Saturday, July 7, 2012

Berat Mata Memandang

Satu email diterima dari Encik Z, satu lagi dari Encik R berkisar arahan yang sama untuk menyiapkan suatu persembahan kepada media berkenaan projek MRT pakej V7 yang bari dikecapi oleh syarikat. Pada masa yang sama, baru sahaja menerima arahan untuk menyediakan bahan untuk perbentangan kepada pihak pengurusan syarikat berkenaan projek yang sama, cuma skop yang berbeza.

Beberapa hari pulang lewat malam, badan penat tidak cukup tidur. Ditambah dengan masalah semasa yang yang pernah susut, kepala menjadi pening dan kadang kala muntah putih. Pilih pemberat yang lebih, satu persatu perlu disiapkan. Biarpun ada tohmahan menurut Encik H menyatakan aku seorang yang goyang kaki, lapang masa dan kerja mudah tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Siapa yang bisa bersabar untuk melakukan tugas untuk PESB hingga kini sudah masuk 7 bulan. Tidak cukup dengan tugasan sementara QaQc projek, tugasan asal bersama Primavera amat membuat aku bagai mayat hidup. Ibarat kaca mudah pecah, begitu juga hati aku yang mudah tersentuh walau sekecil kata-kata menggguris perasaan. 

Hari khamis persembahan untuk media telah tersedia, segera email dilayangkan kepada Encik S yang berada di Qatar. Selesai jam 11 malam, terus pulang ke rumah. Belum sempat mandi, aku tidur lengkap berkemeja. Keesokkan paginya, pihak Komunikasi Korporat turun menemui aku memberitahu bahawa suatu garis piawai telah direka dan aku perlu mematuhinya buat pertama kali, dan seterusnya untuk persembahan akan datang.

Hancur lebur hatiku, satu persatu perlu diubah. Getir hari jumaat itu kembali, sehingga siap tersedia seperti yang dimahukan. Petang itu juga email dilayangkan. Akan tetapi, terdapat kesalahan pada info jajaran projek, hanya perlu menggantikan angka 11 kepada 15. Tugas hina ini tidak layak bagi mereka, lantas aku diarahkan kembali memperbetulkannya dan email semula. Sekali lagi alasan tidak arif soal teknikal, oleh itu kesemuanya disandarkan pada bahuku. Tak mengapa, mungkin ini hanya kecil cuma kesabaran tercabar.

Di pagi isnin, tiada ayng hadir menyatakan hasrat untuk membuat pindahan. Aku terus meneruskan perjuangan untuk penyediaan perbentangan untuk pihak pengrusan. Kali ini aku bisa pulang lebih awal dari sebelumnya, jam 10 malam. Hari selasa, sedang aku menanti makan tengah hari, Encik S memanggil aku untuk melihatnya membuat raptai perbentangan. Pintu ditutup, terus aku melihatnya  berucap dengan kata-kata awal, Salam 1 Malaysia. Malangnya, petang itu ada beberapa pindaan dibuat, sekali lagi aku perlu membuat pengolahan semula.

Keesokannya, persembahan kepada media bermula jam 9.30 pagi. Seawal jam 8 pagi aku sudah berada di Bandar Tun Hussein Onn tetapi sekali lagi pindaan dibuat. Mujur aku membawa komputer riba, sedang orang lain enak bersarapan, aku bergelut dengan Power Point. Segalanya tersedia, cetakan sebanyak 30 kompilasi terus diberikan kepada Komunikasi Korporat syarikat untuk diagihkan kepada yang hadir. Persembahan berjalan lancar, hati aku berasa sungguh lega. 

Tamat segalanya, aku bangun untuk pulang. 3 beg tergalas di bahu. Sekali suara Encik S meminta bantuan aku untuk mengambil komputer riba mininya yang tertinggal di dalam. Katanya gusar dikerumuni wartawa, oleh itu lebih wajar aku yang pergi mengambilnya. Beberapa langkah menuju ke kereta, ada suara memanggil. Kata Encik Z, aku perlu ke pejabat MMC-Gamuda untuk mengemaskini status RFI Online. Mujur Dayang tiada di pejabat, aku hanya sekadar meninggalkan pesanan.

Badan terlalu letih, aku terus memandu pulang. Sedang aku laju meluncur di atas jalan raya, aku meraba-raba beg sadangku untuk memeriksa sama ada kamera DSLR tidak tertinggal. Akan tetapi, aku melihat cermin sisi melihat merpati putih berterbangan di udara. Aku menekan pedal minyak, makin banyak merpati putih yang berterbangan. Aku berasa aneh tetapi kepenatan memaksa aku untuk tidak mengendahkannya.

Dalam banyak-banyak merpati putih, aku terlihat seekor merpati merah. Kali ini jantung aku berdegup kencang. Kesan refleks dari otak mengalirkan arahan kepada kaki aku untuk menekan brek lantas kereta diparkir di bahu jalan. Kusangka merpati putih rupanya kertas dan buku yang berterbangan. Tapi merpati merah adalah kesayanganku. Gundah gulana, hancur lebur aku melihat Galaxy Tab aku terhempas di atas jalan raya. Rupa-rupanya, aku lalai lagi. Sebentar tadi aku meletakkan barang-barangku atas bumbung kereta sebelum membuka pintu dan mengalihkan barang-barang besar ke peti simpanan di belakang. 

Retak permukaan kaca Galaxy Tab yang aku beli hasil simpanan selama setahun lebih. Rupanya inilah bayaran yang harus aku terima untuk kesibukan kerjaku. Begitu retaknya skrin LCD dasyat lagi retaknya hati aku. Berat untuk aku menerima kenyataan tapi itu adalah pengajaran kepada diriku untuk selalu awas dan berhati-hati. Aku terima dengan hati yang terbuka biarpun terluka.

Hari ni aku tidak bisa menghidupkan Galaxy Tab walaupun cas dialirkan secara terus. Sebelum ini hanya sistem suaranya sahaja yang rosak, tapi kini tiada visual dipaparkan. Hanya hitam gelap gelita menampakkan retaknya. Aku mengambil pita selefon untuk melekatkan kaca permukaannya agar tidak tertanggal. Perlahan aku menyentuhnya, terasa amat kasar dan sesekali tajam kaca menghiris jemariku perlahan-lahan. Walau sedih tapi ini adalah takdir buatku. Selamat tinggal Android dan Angry Bird. Aku akan tetap merinduimu.

17 comments:

Nurul Farhanah~ said...

NAHAR..sabar tau..semoga ALLAH membayar segala kepenatan tu :)

SYED NAHAR said...

bahaha.. bior aje le.. dah nak jadi, tak leh elak.. kena lebih hati2 pasni.. cuai sangat :p

missone hazel said...

hish ang ni, awat cuai sangat? stress sgt tu, jom pi karok wiken nie!huahuahua

SYED NAHAR said...

wiken ni saya menghilangkan diri..

Nurul Farhanah~ said...

TKPER beli yg baru k :)

SYED NAHAR said...

lain tahun la beli :p
miskin ni..

Nurul Farhanah~ said...

HAHAHA..bisnes byk..bole pe li..hahhahah :)

SYED NAHAR said...

byk la sgt... lepas ni buat bisnes jual apa plak any idea? jual diri ke? opst!

Nurul Farhanah~ said...

pasal viagra da byk..ko jgn jual diri..hahhaha :P

ku skrg nak masuk kelas menjahit..da jahit la..mana tau le benti keje..da malas keje...skrg jht manik je bole

Anonymous said...

Retak.....mcm lagu ella aje...sabarlah nahar pasti ada hikmah di sebalik itu.. x pe g lah beli baru kat www.lazada.com

hehehehe.heeheehhe

SYED NAHAR said...

farhanah: hahaha.. jual viagra? gila rupanya ko lagi advance :p

kak ina: bahahaha.. lazada? mcm lasagnia je??

Anonymous said...

tak miskin lagi hg syed... aku lagi miskin kot la ni... sbb belum mampu bayaq duit kain rona terkuaz hg tu... miskin masa jugak... tak dan segalanya...

Nurul Farhanah~ said...

hahahaha..bukan ku jual viagra..org post kat ko tu..hahhaa.ku baca je

SYED NAHAR said...

anonimes: hehe.. bila2 je la..

farhanah: viagra? bila? tak perasan pun?? hehe.. (nak beli ni!)

Nurul Farhanah~ said...

HAHAAAHHHH...nnti ku send kat email ko.. :P hahahha...

SYED NAHAR said...

fuyyo... ko jgn kata ko pernah cuba plak.. pengsan aku nanti hahaha..

Nurul Farhanah~ said...

TK KUASA ku..hahhaha..sengal