Balkoni kecil Melati tak sehebat imaginasi mereka yang larut dalam asmara berlatar panorama indah malam Kuala Lumpur. Kepadamu TDS, aku akan tetap rindu.
Theme song for the very unfortunate event, the last moment :(
1 comment:
Goodbye TDS, Welcom MI. hehe
Post a Comment