Hari ini ikutkan sakit hati, tapi aku mengalah. Kenapa? Kerana aku percaya akan kemampuannya. Walaupun mengaku lemah, tapi di dalam hatinya tersimpan kekuatan yang luar biasa yang sukar dijumpai pada orang lain. Malam ini hati aku cukup berdebar-debar, tak mungkin aku lena.
View from my swirl window :(
Entahlah, diri aku kini tinggal separuh jiwa. Mana hilangnya, mungkin diragut pergi. Akan tetapi, kekuatannya memberikan aku harapan, walau secebis namin masih bernyawa. Nyawa-nyawa ikan, dilepas ke air sekelip mata pergi, disiang sisik mati, digulai panas enak menjilat jari.
Sebelum ini, penantian Syawal dinanti-nanti, namun tiba-tiba musnah. Tanah yang dahulunya kering, dibasahi dengan kata janji, dibaja dengan harapan tetapi akhirnya kemarau panjang mengundang kegersangan. Mungkinkan hati yang basah akan kembali kering? Akan kuwarnai hati ini dengan warna putih kerana putih itu bersih dan ikhlas.
Malam ini sepi. Malam ini dingin, berat melepaskan nikmat dingin ini dengan hanya membiarkan ia berlalu pergi. Dingin malam sepi ini fikiran melayang pergi mengenangkan sesuatu yang jauh. Aku berharap, sangat-sangat berharap. Janganlah kekuatan itu tewas dengan kedinginan malam kerana ada yang sepi akan meratapinya lagi.
No comments:
Post a Comment